Bab 53

293 12 3
                                    

      Pada pagi itu Pelabuhan Goa kecoh dengan berita kematian Alfonso. Malah perkara itu telah mencetuskan isu keselamatan para pedagang di Goa. Ada pedagang yang mulai bimbang dengan kejadian itu. Malah keamanan di Goa mula terancam dengan hasutan orang-orang Belanda terhadap pedagang dari Barat. Isu keselamatan pedagang di pelabuhan Goa dipersoalkan menyebabkan mereka mula berpindah ke pelabuhan Melaka. Belanda sengaja mengambil kesempatan. Malah Wizurai Belanda, Lopo sedia memberi jaminan kepada  keselamatan semua pedagang-pedagang yang berniaga di Melaka. Helah Belanda adalah untuk menjatuhkan Goa!

         "Kematian Wizurai Belanda itu membawa bencana!" Sungut Maharaja Maghad sambil merenung anak saudaranya Merong Mahawangsa dan Mekong. Baginda tidak jadi pulang ke India selepas mengetahui kematian seorang Wizurai Belanda dalam tanah jajahan baginda di Goa.

         "Semua ini adalah helah Belanda! Orang-orang barat itu akan menjatuhkan Goa kerana Melaka!" Tambah Mekong sambil memegang sebuah bejana yang berisi air minuman. Tarian dan gelekan gadis-gadis muda dihadapan mereka baru sahaja selesai. Mereka berbaris menghulurkan tangan kepada sang Raja-Raja yang berkumpul di situ.

        "Orang-orang Belanda semakin berani! Mereka ingin menguasai Kota Melaka kerana Selat Melaka!" Bentak Maharaja Maghad.

           "Mereka telah menguasai Melaka!!! Bukan lagi angan-angan dan impian!" Bidas Merong Mahawangsa merenung tajam ke arah bapa saudaranya.

         "Raja Arya berada di Sri Lanka! Beta akan arahkan anakanda beta membantu kalian bersama Raden Putra untuk mengusir Belanda dari Melaka dan kepulauan Nusantara" Titah Maharaja Maghad.

          "Nanti dulu! Bagaimana dengan Puteri Buih? Kita tidak boleh pulang ke Melaka selagi tidak mendapatkan kembali Puteri Buih! Raja Mateus dan orang-orang Belanda telah menculik Puteri Buih!" Tegas Raden Putra yang tiba-tiba muncul di Balai Istirehat DiRaja itu.

        "Benar kata cucunda Raden Putra! Kita tidak boleh berpatah balik ke Melaka dan menyerang Belanda. Sedangkan cucunda beta telah di bawa lari!" Titah Sultan Mahmud Shah atau pun Mekong. Baginda merenung Tuah di sebelah Raden Putra.

       "Tapi Goa semakin terancam. Banyak pedagang telah berlayar keluar dari Goa! Ekonomi Goa akan runtuh. Malah banyak pedagang akan melarikan diri dari Goa kerana ancaman pihak Belanda!" Marah Maharaja Maghad. Sebenarnya baginda sendiri tidak sabar untuk berperang dengan Belanda kerana ancaman pihak Belanda terhadap pelabuhan Goa!

    "Ampunkan anakanda, jika Ayahanda bersetuju, biarlah anakanda yang akan berlayar menyelamatkan Puteri Buih. Maka demi Kota Melaka, ayahanda berdua boleh lah berpatah balik ke Melaka untuk menewaskan pihak Belanda" Pinta Tuah lalu melutut di hadapan Mekong.

      "Pada pendapat saya, biarlah Mekong dan Tuah berlayar menyelamatkan Puteri Buih, sementelah hal peperangan dengan Belanda biarlah saya yang akan bertanggugjawab!" Titah Merong Mahawangsa.

        "Kalau begitu beta sangat bersetuju dan ia tentu lebih baik!"Balas Maharaja Maghad mengangguk-angguk. Petang itu mereka telah mempersiapkan kelengkapan perang di Goa bagi menyerang Kota Melaka. Maharaja Maghad telah menghantar utusan panggilan perang ke atas anakanda baginda Raja Arya untuk menyerang Belanda di Kota Melaka.

       Sedang Tuah, Raden Putra dan Mekong akan berlayar bersama anak kapal mereka ke Danmark untuk menyelamatkan Puteri Buih. Mekong telah meminta pertolongan Zhang Daeng dan puteranya untuk membantu Merong Mahawangsa berpatah balik berlayar ke Melaka. Zhang Daeng bersetuju membantu Merong Mahawangsa dan bergabung dengan Tentera Maharaja Maghad menyerang Kota Melaka.

     "Kanda harap adinda akan menang dalam peperangan kali ini" Kata Mekong kepada Merong Mahawangsa. Adindanya itu cuma tersenyum pahit.

       "Jika adinda tewas...kanda harus pulang ke Melaka! Dinda bimbang Tanah jajahan kita tidak beraja!" Pesan Merong Mahawangsa sambil melilit kakinya dengan kain berwarna merah.

         "Apa guna kanda pulang jika rakyat menderita, cucunda kanda dilarikan bangsa asing. Lebih baik kanda berada di lautan selamanya" Balas Mekong menoleh kepada adiknya Merong Mahawangsa. Bahu adiknya dipegang lembut. Merong Mahawangsa berdiri tegak selepas mengikat kakinya.

       "Kanda Raja Berdaulat! Kami menantikan kepulangan Kanda semua!" Kata Merong Mahawangsa tegas. Dia tidak mahu fikiran kurang baik menguasai kepalanya. Kata-kata Mekong begitu tersirat. Ada makna disebalik pesan baginda.

       "Jika kanda tidak pulang....."

       "Tidak kanda, kanda akan pulang" Tegas Merong Mahawangsa. Baginda tidak dapat menerima kenyataan jika abangnya itu tidak pulang. Entah kenapa air mata jantanya hampir tersembur keluar memikirkan kemungkinan yang akan berlaku di antara mereka berdua. 

        "Kanda telah tua. Ingatlah pesan kanda. Jika Kanda tidak pulang lagi selamatkanlah pewaris kanda.!!...Raja Ahmad dan Puteri Onang Sari adalah pewaris kanda selain Raja Husien dan Puteri Buih. Tetapi kanda mahu adinda melantik Raja Ahmad sebagai Sultan. Ambillah gelaran kanda untuk dirinya.  Sultan Mahmud Shah II akan menggantikan kanda.." pesan Mekong perlahan. Tetapi pesan dan wasiat itu cukup jelas kedengaran di telinga Merong Mahawangsa. Malahan turut menyentuh hati dan perasaan baginda.

         "Kanda pasti akan pulang dan menyerahkan sendiri takhta kanda kepada Raja Ahmad. Adinda tidak mahu kehilangan kanda..." Kata Merong Mahawangsa memeluk Mekong. Dua beradik yang sudah tua itu saling berpelukan dan dalam kesedihan kerana terpaksa berpisah. Si abang akan ke Barat bagi mendapatkan semula cucu mereka yang dilarikan oleh bangsa asing. Sedangjan Si Adik terpaksa ke Timur bagi merampas semula Tanah Jajahan mereka yang dikuasai pihak Belanda.

      "Ampun Tuanku, Kapal 'Mendam Berahi' telah siap untuk berlayar" Tuah tiba-tiba muncul di belakang dua beradik yang sedang berpelukan itu. Mereka terkejut dan berpura-pura tidak ada apa berlaku. Air mata telah dikesat habis. Tuah tunduk kepada dua Sultan Berdaulat dari Tanah Melayu itu.

        "Ayuh kita berlayar sekarang!" Titah Sultan Mahmud Shah (Mekong) pantas berjalan laju meninggalkan adiknya Merong Mahawangsa.

      Pemergian Mekong dan seisi kapal di beri penghormatan seluruh Goa. Malah tanpa Mekong sedari, seseorang telah melompat naik secara bersembunyi ke atas kapal 'Mendam Berahi'. Tiada siapa menyedari akan kehadiran lelaki itu.

        "Panglima Perang Diraja, hantarkan utusan beta kepada Datuk Bendahara Maharaja dan Datuk Temenggung DiRaja di Phang dengan segera. Katakan kita akan kembali dari Goa tidak berapa lama lagi" Titah Sultan Mudzaffar Shah kepada Panglima Perang Langkasuka.

        "Baik Tuanku" Panglima Perang Diraja menuruti segala titah Sultan Mudzaffar Shah. Baginda tidak menyatakan di dalam perutusan itu bahawa kepulangan baginda adalah bersama bala tentera Maharaja Maghad bagi memerangi Belanda. Tetapi segala persiapan itu di atas tujuan yang satu. Mereka akan menyingkirkan Belanda dari Kota Melaka. Segala persiapan telah lengkap keadaanya. Maharaja Maghad hanya menanti kepulangan anakanda baginda Raja Arya dari Medan peperangan. Penggabungan Merong Mahawangsa dan tentera Maharaja Maghad bukanlah orang lain. Malah mereka dari asal keturunan yang sama. Bezanya Merong Mahawangsa telah memeluk agama Islam sementara Maharaja Maghad dan keluarga baginda masih beragama Hindhu.

     

       

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now