Bab 52

292 10 0
                                    

Mulut Puteri Buih diikat kuat dengan sehelai kain. Dia tidak dapat menjerit lagi. Terasa anak tekaknya kering dan perit. Air matanya pun telah kering. Sudah puas dia menangis, namun tidak ada siapa yang memperdulikannya. Dia cuba meronta untuk melepaskan diri, tetapi tangan dan kakinya dililit dengan tali yang keras. Kedua belah kakinya berbirat dan melecet. Dia berasa sungguh lemah. Orang-orang yang menangkapnya telah meninggalkannya di dalam sebuah bilik. Dia tidak tahu di mana ekoran matanya ditutup rapat dengan sehelai kain yang diikat pada kepalanya.

Puteri Buih cuba mengengsot. Dia merapatkan dirinya ke dinding bilik tersebut. Dia berharap ada orang yang akan mendengar keberadaannya di situ. Namun suaranya langsung tidak kedengaran. Jeritannya hanya sia-sia.

"Di mana perempuan itu?" Soal Raja Mateus kepada seorang Jeneral Siam. Jeneral itu tersenyum sinis.

"Perempuan itu ada bersama kami. Dia telah kami kurung! Jika pihak Belanda mahukan perempuan itu, serahkan Melaka kepada kami!" Ugut Jeneral Siam. Raja Mateus merenung tajam wajah Jeneral Siam itu.

"Melaka masih dalam kekuasaan Belanda. Orang-orang Siam tidak berhak ke atasnya!" Tegas Raja Mateus.

"Tapi Alfonso telah berjanji dengan kami...Dia akan memberikan sebuah pusat pelabuhan kepada Siam!" Bentak Jeneral Siam itu. Dia cukup marah dengan jawapan Raja Mateus.

"Alfonso telah mati! Lopo adalah Jeneral Belanda yang baru. Dia akan menggantikan Alfonso! Perjanjian itu tidak sah kerana Alfonso telah mati!!" Bantah Raja Mateus.

"Kalau begitu, kami tidak akan menyerahkan perempuan itu kepada Belanda!!!! "Jerit Jeneral Siam itu lalu berpaling daripada Raja Mateus.

"Siam tidak akan dapat bertahan tanpa Belanda!!! Ekonomi kalian sangat menyedihkan. Malah rakyat Siam akan kelaparan kerana pemberontakan yang kalian sendiri lakukan!!!" Ejek Raja Mateus.

"Kalau itu jawapan kau, kami akan bawa Perempuan itu ke Siam! Mungkin orang-orang Belanda tidak tahu kenapa Alfonso ingin menangkap perempuan itu!!"Balas Jeneral Siam. Dia cuba memancing Raja Mateus dan orang-orang Belanda.

"Kalian orang-orang Siam tidak akan dapat keluar dari sini. Orang-orang Belanda lebih ramai daripada kalian semua. Kapal kalian akan ditembak dan dibakar bila-bila masa sahaja!" Ugut Raja Mateus. Dia lebih yakin dengan keputusannya. Orang-orang Siam itu tidak sedar bahawa mereka hanya diperalatkan oleh Raja Mateus untuk menculik Puteri Buih.

"Tak guna!!!" Belum sempat Jeneral Siam itu menyerang Raja Mateus, dia telah ditembak oleh Tentera Belanda yang mengiringi Raja Mateus. Tembakan itu tenggelam bersama keriuhan dan kesibukan pelabuhan Goa. Sedang orang-orang Siam yang menangkap Puteri Buih telah rebah tersungkur. Raja Mateus telah membuat perancangan yang lebih bijak daripada Alfonso. Selepas itu Dia akan menguasai Siam sepenuhnya. Walau Siam tidak kaya seperti Melaka, tetapi Raja Mateus akan menggunakan kesemua kekuatan tentera Siam untuk mencapai niatnya!

"Buka bilik itu!" Arah Raja Mateus. Seorang tentera Belanda membuka pintu bilik tempat Puteri Buih dikurung. Puteri Buih meronta-ronta ingin melepaskan dirinya apabila dia melihat Raja Mateus berdiri di muka pintu bilik tempat dia dikurung.

" Pindahkan perempuan ini ke kapal Belanda!" Arah Raja Mateus kepada tenteranya. Kemudian dia meninggalkan kapal itu. Tentera Belanda mengheret Puteri Buih ke dap kurungan besi. Jeneral Siam dan orang-orangnya telah mati bergelimpangan.

Satu letupan yang besar berlaku di pelabuhan Goa! Kapal Siam di tembak dan dibakar oleh orang-orang Belanda.

"Paman, Cuba lihat di sana!" Jerit Raden Putra sambil bersembunyi di sebalik belukar di pinggir pelabuhan Goa. Tuah melihat kebakaran yang berlaku di tengah pelabuhan. Sebuah kapal telah meletup.

"Itu kapal orang-orang Siam!" Beritahu Raden Putra. Dia telah menyedari kehadiran orang-orang Siam sewaktu mereka baru tiba di Goa.

"Mungkin mereka datang ke Goa untuk bertemu Alfonso. Tetapi kenapa kapal mereka dibakar?" Soal Tuah kehairanan.

"Pasti mereka ada kaitan dengan kematian Alfonso. Kita telah memasuki khemah orang-orang Belanda, tetapi khemah mereka telah kosong. Mungkin mereka telah belayar...." Bisik Tuah perlahan.

"Bagaimana dengan Isteri saya, Paman. Dia diculik!! Setitis darah Puteri Buih menitis, setiap kapal Belanda yang tiba di Kepulauan Nusantara ini tidak akan saya lepaskan!" Bentak Raden Putra geram. Dia sendiri buntu siapakah yang menculik Puteri Buih sedangkan isterinya itu tidak ada di dalam khemah orang-orang Belanda.

"Kita terpaksa pulang ke kapal dahulu. Bahaya kita berlama di sini! Askar-askar yang berkawal di Goa pasti akan mencari penjenayah yang membunuh Alfonso. Termasuk kebakaran kapal Siam yang berlaku tadi!" Putus Tuah. Raden Putra terdiam seketika. Dia terpaksa mengikut keputusan Tuah walau hatinya cukup berat. Isterinya telah diculik....mana mungkin dia akan merasa aman.

Sewaktu Tuah dan Raden Putra berjalan menuju pelabuhan. Tempat kapal 'Mendam Berahi' berlabuh, mereka terserempak dengan rombongan Raja Mateus yang membawa Puteri Buih bersama mereka. Apabila terpandang sahaja Puteri Buih, Raden Putra tidak dapat mengawal lagi kemarahannya. Dia menarik keluar pedangnya untuk menyerang tentera Belanda. Mujurlah Tuah telah menarik Putera itu dan bersembunyi di sebalik peti-peti kayu yang tersusun di pelabuhan itu.

"Shssshhh" Tuah memberi isyarat kepada Raden Putra supaya diam. Mereka berdua bersandar pada peti kayu itu. Sementara itu Raja Mateus dan wizurainya berbaris melalui jalan itu. Kelihatan Puteri Buih diusung di dalam sebuah kurungan besi. Raden Putra berasa sungguh marah sebaik terpandang isterinya yang lemah dan diikat di dalam kurungan besi itu. Tuah memberi isyarat kepada Raden Putra untuk mengikut Raja Mateus ke kapal mereka. Dari jauh kelihatan kapal Belanda itu menaikkan sauh mereka. Beberapa orang anak kapal Belanda sedang sibuk menarik tiang layar. Raja Mateus sedang bercakap -cakap dengan Lopo , Wizurai Belanda yang menggantikan Alfonso. Tuah dan Raden Putra cuba mendekati mereka agar dapat mencuri dengar perbualan orang-orang Belanda itu.

"Lopo, Beta akan membawa perempuan ini ke Danmark! Kalian semua boleh pulang ke Melaka!" Perintah Raja Mateus.

"Baik Tuanku! Saya telah menghantar surat kepada mereka yang ingin membeli Duyung ini di Danmark. Mereka akan berkumpul di sana!" Jawab Lopo sambil tunduk kepada Raja Mateus.

"Tidak sangka beta akan menemui salah satu keajaiban Kepulauan Nusantara!!! Tentu Duyung ini akan jadi rebutan dunia Barat!! Haha haha!!" Tawa Raja Mateus sambil merenung Puteri Buih di dalam kurungan besi.

"Benar Tuanku. Mereka yang berminat untuk membeli Duyung ini bukanlah calang-calang orang. Tentulah mereka salah seorang penakluk empayar di dunia. Mereka juga mungkin salah seorang Putera-putera Raja dari Kerajaan yang kaya dan kuat!" Jelas Lopo kegembiraan. Raja Mateus mengangguk-angguk tanda setuju dengan kata-kata Lopo.

"Beta tidak menyangka Alfonso lebih bijak dari yang kita fikirkan...mujurlah dia telah mati!!" Ucap Raja Mateus perlahan. Dia dan Lopo saling berpandangan.

"Jika Alfonso tidak dibunuh, dia akan lebih kuat dari Tuanku. Dia telah meluaskan kekuasaannya dengan mengumpulkan seluruh tenteranya di Siam dan Acheh. Kita terpaksa membunuh Alfonso demi merampas tentera yang dikuasainya di Siam dan Acheh. Selepas itu seluruh Kepulauan Nusantara akan menjadi milik Belanda!" Beritahu Lopo. Raja Mateus terdiam. Dia tidak menyangka, rupanya pembunuhan Alfonso telah dirancang oleh wizurai keduanya itu.

Jelaslah kepada Raja Mateus pembunuhan Alfonso adalah pakatan dalam menjatuhkan Alfonso sebagai Wizurai Belanda yang pertama! Lopo sendiri telah mengaku segala komplot dan rancangannya bersama orang-orang Siam. Namun akhirnya orang-orang Siam sendiri telah ditipu oleh Lopo. Setelah Jeneral Siam mati dibunuh, Siam akan diambil alih oleh Jeneral Belanda sepenuhnya!

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now