Bab 20

519 17 0
                                    

Pulau Helang atau Pulau Lang di bawah jajahan Kerajaan Langkasuka. Pulau Helang sebuah pulau persinggahan kapal-kapal dari Barat untuk mendapatkan bekalan air minuman dan kayu api. Pantai di Pulau Helang sangat indah malah airnya cukup jernih. Kapal-kapal dari Barat pasti akan singgah di Pulau Helang untuk berehat dan mandi manda di sebuah air terjun di kaki gunung pinggir pulau itu. Malah terdapat sebuah tasik di Pulau Helang. Air tasik itu sungguh jernih dan indah sekali.

Puteri Buih melompat turun ke atas sebuah batu di pinggir sebuah tasik. Mereka baru sahaja tiba di situ. Nagasari berdiam diri menanti arahan daripada Puteri Buih. Saktimula berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati apabila Puteri Buih masih mengacukan pedang panjang di lehernya. Pedang Panjang itu diambil daripada Kuda Putih yang dijaga oleh Laksamana Tuah. Puteri Buih tidak tahu, pedang panjang itu adalah milik Syekh Abdullah yang diberikan oleh Sultan Iskandar sewaktu baginda tiba di Kemulan Timur.

"Nagasari, apa tunggu lagi...cepat turun ke dalam Tasik" Arah Puteri Buih.

"Baiklah, saya akan turun ke dalam Tasik. Tapi jangan apa-apakan Saktimula.."Pinta Nagasari kemudian ia pun turun menyelam ke dalam Tasik tersebut.

Nagasari membuka mulutnya seluas-luasnya. Api yang menyembur keluar dari mulut Nagasari terpadam sebaik sahaja air tasik memasuki mulutnya. Puteri Buih memaut gigi Nagasari sambil menyeluk geliga sakti di dalam mulut ular naga itu. Setelah geliga sakti berada di dalam genggaman tangan Puteri Buih, dia pun turun ke dalam air. Nagasari tenggelam jauh ke dalam Tasik itu. Puteri Buih berenang ke tepi tasik. Saktimula memaut tangan Puteri Buih untuk menaikkannya. Puteri Buih terdampar di pinggir tasik sambil ekor ikannya mengepak-ngepak di tebing berumput tasik itu.

"Nagasari!!!!" Saktimula menjerit. Ular naga betina itu tidak timbul lagi.

"Nagasari!!!" Jerit Saktimula. Dia berjalan dipinggir tasik menantikan kekasih hatinya Nagasari timbul.

Namun panggilan Saktimula tidak bersahut. Suasana hening tasik hanya diselangi bunyi kicau unggas-unggas di hutan berhampiran.

"Tuan Puteri, mengapa Nagasari tidak timbul?" Soal Saktimula mulai cemas.

Puteri Buih terdiam sambil membuka tapak tangannya. Sebiji geliga sakti emas berada di dalam genggamannya. Saktimula menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Oh....Nagasari telah berkubur di dalam Tasik ini..." Tangis Saktimula berlutut di tepi tasik.

"Tak mungkin....tak mungkin...Nagasari tak mungkin berkubur di dalam Tasik ini..."Balas Puteri Buih menggeleng-gelengkan kepala. Ekor ikannya telah bertukar menjadi sepasang kaki manusia. Dia bingkas bangun mencapai pedang panjangnya. Saktimula masih berlutut di pinggir tasik.

Tanpa Puteri Buih sedari, banyak mata yang memerhatikan dirinya dan dua ekor ular naga itu sejak dari awal kedatangannya ke Langkasuka. Mereka mengekori Puteri Buih sehingga ke Pulau Helang. Mereka adalah orang-orang Belanda dan Siam. Rahsia Puteri Buih bertukar menjadi Duyung telah terbongkar. Malah mereka juga mendapat tahu kehebatan Puteri Buih menundukkan dua ekor ular naga itu.

"Siapa perempuan itu??????Dia telah berjaya menundukkan ular naga itu?" Bisik Jeneral Belanda kepada Jeneral Siam. Mereka berasa sungguh teruja.

" Perempuan itu seekor Duyung...ia bukanlah legenda...kita benar-benar telah menemuinya!"Kata Jeneral Belanda girang.

"Jadi apa rancangan kita?" Soal Jeneral Siam.

"Tangkap Duyung itu!!!Kita akan dagangkan ia.... pasti harganya mahal dan menjadi rebutan seluruh dunia!!!" Kata Jeneral Belanda kegirangan.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now