Bab 17

508 17 1
                                    


Alunan suara Puteri Buih mengaji Al-Quran jelas kedengaran di telinga Laksamana Tuah. Sebutan tajwid dan alunan harakat jelas tersusun indah. Jamilah duduk bersimpuh. Dia kusyuk mendengar Puteri Buih mengaji. Tidak sia-sia dia mengajar Puteri itu mengaji Al-Quran. Jelas sekali Puteri Buih cepat pandai.

Sedang Jamilah mendengar Puteri Buih mengaji, dia terpandang akan kelibat Tuah. Jamilah bangun perlahan-lahan lalu berjalan ke arah Tuah.

Apabila Jamilah keluar dari Pintu Istana Kubah itu, ibarat biasan air yang beralun di permukaan. Tuah dan para pengikutnya tidak dapat melihat lagi Puteri Buih yang berada di dalam Istana Kubah itu. Jamilah sengaja menutup pandangan mereka semua.

" Di mana Puteri Buih? Hamba ingin berjumpa dengannya" Kata Tuah kepada Jamilah sebaik sahaja mereka bertemu mata.

"Anak didik saya sedang mengaji Al-Quran. Mengapa Tuan Hamba ingin berjumpa dengan Puteri Buih?" Soal Jamilah.

"Baginda Puteri mesti pulang ke Langkasuka dengan segera! Jika tidak perang akan meletus! "Jawab Tuah tegas. Jamilah terdiam. Kemudian gadis itu melangkah masuk ke dalam Istana Kubah. Dia hilang dalam biasan air. Beberapa orang pengikut Tuah yang menyaksikan peristiwa itu tercengang-cengang. Ada yang saling bercakap-cakapan.

"Istana Kubah ini telah di pagar Syekh Abdullah. Kita tidak bisa menembus pandang ke dalamnya!" Beritahu Tuah. Semua pengikut Tuah terdiam. Sungguh tinggi ilmu Syekh Abdullah. Ya, Tok Syekh yang biasanya mendapat karamah Allah swt.

     "Ya pakcik. Ada apa pakcik ingin bertemu Puteri?" Puteri Buih bertanya kepada Tuah sebaik sahaja dia keluar dari Istana Kubah itu.

     "Pakcik cuma mahu Puteri fikirkan betul-betul keputusan Puteri...Raden Putra tak akan bersetuju jika Puteri terus ingin tinggal disini" Kata Tuah tegas. Puteri Buih menghela nafasnya. Dadanya sedikit sempit memikirkan desakan kekasih hatinya, Raden Putra. Kenapa lelaki itu tidak memahami kehendak hati seorang perempuan, getus hati Puteri Buih.

      "Pakcik, izinkanlah Puteri tinggal di sini. Puteri mahu khatam mengaji Al-Quran....Banyak lagi Puteri perlu belajar. Ilmu tentang Kitab Al -Quran, Ilmu Tasawuf, Tauhid, Tarekat...."

      "Sampai bila???Banyak tu...pakcik yakin, Raden Putra tak akan bersetuju! Kalau begini sikap Puteri, seluruh Langkasuka akan tinggal debu... Istana Langkasuka pasti akan runtuh!!" Marah Tuah. Puteri Buih benar-benar menguji kesabarannya.

       "Sampai Puteri pandai, pakcik..Dan sampai Puteri kenal diri Puteri..."Balas Puteri Buih. Suaranya perlahan. Dia tahu Tuah sedang marah kepadanya.

        "Kenapa Puteri berdegil? Raden Putra menunggu Puteri di Langkasuka. Puteri kembalilah ke sana. Tentang Datuk Bendahara Perak, Puteri usahlah bimbang. Pakcik akan uruskan hal beliau di sini" Pujuk Tuah. Puteri Buih terdiam seketika.

      "Puteri akan fikirkan hal ini" Jawab Puteri Buih lalu melangkah masuk ke dalam Istana Kubah. Jamilah baru keluar dari Pintu Istana Kubah dan bertembung dengan gadis itu. Puteri Buih hanya diam seribu bahasa sewaktu memandang Jamilah.

     "Bagaimana dengan keputusan Puteri?" Soal Jamilah ingin tahu.

      "Baginda Puteri begitu degil.."Jawab Tuah menggeleng-gelengkan kepalanya.

       "Apa benar yang Tuan Hamba katakan tadi...perang akan meletus?"Tanya Jamilah. Wajahnya begitu tenang menanti jawapan Tuah.

     "Benar saudari...jika perang meletus, bumi Melayu ini tidak aman lagi..." Jawab Tuah.

     "Siapa yang akan berperang? Adakah baginda Sultan Mudzaffar Shah? Setahu saya, Tuanku bukanlah Sultan yang sesuka hati memerangi Kerajaan lain...Saya dan ayahanda cukup kenal dengan Sultan Mudzaffar Shah" Kata Jamilah penuh yakin. Tuah terdiam seketika.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now