Bab 12

623 21 0
                                    

    Permaisuri Ratna Gumilah Sari bermuram durjana. Baginda permaisuri tidak keruan memikirkan tingkah laku Sultan Mahmud Shah. Suaminya itu tidak lagi seperti dahulu. Tuanku Sultan Mahmud Shah  telah berubah 360 darjah daripada sikapnya yang terdahulu.

    "Sampai bila kanda ingin mencari Tun Merah? Sudah berapa lama kita di negeri adinda Sultan Mudzaffar Shah ini, tapi kanda tidak membenarkan dinda ketemu dengan biras dinda" Rungut Permaisuri Ratna Gumilah Sari.

  "Apalah guna punya adik jika sombong dan tidak mahu menolong kanda!" Balas Sultan Mahmud Shah mendengus.

    "Kenapa kanda ingin membakar dendam di dada? Bukankah perkara yang sudah lepas perlu dilupakan!" Pujuk Permaisuri Ratna Gumilah Sari memegang bahu suaminya.

     " Tapi keluarga pendurhaka itu yang menyebabkan Puteri kita ditikam..." Marah Sultan Mahmud Shah.

        " Ya, itu benar..tapi kanda harus memaafkan dan melupakan perkara itu. Ajal dan maut ketentuan Allah swt. Kanda sudah lupakah apa yang Tok Ma ajar...yang Tok Ma didik?" bisik Permaisuri Ratna Gumilah Sari perlahan-lahan. Sultan Mahmud Shah menggeleng-gelengkan kepalanya.

      "Tidak, kanda tidak akan melupakan apa yang terjadi. Hati kanda tidak akan puas selagi kanda tidak dapat membalas perbuatan Jebat!" Bentak Sultan Mahmud Shah.

      " Kanda,... yang hilang akan berganti, yang patah pasti akan tumbuh kembali....bukankah lebih elok kanda berikan kasih dan sayang kepada Raja Ahmad dan Puteri Onang Sari? Mereka lebih perlukan kanda selepas adinda Puteri Santubong Champa Mangkat?" Pujuk Permaisuri Ratna Gumilah Sari.

    "Ah!!!Bukankah mereka tinggal bersama Mudzaffar Shah di Istana Langkasuka?..........kanda tak suka ambil tahu lagi hal Raja Ahmad. Dia lebih rapat dengan keluarga DiRaja Langkasuka" Balas Sultan Mahmud Shah kasar.

     "Kanda telah berubah sememjak Puteri Lipur Mangkat. Walau dinda sedih dengan apa yang terjadi, tapi dinda yakin dengan takdir Allah. Iman dinda masih utuh lagi. Dinda tidak tahu mengapa kanda bersikap begini? Menjadi pendendam, perengus, suka marah dan bersifat kesat....."Rungut Permaisuri Ratna Gumilah Sari.

    "Jangan campur urusan kanda. Apa yang kanda lakukan, itu hak kanda. Kanda Sultan!!! Biar kanda yang uruskan hal jajahan. Kanda berkuasa, kanda tahulah apa yang kanda putuskan!" Bentak Sultan Mahmud Shah lalu meninggalkan permaisuri nya.
   
    "Panglima!!!ayuh kita ke daratan!" Jerkah Sultan Mahmud Shah di pinggir tangga kapal.

       "Ampun Tuanku. Adakah Tuanku ingin turun singgah di Klang? Bekalan makanan kita masih mencukupi" Kata Panglima itu.

       "Beta dengar Datuk Bendahara Perak berada di Klang! Jadi itu memang tujuan beta untuk bertemu dengannya!" Terang Sultan Mahmud Shah menuruni tangga kapal dan naik ke sampan. Beberapa orang hulubalang kelam kabut memayungi baginda dengan payung kuning. Diikuti dengan beberapa orang para pembesar dan panglima.

      " Fikiran Tuanku tidak keruan....apalah yang kita boleh buat" Sungut Tabib Diraja yang berada di atas sudut kapal bersama Datuk Paduka Indera Lelawangsa. Mereka memerhatikan sampan Tuanku di kayuh menuju daratan diikuti beberapa buah sampan pengiring baginda.

      " Semenjak Puteri Lipur mangkat, sikap Tuanku berubah. Elok benar Tuan Tabib cuba ubati Tuanku" cadang Datuk Paduka Indera Lelawangsa sambil menarik tali kain layar kapal.

      "Ish..hamba tak berani.! Lagipun Tuanku suka mengurung diri sendirian di dalam kamar beradu Puteri Lipur di hujung kapal ini. Baginda juga suka bercakap sendirian. Perangai baginda Tuanku sungguh pelik dan berubah!" Cerita Tabib Diraja.

      "Tuanku bercakap dengan siapa?" Soal Datuk Paduka Indera Lelawangsa.

        "Itu hamba tidak tahu. Tapi ada juga awak awak kapal bercerita pernah melihat seorang  perempuan bersama Tuanku di dalam kamar beradu Puteri Lipur itu" cerita Tabib Diraja.

      "Siapa?" Soal Datuk Paduka Indera Lelawangsa terpinga-pinga.

Kedebommmmm!!!!!!!!!

Mereka berdua sungguh terkejut. Kelam kabut mereka berlari ke arah bunyi itu. Sebuah peti yang tersusun di geladak kapal jatuh. Tetapi tiada siapa di situ.

       "Siapa di sana?" Soal Datuk Paduka Indera Lelawangsa.

        (Senyap)

Beberapa orang hulubalang kapal berjalan ke situ.

      "Ada apa Datuk berdua?" Soal hulubalang yang berkawal di kawasan itu.

      "Tak ada apa apa. Ada peti jatuh tadi!" Beritahu Tabib Diraja. Kedua hulubalang itu memeriksa geladak yang disusun dengan peti itu. Tetapi tiada apa-apa di situ. Mereka memberikan isyarat kepada Tabib DiRaja dan Datuk Paduka Indera Lelawangsa sambil menggeleng-gelengkan kepada mereka. Kemudian mereka meninggalkan tempat itu dengan segera.

     Tanpa mereka sedari seseorang memerhatikan mereka.

      "Mungkin kamu semua belum kenal Permaisuri sebenar Sultan Mahmud Shah!" Kata perempuan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar itu. Bajunya sedondon hijau pekat dan dihiasi batu permata berkilau. Rambutnya disanggul tinggi. Sebuah mahkota terletak di kepalanya. Terdapat sebuah tongkat cokmar di tangannya. Dia tersenyum sinis memerhatikan Tabib Diraja dan Datuk Paduka Indera Lelawangsa.

       "Sejak baginda bersetuju berkahwin dengan beta dan meminta pertolongan beta....baginda adalah milik beta selama-lamanya! Tiada siapa dapat merampas baginda dari beta lagi!" Kata perempuan itu lalu hilang ke dalam laut. Angin bertiup deras seketika. Sampan Tuanku Sultan Mahmud Shah terumbang ambing. Mujurlah mereka semakin hampir ke daratan.

    "Apakah itu?" Jerit seorang pengawal apabila sampan mereka seperti dihayun seseorang.

     "Pengawal!!! Mengapa berhenti? Cepat dayung sampan ini!" Perintah Tuanku.

      "Ampun Tuanku, ada orang manampar muka patik!" Adu pengawal itu. Baginda Sultan Mahmud Shah sungguh terkejut.

         " Siapa yang menampar mukamu???Tiada siapa di hadapan. Hanya kamu sahaja di hadapan!" Marah Sultan Mahmud Shah sambil memegang sampannya. Hampir baginda jatuh ke dalam air.
     
     "Ampun Tuanku, muka patik terasa pedih kerana ditampar" Adu pengawal itu lagi. Sultan Mahmud Shah memandang ke sekeliling sampan mereka. Baginda sungguh terkejut apabila melihat isterinya berdiri di atas air.

       "Kidul, pulanglah. Kanda punya pekerjaan di daratan. Nanti kanda akan berjumpa adinda" bisik Sultan Mahmud Shah. Kidul tersenyum lalu berundur dan hilang dari pandangan. Sultan Mahmud Shah berasa lega kerana sampan mereka kembali tenang. Para pengawalnya berdayung menghampiri daratan.

    Elok Sultan Mahmud Shah memijak tebing daratan untuk naik, suara Kidul kedengaran.

        "Dinda tak suka kanda bergaul dengan mana-mana perempuan. Jika adinda tahu, perempuan itu akan mati bermuntah darah!" Suara Kidul tegas. Sultan Mahmud Shah terhenti langkah. Baginda tidak menyangka isterinya Kidul begitu kuat cemburu. Baginda telah meminta pertolongan Kidul untuk mengawal Perairan Selat Melaka dan tanah jajahan baginda dari dicerobohi Belanda-Siam lagi. Malah baginda juga mahu mengawal perairan yang dilalui kapal-kapal Belanda-Siam itu. Segalanya berjalan lancar apabila Belanda-Siam serta kapal-kapal asing bersetuju membayar cukai kepada baginda. Kapal-kapal yang ingkar pastinya akan karam dipukul ribut taufan yang dilakukan oleh Kidul. Baginda telah bersetuju berkahwin dengan Kidul asalkan Kidul membantu baginda menjaga perairan Acheh sehingga Selat Melaka sampai ke Pulau Singgah. Perjanjian itu telah berjaya apabila Tuanku telah berkahwin dengan Kidul, Ratu atau Peri di dalam lautan ketika itu.

          " Kidul jangan ikut, kanda. Pulanglah.....kanda ada urusan di Klang" bisik Sultan Mahmud Shah ketika baginda berada di dalam tandunya.

       Para pengiring Sultan Mahmud Shah berbaris di belakang tandu membawa baginda ke pusat pemerintahan Klang.

        "Ampun Tuanku, kita telah tiba di rumah Datuk Bendahara Perak" Beritahu Datuk Panglima Negeri sambil berdiri di sebelah tandu Tuanku.

        "Baguslah begitu. Di mana Datuk Bendahara Perak?" Soal Sultan Mahmud Shah melangkah turun dari tandu. Halaman rumah Datuk Bendahara Perak sangat luas. Beberapa orang pemuda sedang berlatih silat di gelanggang berhampiran.

      Beberapa orang anak teruna kecil sedang bermain sepak raga berhampiran tandu baginda. Tuanku Sultan Mahmud Shah berjalan menuju ke rumah Datuk Bendahara Perak. Baginda tidak sabar untuk bertemu Puteri Buih.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now