Bab 51

231 7 6
                                    


     Sultan Mahmud Shah dan Sultan Mudzaffar Shah telah tiba di atas Kapal Mendam Berahi. Orang-orang Tuah telah menurunkan mayat yang tergantung di hujung bilik Kemudi itu. Kepala mayat itu dibungkus dengan sehelai kain dan dililit pada tali yang digantung itu.

         Wajah Sultan Mahmud Shah menjadi merah padam kerana menahan murkanya. Baginda langsung tidak mahu melihat mayat yang diturunkan itu. Sekali lagi cucunda baginda di bawa lari oleh orang-orang Belanda. Baginda masih menahan amarahnya kerana mereka berada di tempat orang asing. (Goa)

         "Di mana kalian berempat sehingga mereka berjaya menceroboh Kapal 'Mendam Berahi'?" Titah Sultan Mahmud Shah merenung Raden Putra, Tuah, Kasturi dan Lekir.

         "Ampun Tuanku, kami bertiga sememangnya tiada di atas Kapal ketika kejadian itu. Kami telah pergi berburu bersama Raden Putra di hutan" Jawab Kasturi tunduk memberi sembah hormat.

       "Benar Nenda. Kami menyangka Puteri Buih bersama Paman kerana sebelum kami pergi Paman berada di atas Kapal Mendam Berahi" Beritahu Raden Putra sambil menoleh ke arah Tuah dengan seribu persoalan. Dia masih buntu bagaimana Puteri Buih diculik lagi oleh orang-orang Belanda sedangkan Alfonso telah tenggelam di Sungai Linggi.

        "Kita mesti mencari Alfonso sebelum dia keluar dari Goa!" Titah Sultan Mahmud Shah sambil memandang adindanya Sultan Muzaffar Shah yang sedang memeriksa mayat yang diturunkan oleh orang-orang Tuah.

      " Kalau begitu kita terpaksa menyerang hendap khemah-khemah orang Belanda" Putus Raden Putra.

       "Kanda pasti ini kerja orang-orang Belanda?" Soal Sultan Mudzaffar Shah secara tiba-tiba.

         "Tentulah ini semua kerja orang Belanda. Alfonso masih hidup! Adinda sendiri tahu kapal mereka berada di belakang kita sewaktu di Linggi!" Bidas Sultan Mahmud Shah sambil mengerutkan dahinya. Baginda tidak tahu kenapa adindanya berkata begitu sedangkan sejak dari awal lagi mereka berdua telah tahu Alfonso masih hidup.

          "Kanda sendiri boleh lihat mayat  yang diturunkan ini. Ia adalah mayat Alfonso! Bagaimana Alfonso yang menculik Puteri Buih, sedangkan ini adalah mayatnya!" Jelas Sultan Mudzaffar Shah menunjukkan mayat yang diperiksa oleh baginda.

      Sultan Mahmud Shah sungguh terkejut apabila memeriksa mayat yang tergantung itu sebenarnya adalah Alfonso. Alfonso telah mati di Goa. Tetapi siapa yang membunuhnya?!!!! Sultan Mahmud Shah tertanya-tanya.

        Tuah, Raden Putra, Kasturi dan Lekir turut terkejut kerana mayat itu adalah Alfonso. Malah Zhang Daeng sendiri mengesahkan mayat itu adalah Alfonso kerana Maharaja China itu cukup mengenali wajah Alfonso.

           Malam itu Sultan Mahmud Shah mundar mandir tidak tentu hala kerana kehilangan cucundanya, Puteri Buih. Baginda turut ditemani oleh Sultan Mudzaffar Shah, Zhang Daeng dan Alex Xander.

         "Apa sahaja keputusanmu, kami akan turuti!" Kata Zhang Daeng memandang Sultan Mahmud Shah. Kelihatan Ketua Raja-raja Melayu itu sedang buntu. Wajahnya kusut.

           "Siapa yang menculik Puteri Buih?" Soal Sultan Mahmud Shah. Semua orang disitu terdiam. Mereka sudah hilang punca kerana melihat kematian Alfonso!. Ia menjadi tanda tanya siapakah yang menculik Puteri Buih? Jika orang-orang Belanda, mengapa Alfonso yang mati tergantung di atas kapal 'Mendam Berahi'? Jadi siapakah yang menceroboh kapal 'Mendam Berahi'??

         "Alfonso telah mati. Perkara ini haruslah menjadi rahsia kita sahaja! Jangan sampai seluruh Goa tahu hal ini. Kita akan dituduh sebagai pembunuh Alfonso sedangkan kita tidak tahu siapa yang membunuh Wizurai Belanda itu!" Pesan Sultan Mahmud Shah.

       "Bagaimana dengan mayat Alfonso? Kita tidak boleh menyimpan mayat Wizurai Belanda itu di atas kapal ini lagi. Lama kelamaan pasti rahsia ini terbongkar!" Kata Zhang Daeng.

             "Usahlah kau bimbang akan hal ini. Aku sudah meminta Tuah, Kasturi dan Lekir untuk membuang mayat Alfonso di tepi pantai tidak jauh dari pelabuhan Goa ini. Jika perkara ini dihebohkan pasti akan berlaku kekecohan di Goa. Semua ini demi kebaikan Goa!" Kata Sultan Mahmud Shah tegas.

       "Sayangnya kita tidak tahu siapa yang menculik Puteri Buih" Keluh Alex Xander. Sultan Mudzaffar Shah hanya berdiam diri sejak tadi. Baginda merenung jauh ke pelabuhan Goa. Misteri kehilangan Puteri Buih menjadi tanda tanya.

           Sementelah itu Tuah dan orang-orangnya terpaksa menyelinap ke tepian pantai berhampiran pelabuhan Goa untuk mencampakkan mayat Alfonso disitu. Mereka terpaksa melakukan perkara itu demi mengelakkan kekecohan berlaku di Goa. Ia adalah demi kebaikan Goa dan  apa yang mereka lakukan kerana kematian Alfonso menjadi misteri. Malah mereka sendiri tidak tahu siapakah yang membunuh Alfonso!

          "Tuah, aku dah letakkan mayat Alfonso di tepi pantai. Tapi kami tidak sempat untuk membawa mayatnya ke hujung pantai kerana mayatnya cukup berat!!! orang-orang aku dah tak larat nak mengusung mayat lelaki Belanda tu!" Sungut Kasturi termengah-mengah. Dia dan Lekir baru selesai meninggalkan mayat Alfonso dipinggir pantai Goa.

        "Berat betul mayat lelaki Belanda tu...apa yang dia makan pun aku tak tao!" Kata Lekir pula sambil mengesat peluhnya dengan lengan baju.

         "Baguslah kau berdua sudah selesaikan tugas ini! Sekarang kau bawa orang-orang kita pulang ke kapal dengan segera. Aku dan Raden Putra akan menyelinap masuk ke khemah orang-orang Belanda itu. Khabarkan hal ini kepada Tuanku" pesan Tuah kepada Kasturi.

       "Kau ingin pergi berdua sahaja???Tidak Tuah! Aku dan Lekir akan mengikut kau" Bantah Kasturi merenung tepat wajah Tuah.

        "Aku dan Raden Putra ingin mencari Puteri Buih. Kau dan Lekir tak perlulah mengikut kami. Jika ramai-ramai yang ke sana, pasti akan berlaku kekecohan!" Jelas Tuah. Kasturi dan Lekir saling berpandangan. Mereka risaukan Tuah. Bagaimana jika orang-orang Belanda menangkap Tuah pula?

          "Baiklah. Tapi jika kau ditangkap, hantar pesanan kepada kami secepat mungkin" Pinta Kasturi. Tuah hanya mengangguk-angguk tanda setuju. Kasturi dan Lekir hanya memandang pemergian Tuah dan Raden Putra memasuki sebuah belukar di pinggir Pelabuhan Goa itu.

         Sementara itu Kasturi dan Lekir berpatah balik untuk menuju ke pelabuhan. Sewaktu mereka berjalan menuju ke pelabuhan, beberapa orang Askar yang berkawal di pelabuhan Goa sedang membuat rondaan di tepi pantai. Kasturi dan Lekir saling berpandangan sewaktu mereka melihat Askar itu membawa obor-obor yang menyala sambil menyuluh mereka. Kasturi dan Lekir menunjukkan peti yang mereka bawa menandakan mereka baru sahaja mengambil barang dagangan dari pelabuhan. Askar yang berkawal di pelabuhan Goa itu hanya mengangguk-angguk dan meneruskan rondaan mereka ke hujung pantai. Kasturi dan Lekir memberi isyarat kepada orang-orang mereka supaya mempercepatkan langkah. Mereka berdua telah mengagak, pasti dua orang askar itu akan menemui mayat Alfonso.

         Sewaktu mereka terdengar dua orang askar itu sedang meniup sebuah tanduk seladang yang panjang sehingga mengeluarkan bunyi yang kuat, Kasturi dan Lekir telah mengarahkan orang-orang nya bersembunyi di sebalik belukar. Kelihatan beberapa orang Askar yang lain berlari ke tepi pantai apabila mendengar isyarat itu. Askar Goa telah menemui mayat Alfonso di tepi Pantai Goa. Kasturi dan Lekir serta orang-orangnya dengan segera menuju Kapal 'Mendam Berahi'. Mereka berharap tidak ada siapa yang melihat mereka sewaktu mayat itu ditinggalkan disitu.

                

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now