Bab 32

385 17 0
                                    

Tuah sangat sibuk mempersiapkan kapal 'Mendam Berahi' untuk menghantar rombongan Pasangan Pengantin Puteri Buih dan Raden Putra ke Langkasuka. Kapal 'Mendam Berahi' dihiaskan begitu indah dan gah di mata rakyat jelata. Ia adalah kapal yang sangat tinggi sehingga mempunyai 7 tingkat ketinggiannya. Ketinggian kapal 'Mendam Berahi' mendapat perhatian seluruh pedagang serta saudagar yang melalui Tanah Abang. Mereka belum pernah melihat senibina kapal sebesar dan setinggi kapal 'Mendam Berahi'. Ia dibina dengan 5 tingkat untuk bahagian para penumpang dan 2 tingkat lagi bilik untuk anak-anak kapal yang bertugas di atas kapal itu. Selain itu bilik-bilik kecil di aras bawah juga di gunakan oleh para pendayung kapal untuk menggerakkan kapal. Setiap 2 orang pendayung ditugaskan dengan sebuah kayu pendayung. 'Mendam Berahi' mempunyai 150 buah kayu pendayung yang dikendalikan oleh 300 orang pendayung diseluruh bahagian kiri dan kanan kapal. Tuah mengumpulkan semua pendayung kapal 'Mendam Berahi' di bahagian aras bawah kapal bagi memantau dan mengawal gerakan kapal.

"Inikah Kapal yang akan membawa kita pulang ke Langkasuka?" Tanya Raden Putra sambil berjalan beriringan dengan isterinya Puteri Buih.

"Ya inilah kapalnya. Kapal ini milik Pakcik Puteri. Namanya Laksamana Tuah" jawab Puteri Buih tersenyum simpul.

"Hebat sungguh binaan kapal ini. Abang belum pernah melihat kapal yang di buat sebesar ini. Malah setiap inci potongan kayunya dibuat dengan teliti begini. Ia benar-benar kapal perang yang mampu memuatkan ramai penumpang" puji Raden Putra mengusap-ngusap ukiran emas pada pemegang dek kapal.

"Abang mahu lihat bilik beradu kita? Ayuh Puteri tunjukkan" ajak Puteri Buih menarik tangan Raden Putra. Jejaka itu tersenyum sambil mengikut gadis pujaan hatinya itu.

Puteri Buih memeluk tiang anjung yang di balut dengan kain baldu kuning. Kemudian dia berjalan ke bahagian dek DiRaja yang dihias indah bersama ukiran emas pada setiap pemegang dek. Ada beberapa buah bilik beradu milik kerabat DiRaja di situ.

"Inilah bilik kita. Ayuh kita masuk" ajak Puteri Buih menolak pintu bilik beradu mereka. Raden Putra terdiam tanpa kata melihat kemegahan sebuah kapal milik Laksamana Tuah. Hatinya mengagumi kepandaian pencipta kapal itu. Barulah dia tahu, bangsa Melayu sebenarnya sangat bijak dalam senibina.

"Apa yang abang fikirkan? Sejak Puteri bawa abang bersiar-siar di atas kapal ini, abang diam saja"Tegur Puteri Buih memaut bahu Raden Putra dari belakang. Lelaki itu termenung jauh memandang lautan. Sesekali angin laut berhembus ke wajah mereka berdua.

"Abang bangga dengan bangsa Puteri. Maafkan abang jika selama ini membuatkan Puteri merasa abang cuba menyingkirkan Bangsa Melayu dari Kepulauan Nusantara ini" Pujuk Raden Putra mengusap rambut Puteri Buih.

"Kalau begitu, Puteri berharap sangat Kerajaan Monggol tidak akan meluaskan empayarnya sehingga ke seluruh Kepulauan Nusantara ini. Puteri meminta cara baik kepada abang...pulangkanlah Langkasuka kepada Sultan Mudzaffar Shah semula" Bisik Puteri Buih sambil mencium telinga suaminya. Raden Putra mengerutkan wajahnya kerana kegelian.

"Abang pernah katakan kepada Puteri, abang bukan Maharaja. Abang tak berhak memutuskan hal ini. Tetapi abang mahu Puteri tahu, yang abang sanggup melakukan apa sahaja untuk Puteri" Ujar Raden Putra memegang bahu Puteri Buih.

"Sesampai kita di Langkasuka, abang mesti berjanji dengan Puteri yang abang tidak akan berpaling tadah kepada Puteri dan keluarga Puteri" Pinta Puteri Buih merenung mata Raden Putra.

"Abang akan cuba.. Puteri usahlah bimbang" bisik Raden Putra sambil mencium pipi gadis itu. Puteri Buih menolak bahu lelaki itu. Matanya tajam menusuk ke mata Raden Putra.

"Abang juga mesti berjanji yang abang tak akan menumpahkan darah jika pertelingkahan di antara Sultan Mudzaffar Shah dan Maharaja Ong berlaku" Pinta Puteri Buih lagi. Raden Putra mengangguk. Dia sudah tidak menumpukan perhatian kepada kata-kata isterinya. Nafsunya telah melonjak apabila haruman tubuh Puteri Buih menusuk hidungnya.

"Abang mahukan Puteri..."Ucap Raden Putra menarik tangan isterinya ke katil beradu mereka. Puteri Buih hanya menurut kehendak hati suaminya. Dia sudah menarik kelambu sutera Diraja sewaktu mereka berdua menaiki katil. Suara ketawa Puteri Buih sedikit memecahkan keheningan bilik beradu itu. Raden Putra semakin semakin rakus mencium dan mengucup isterinya.

Tuah terdengar suara halus dan hilai tawa manja anak saudaranya. Sesekali diikuti dengan hela nafas mereka yang laju. Dia pantas meninggalkan dek belakang kapal yang menempatkan bilik-bilik kerabat Diraja itu.

"Naik pula bulu roma di badan hamba ini" bisik hati Tuah sambil menyapu-nyapu lengannya yang sasa. Dia teringat saat manisnya bersama Puteri Lipur. Sungguh batinnya tersiksa. Dia tidak dapat menyembunyikan kebenaran bahawa dia memerlukan wanita dalam hidupnya. Bagaimanakah dia dapat menundukkan nafsunya. Apatah lagi hari itu dia diuji dengan suara-suara manja anak saudara bersama suaminya.

"Hai termenung apa tu Tuah?" Sapa Datuk Bendahara Perak yang muncul entah dari mana.

"Oh Datuk...saya bukan termenung, cuma memeriksa kapal 'Mendam Berahi' ini. Segala persediaan telah dilaksanakan atas titah perintah Sultan Mudzaffar Shah. Anak-anak kapal juga telah bersedia bersama keluarga mereka untuk belayar bersama kita" Beritahu Tuah. Datuk Bendahara Perak mengangguk-angguk.

"Baguslah begitu. Diharap tiada masalah di kalangan anak kapal lagi. Selepas ini mereka tidak perlu meninggalkan anak isteri mereka. Kapal yang besar ini mampu memuatkan isteri serta keluarga anak-anak kapal" kata Datuk Bendahara Perak menjengah ke aras bawah memerhatikan anak-anak kapal berulang alik mengangkut barang mereka ke kapal.

"Kepulangan Sultan Mudzaffar Shah ke Langkasuka perlu ditangani dengan bijak juga, Datuk. Takut pertelingkahan berlaku diantara kita dan Kerajaan Monggol" Beritahu Tuah.

"Tentang itu usahlah bimbang. Saya yang bersetuju dan berjanji dengan Raden Putra untuk mengahwinkan baginda dengan Puteri Buih. Jadi biarlah saya yang bertanggungjawab" kata Datuk Bendahara Perak.

"Itu benar Datuk. Tapi mereka tidak tahu Puteri Buih cucu Sultan Mahmud Shah. Sedangkan Maharaja Ong begitu dendam dengan Sultan Mahmud Shah....peperangan di Langkasuka juga telah berlaku sebelum ini" Cerita Tuah meluahkan kegusaran hatinya.

"Setahu saya Sultan Mahmud Shah tidak ikut sama dalam pelayaran ini. Baginda akan pulang ke Johor bersama baginda permaisuri. Sementara itu Tuan Puteri Onang Sari turut mengikut baginda Sultan bersama Raja Ahmad. Cuma...." Kata Datuk Bendahara. Dia terhenti daripada berkata seraya memandang Tuah.

"Cuma apa Datuk?" Soal Tuah pula tidak sabar untuk mengetahui punca kegusaran pada wajah Datuk Bendahara Perak.

"Cuma baginda Sultan meminta Raja Hussien mengikut kita.."Jawab Datuk Bendahara Perak.

Tuah sungguh terkejut. Raja Hussein adalah anak kandungnya bersama Puteri Lipur. Dia tidak tahu kenapa Sultan Mahmud Shah mahu dia membawa Raja Hussein ikut bersama ke Langkasuka.

"Raja Hussein masih kecil, Datuk. Bagaimana jika terjadi sesuatu sewaktu kita ke Langkasuka nanti?" Keluh Tuah. Dia menghela nafas bersama rasa tidak bersetuju untuk membawa anak kandungnya bersama.

"Baginda Permaisuri sering gering. Raja Hussein semakin membesar dan agak nakal. Tuanku meminta Raja Hussein mengikut ayahandaya sendiri. Lagipun baginda berdua sudah semakin berumur. Itulah yang diberitahu kepada saya" terang Datuk Bendahara Perak. Tuah terdiam kerana dia jarang bersama Raja Hussein. Segala keperluan dan didikan diserahkan kepada baginda Permaisuri sejak kecil lagi. Tuah tidak tahu bagaimana dia akan berdepan dengan anak kecilnya itu kelak. Raja Hussein masih kecil dan dia perlukan seorang wanita untuk mendidik dan melayaninya. Sedangkan Tuah tidak bisa menunaikan semua itu. Dia terlalu sibuk dan dia takut Raja Hussein akan terabai.

Bagi Sultan Mahmud Shah sudah tibalah masanya Raja Hussein diserahkan kepada ayahandanya. Anak kecil itu harus kenal siapa ayah kandungnya. Malah Sultan Mahmud Shah semakin risau akan keadaan Raja Hussein yang kehilangan ibu sejak kecil. Dia berhasrat Tuah dapat mendidik dan memberi kasih sayangnya kepada Raja Hussein.

Puteri Buih 2Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon