Bab 19

462 14 1
                                    

Langkasuka diselaputi kabus suram. Beberapa perkampungan telah ditinggalkan dengan hening buminya yang berdebu. Puteri Buih memperlahankan tunggangan kuda. Derap kaki kudanya memecah kesunyian alam. Semua makhluk menyepi di balik-balik pohon rendang dan batu-batu pantai. Puteri Buih sedar ada banyak mata yang sedang mengendap pergerakannya. Kabus tebal bergerak perlahan dan menyelaputi pelabuhan yang ditinggalkan sepi. Peti-peti kayu berselerakan ditinggalkan. Guni-guni padi tergolek jatuh di atas pelantar jeti. Tidak jauh dari perlabuhan itu tersergam istana Langkasuka. Tiada lagi nyalaan obor di tembok Istana. Seluruh Istana Langkasuka gelap gelita. Puteri Buih mendongak ke langit. Matahari akan terbenam tidak berapa lama lagi.

Dengan pantas gadis itu menunggang kudanya. Dia memacu tali kekangan kuda menuju pintu gerbang istana Langkasuka. Tembok Istana Langkasuka berdiri megah di tepi pantai. Kuda putih yang ditunggang Puteri Buih berhenti tiba tiba. Ia menjerit sambil mengangkat badannya. Hampir Puteri Buih jatuh terlentang ke tanah. Mujurlah dia berjaya mengawal tali kekangan kuda tersebut.

"Mengapa Randa? Kau takut gelap?" Kata Puteri Buih sambil mengusap tengkuk kuda itu untuk menenangkannya. Suasana di situ agak kelam dan berbau busuk. Mayat-mayat pengawal istana bergelimpangan di atas jalan masuk ke Istana Langkasuka. Lalat mulai menghurung mayat-mayat di situ. Puteri Buih menutup hidungnya dengan kain selendang di kepalanya. Dia mengeluarkan pedang yang tersisip di tali pengikat pehanya.

Matanya tertancap ke arah sebuah damar buluh yang masih menyala terpacak di tengah halaman istana. Puteri Buih memeriksa kakinya yang tersarung kasut kain dan dililit kuat sehingga ke paras lutut. Senjata miliknya masih berada disitu. Dia meraba dua bilah pisau belati di kedua-dua kakinya.

Matanya tiba-tiba menangkap kearah pedati di tepi pintu masuk Istana. Puteri Buih memotong tali tambatan dua ekor kuda dari sebuah kereta kuda milik Istana Langkasuka. Dia mengalihkan kuda tersebut kepada pedati di tengah halaman itu. Terdapat bahan bakar di dalam pedati tersebut. Puteri Buih menurunkannya perlahan-lahan. Kemudian menarik kuda tersebut untuk menggerakkan pedati kayu itu. Setiap mayat yang bergelimpangan dinaikkan ke dalam pedati kayu itu. Air matanya hampir menitis. Dia tahu...Semua yang berlaku itu adalah salahnya.

Setelah mayat-mayat itu dikumpulkan, Puteri Buih membakarnya dengan bahan bakar. Puteri Buih segera menutup pintu gerbang istana Langkasuka sebaik sahaja api di halaman Istana Langkasuka kian marak. Dia menarik rantai besi di atas pintu gerbang istana tersebut untuk menaikkan jambatan yang menghubungkan ke pelabuhan. Nafasnnya tercungap-cungap keletihan. Dengan pantas Puteri Buih berlari menaiki tangga di pinggir tembok Istana Langkasuka untuk menuju ke menara pintu gerbang Istana. Dari situ dia dapat melihat kelibat Saktimula dan Nagasari menuju ke arah Istana Langkasuka.

"Sekarang kau datang juga" kata Puteri Buih mengeluarkan sebiji botol kecil dari dalam bajunya. Dia tersandar di dinding bersama detak jantung yang semakin berdegup laju.

"Kami mencium bau, Tuan Puteri!" Sapa Saktimula menegakkan kepalanya di tingkap menara pintu gerbang Istana Langkasuka.

"Lebih baik Tuan Puteri keluar sahaja dari lubang kecil itu supaya senang kami membawa Tuan Puteri pergi dari sini" Kata Nagasari membelitkan badannya ke sebuah batang pokok di luar istana itu.

"Di manakah Raden Putra?"Soal Puteri Buih.

"Baginda sedang menanti Tuan Puteri di Pulau Helang" Jawab Saktimula.

"Mengapa kalian membunuh orang ramai yang tidak berdosa?"Soal Puteri Buih geram.

"Kami lakukannya kerana Tuan Puteri cuba memungkiri janji!" Jawab Saktimula.

"Saya tidak akan memungkiri janji..saya cuma perlukan masa untuk tinggal di Pattani Raya" Jawab Puteri Buih.

"Kalau begitu, Tuan Puteri haruslah mengikut kami ke Pulau Helang" Tegas Saktimula.

"Saya akan mengikut kalian ke Pulau Helang untuk berjumpa dengan Raden Putra, tetapi dengan 3 syarat" Kata Puteri Buih pula.

"Apakah syaratnya?" Soal Nagasari saling berpandangan dengan Saktimula.

"Syarat pertama, kalian berdua harus menyerahkan dua biji geliga yang berada di dalam mulut kalian berdua kepada saya....sebelum saya mengikut kalian ke Pulau Helang" Kata Puteri Buih. Dia pasti tidak akan diancam oleh Saktimula dan Nagasari lagi jika dua ekor ular itu cuba ingin membunuhnya kerana geliga Sakti mereka berdua telah dikeluarkan.

"Apakah syarat yang kedua?" Soal Nagasari tidak sabar.

"Syarat kedua,...saya mahu kalian berdua pulang ke Indera Sakti dan jangan sesekali kembali lagi ke sini!" Tegas Puteri Buih.

"Bagaimana dengan Tuan Puteri? Kami ditugaskan menjaga Tuan Puteri!" Tegas Saktimula seperti tidak mahu pulang ke Indera Sakti. Ia telah merasakan kebebasan bercampur gaul bersama manusia dan ia juga merasakan dirinya sangat berkuasa. Malah Raden Putra juga tidak dapat mengawal mereka.

"Baiklah demi menjadikan syarat-syarat itu adil, biarlah Raja kalian berdua yang memutuskannya...kalian bertanyalah kepada Raden Putra setelah saya berjumpa dengannya!" Kata Puteri Buih.

"Baiklah, kalau begitu apa pula syarat ketiga?" Soal Nagasari.

"Syarat ketiga, geliga Sakti kalian hanya akan dipulangkan kepada kalian sekiranya kalian pulang ke Indera Sakti"Tegas Puteri Buih. Saktimula dan Nagasari saling berpandangan. Bermakna, mereka berdua tidak dapat menjadi ular lagi jika geliga Sakti mereka berada di tangan Puteri Buih.

"Mengapa kalian diam? Adakah kalian bersetuju?" Soal Puteri Buih. Saktimula dan Nagasari tiada pilihan. Puteri Buih seakan tidak bersetuju mereka tinggal di Langkasuka...

Saktimula dan Nagasari telahpun bersetuju dengan syarat Puteri Buih. Dan mereka berdua terpaksa mengeluarkan geliga sakti daripada mulut mereka. Dengan mengeluarkan geliga sakti daripada mulut mereka berdua, Saktimula dan Nagasari akan berubah bentuk menjadi manusia biasa. Malah mereka berdua tidak boleh menukarkan diri mereka kepada ular naga lagi. Kesaktian dan kuasa mereka tidak boleh digunakan lagi.

Puteri Buih menyelukkan tangannya ke dalam mulut Saktimula. Perlahan-lahan dia mengambil geliga sakti di mulut ular naga itu. Suasana menjadi kelam apabila awan malam mula bergabung bersama kabus tebal.
Selepas geliga sakti dikeluarkan daripada mulut Saktimula sekelip mata Saktimula telah bertukar menjadi manusia biasa. Wajahnya tampan dan berbaju bangsawan Melayu. Puteri Buih tersenyum melihat Saktimula.

"Baiklah, sekarang giliran Nagasari!" Kata Puteri Buih merenung Nagasari. Ular naga betina itu serba salah untuk membuka mulutnya.

"Mengapa Nagasari? Bukankah kalian berdua telah berjanji" soal Puteri Buih. Nagasari memandang Saktimula dengan sebuah perasaan yang begitu berat untuk dilepaskan.

"Bolehkah Tuan Puteri menyeluk mulut saya?" Kata Nagasari. Puteri Buih berasa sungguh hairan dengan kata-kata Nagasari.

"Mengapa tidak boleh?Nagasari juga seperti Saktimula. Ayuh buka mulut mu!" Arah Puteri Buih.

Saktimula pun membuka mulutnya. Bersembur api yang marak menyala. Puteri Buih sungguh terkejut. Rupanya mulut Nagasari mempunyai api. Barulah Puteri Buih faham.

"Maafkan saya, Tuan Puteri" Pinta Nagasari.

"Adakah ini helah kalian berdua???" Soal Puteri Buih merenung tajam ke arah Saktimula.

"Tidak, Tuan Puteri. Saya akan beritahu cara untuk Tuan Puteri mengambil geliga sakti saya.." kata Nagasari serba salah apabila melihat Puteri Buih mengacukan pedangnya ke tengkuk Saktimula.

"Tuan Puteri boleh mengambil geliga sakti saya di sebuah tasik di Pulau Helang. Air tasik itu akan memadamkan semburan api di mulut saya..." Kata Nagasari memandang Saktimula..Dia risau kekasih hatinya itu akan di bunuh Puteri Buih.

"Baiklah!!!kalau begitu kita akan ke Tasik itu dengan segera!!!" Kata Puteri Buih memanjat kepala Nagasari. Saktimula terpaksa mengikut Puteri itu lantaran tengkuknya telah diacu pedang.

Nagasari pun bergerak menyusur sisir pantai menuju sebuah tasik di Pulau Helang. Selepas itu Puteri Buih akan membuat perhitungan dengan Raden Putra, kekasih hatinya.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now