Bab 28

391 17 0
                                    

        Tanah Abang dihujani pelbagai bangsa dan kaum. Mereka sanggup datang untuk menyokong dan mengangkat Sultan Mudzaffar Shah sebagai Sultan Berdaulat di Kepulauan Nusantara yang seluruh bangsanya bersetuju menggelarkannya Tanah Melayu.

        Tiada ketinggalan walau seorang di kalangan Raja-raja Melayu yang datang. Mereka sebulat suara mengangkat dan menabalkan Sultan Mudzaffar Shah sebagai Sultan berdaulat atas permintaan cucunda Sultan Mahmud Shah, Puteri Buih.

       Sewaktu acara itu berlangsung, tanpa dijangka, sekumpulan tentera Belanda-Siam dan beberapa orang Inggeris turut hadir. Sebenarnya mereka datang untuk mencari Puteri Buih.

       "Ada sesiapa di sini melihat perempuan ini?" Soal seorang lelaki Belanda sambil menghulurkan sebuah risalah lukisan seorang perempuan yang berbadan separuh ikan dan dua ekor ular naga.

      "Tidak Tuan..kami tidak pernah melihat duyung di sini" Jawab orang kampung di situ.

       "Ahh...! Jangan bohong. Cuba lihat betul-betul! Gadis ini bukan sebarang orang, dia pasti golongan bangsawan" Marah lelaki Belanda itu. Dia berjalan meninjau sekitar kawasan itu bersama para tenteranya.

     Dari jendela Istana, Sultan Mahmud Shah memerhatikan orang-orang Belanda itu. Dia berasa sungguh hairan akan kedatangan bangsa asing itu ke Tanah Abang. Mereka sungguh sombong! Belum pernah pihak Belanda-Siam cuba berbaik dengan orang-orang di Kepulauan Nusantara. Pasti mereka mencari sesuatu, getus hati Sultan Mahmud Shah.
       
      Pada hari itu acara pertabalan berlangsung juga. Sultan Mudzaffar Shah di arak menaiki gajah dengan berpayung kuning. Diikuti rombongan Puteri Buih bersama Sultan Mahmud Shah. Datuk Bendahara Perak juga telah dilantik kembali menjadi Bendahara kepada Sultan Mahmud Shah. Sementara anak Datuk Bendahara Perak ada yang di lantik menjadi Bendahara Sultan Mudzaffar Shah.

      Selesai acara bersiram serta diarak sekeliling Tanah Abang, tibalah acara Raja-raja Melayu lain duduk mengadap baginda Sultan Mudzaffar Shah di balai penghadapan. Semua yang datang telah menyatakan persetujuan untuk mengangkat Sultan Mudzaffar Shah sebagai Raja berdaulat di Tanah Melayu. Beberapa alat kebesaran dari negeri di bawah naungan mereka turut di hadiahkan kepada Sultan Mudzaffar Shah menandakan sokongan mereka kepada baginda.

     Puteri Buih tidak turun ke balai penghadapan. Sebaliknya dia duduk bersimpuh di jendela biliknya yang mengadap balai penghadapan itu. Tanah Abang penuh sesak dengan rakyat jelata. Termasuklah seorang Putera yang telah sampai ke situ untuk mengambil bakal isterinya.

        Raden Putra membawa 7 orang pahlawan kerajaan Monggol bagi menemani baginda untuk membawa pulang Puteri Buih. Mereka terpaksa berasak disebalik rakyat jelata untuk memasuki Istana.

      "Tuan Puteri, ada seorang pemuda ingin bertemu." Beritahu seorang dayang. Puteri bingkas bangun lalu masuk ke dalam bilik beradunya.

      "Siapakah gerangannya pemuda itu dayang?" Soal Puteri Buih membetulkan selendang songketnya.

       "Katanya dia dari Langkasuka. Patik kurang periksa pula siapakah gerangannya pemuda itu," Jawab dayang itu lalu tunduk.

       "Dari Langkasuka?!!" Puteri Buih teringat akan Raden Putra. Lekas-lekas dia berlari keluar dari bilik beradunya.

          "Puteri!" Panggil Raden Putra dari sebalik sebuah tiang yang berada di susur gajah istana.

       "Tuanku!" Dengan pantas Puteri Buih berlari mendapatkan kekasih hatinya itu. Raden Putra memeluk erat gadis itu kemudian perlahan-lahan dia melepaskannya.

     "Bagaimana keadaan Puteri?"Soal Raden Putra memegang bahu gadis itu.

     "Puteri baik-baik sahaja. Mengapakah Tuanku datang tanpa pengiring lain?"Soal Puteri Buih berasa hairan.

       "Mereka ada di majlis pertabalan Sultan Mudzaffar Shah. Tak sangka kan..."Jawab Raden Putra menjeling gadis yang dicintainya itu.

        "Tak sangka?...maksud Tuanku?" Puteri Buih mengerutkan dahinya.

       "Tak sangka Puteri berjaya selamatkan Tuanku Sultan Mudzaffar Shah" Terang Raden Putra.

        "Jadi, Tuanku bersedih hati kerana Sultan Mudzaffar Shah telah sembuh dari terkena bisa ular naga itu?" Bidas Puteri Buih geram. Dia tidak tahu kenapa Raden Putra sanggup cuba membunuh Sultan Mudzaffar Shah sedangkan lelaki itu tahu Sultan Mudzaffar Shah itu Nenda saudaranya.

        "Hmm....." Raden Putra terdiam memandang Puteri Buih.

         "Tuanku masih ingin mengambil Langkasuka?" Soal Puteri Buih.

          "Ayahanda akan jadikan Langkasuka pelabuhan...untuk barang dagangan kami" Beritahu Raden Putra.

          "Apa tak cukup lagi dengan Goa???Tuanku ingin merampas Langkasuka dan cuba menjadikan ia seperti Goa....pelabuhan yang sesak dan kacau bilau dengan jenayah dan pembunuhan!" Marah Puteri Buih.

        "Goa terkenal diseluruh dunia sehingga banyak manusia yang sanggup datang ke Goa untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan....tetapi Ia tidak cukup.."Beritahu Raden Putra jujur.

           "Tidak cukup apa? Tuanku dan ayahanda tamak!!!!Mengapa perlu mengambil Langkasuka?"Marah Puteri Buih. Dia tidak faham kenapa Maharaja Ong dan Raden Putra sanggup mengkhianati Sultan Mudzaffar Shah.

        "Kepulauan Nusantara adalah jalan laut yang terbaik untuk dijadikan pelabuhan. Ia akan jadi lubuk kekayaan jika kami dapat menguasainya. Andainya dari Goa ke Langkasuka akan menjadi tempat perhentian kapal-kapal dagangan...kami akan memungut cukai serta keuntungan yang banyak.."Terang Raden Putra.

        "Keuntungan dengan merampas hak orang lain?!!"Tempelak Puteri Buih. Raden Putra terdiam seketika.

        "Seorang Puteri tidak akan tahu soal keuntungan...hal ini antara aku dan ayahanda. Janganlah Puteri banyak berfikir..."Pujuk Raden Putra. Namun Puteri Buih bukanlah mudah untuk terpujuk dengan kata-kata Raden Putra. Dia tahu helah Raden Putra dan Maharaja Ong.

         "Ah..lelaki selalu fikirkan tentang kuasa...siapa kuat!!!Dan menunjukkan kekuatan kepada semua orang....tapi mereka tidak pernah fikirkan hal dan perasaan orang di sekeliling mereka.... Mereka ingin meluaskan empayar demi menunjukkan kehebatan keluarga bangsawan mereka sehingga sanggup menindas orang lain..hak orang lain..."

         "Shussshhhh..."Raden Putra merapatkan tubuhnya kepada Puteri Buih. Dia meletakkan jarinya di bibir mungil gadis itu.

        "Perempuan haruslah cantik dan pandai melayan seorang lelaki...tangan yang mulus ini harus membelai seorang lelaki bukan bermain pedang..." Tutur Raden Putra perlahan. Puteri Buih meronta apabila Raden Putra menarik tangannya. Lelaki itu meletakkan tangan Puteri Buih di dadanya yang bidang.

       "Puteri tidak bersetuju.... perempuan juga berhak memperjuangkan sesuatu yang dia rasakan benar"Bantah Puteri Buih.

      "Puteri ingin memperjuang Langkasuka...? Sehingga kita tidak perlu berkahwin?" Raden Putra menguji Puteri Buih. Bukan dia tidak tahu, mereka berdua sememangnya dalam dilema.

     "Puteri..."

      "Janganlah Puteri mempertaruhkan cinta kerana Puteri ingin membantu keluarga Puteri...."Bisik Raden Putra.

       "Jika benar Puteri ingin membantu keluarga Puteri..adakah Tuanku boleh membantu Puteri juga?" Kata Puteri Buih merenung tepat ke dalam mata Raden Putra. Lelaki itu terpana seketika.

       "Usahlah Puteri bimbang...untuk Puteri segalanya akan ditunaikan"Pujuk Raden Putra menggenggam tangan gadis itu.

       "Kalau begitu kita berkahwin...Puteri inginkan Langkasuka sebagai hadiah perkahwinan kita" Balas Puteri Buih tanpa segan silu. Raden Putra terdiam mendengar permintaan gadis itu. Sememangnya ayahandanya akan menyerahkan Langkasuka kepadanya. Tetapi Maharaja Ong tidak pernah tahu Puteri Buih adalah cucunda Sultan Mahmud Shah. Baginda menyangka Puteri Buih adalah keluarga Datuk Bendahara Perak dan Datuk Sya'aban, pemerintah terkuat di Gangga Negara. Hanya Raden Putra tahu Puteri Buih sebenarnya cucunda Sultan Mahmud Shah.

    

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now