Bab 22

428 16 3
                                    

Kedatangan ayah angkat Raden Putra ke Langkasuka tanpa dirancang oleh Raden Putra. Maharaja Ong Maha Perita Deria mempunyai helahnya yang tersendiri. Sultan Mudzaffar Shah adalah saudaranya juga tetapi berlainan ibu. Sejak Sultan Mudzaffar Shah memeluk islam, mereka berdua telah berpisah dan tidak bertemu lagi.

Namun berita Langkasuka telah diamuk oleh ular naga milik Kerajaan Indera Sakti telah memberi peluang kepada Maharaja Ong Maha Perita Deria. Baginda ingin merampas Langkasuka!

"Bagi upah kepada dua orang kampung itu!!!!Beta tak mahu Tok Syekh itu menganggu beta lagi!!!!" Perintah Maharaja Ong Maha Perita Deria.

Genghis Khan mencampakkan 2 buntil emas kepada dua orang kampung yang melutut dihadapannya.

"Setelah kalian dapat upah, tinggalkan Langkasuka! Jangan sesekali kembali ke sini!" Arah Genghis Khan.

"Baik Tuan..baik Tuan..!" Dua orang kampung itu tunduk sambil mengambil buntil emas di hadapan mereka. Perlahan-lahan mereka berundur dan meninggalkan Istana Langkasuka. Sesungguhnya rasuah dan pengkhianatan telah berlaku sejak itu juga.

Tanpa disedari oleh Maharaja Ong Maha Perita Deria dan Genghis Khan, Puteri Buih telah mendengar perbualan mereka. Dia tidak menyangka Maharaja Ong Maha Perita Deria tidak menyukai Syekh Abdullah.

"Beta mahukan Langkasuka!!!Dengar arahan beta, tewaskan seluruh tentera Sultan Mahmud Shah!" Perintah Maharaja Ong Maha Perita Deria.

"Sembah Tuanku... Baiklah, Kami akan cuba mendapatkan Langkasuka seperti yang Tuanku inginkan" Balas Genghis Khan.

"Sebelum peperangan, beta mahu Puteri Buih dihantar ke rumah ayah kandung Raden Putra di Phang. Semua ini rancangan kita. Jangan beritahu Puteri itu tentang peperangan ini"Pesan Maharaja Ong.

"Baik Tuanku" Genghis Khan tunduk memberi laluan kepada Maharaja Ong. Setelah pemergian Maharaja Ong dan Genghis Khan, Puteri Buih melangkah keluar dari tempat persembunyiannya. Dia telah tahu rancangan ayah angkatnya. Barulah dia menyedari akan barisan tentera Sultan Mahmud Shah telah berlabuh di pantai Langkasuka. Mereka akan berperang!

'Cis!!!ada orang kampung jadi pembelot !' bisik hati Puteri Buih geram. 'Aku mesti cari kumpulan Syekh Abdullah' getus hati Puteri Buih lagi.

Belum sempat dia melangkah turun dari Istana Langkasuka, Genghis Khan telah menghalang laluannya di pintu keluar Istana. Barisan tentera Monggol berbaris di hadapan pintu istana. Mereka telah memenuhi Istana Langkasuka.

"Tuan Puteri tidak dibenarkan keluar dari Istana Langkasuka bersendirian " Tegas Genghis Khan.

"Siapa kau untuk menghalang aku???!!" Marah Puteri Buih menolak Genghis Khan. Tetapi belum sempat Puteri Buih menyentuh bahu Genghis Khan tangannya telah di sambar Panglima Perang yang hebat itu.

"Ini adalah atas titah perintah Ayahanda Tuan Puteri...lebih baik Tuan Puteri naik ke Istana sekarang"Tegas Genghis Khan.

"Tidak...!Siapa menghalang ini padahnya!!!!" Puteri Buih menarik pedang Syekh Abdullah yang dibawanya. Beberapa orang tentera Monggol mengepung Puteri Buih dalam bulatan. Gadis itu telah membuka kuda-kudanya bersama hunusan pedang panjang dari Parsi itu.

"Berhenti!!!kembali ke barisan...!"Arah Genghis Khan kepada tenteranya. Puteri Buih mencapai kuda yang tertambat di pinggir Istana.

"Tuan Puteri!!!" Jerit Genghis Khan. Dia terpaksa memberi arahan tenteranya berundur ke barisan semula kerana bimbang Puteri Buih akan tercedera. Tetapi dia tidak menyangka Puteri Buih memang nekad untuk keluar dari Istana itu.

"Tarik rantai!!!!Tutup pintu gerbang!!!!" Jerit Genghis Khan. Para tenteranya bergegas menarik rantai besi yang tergantung di pintu gerbang Istana Langkasuka.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now