Bab 29

407 18 0
                                    

      Raden Putra berfikir sejenak sebelum dia memberi kata putus kepada Puteri Buih. Bakal isterinya meminta Langkasuka sebagai hadiah perkahwinan.....adakah ayahandanya akan bersetuju jika Langkasuka diserahkan kepada Puteri Buih?

       "Bagaimana keputusan Tuanku?" Soal Puteri Buih merenung Raden Putra.

       "Aku datang ke sini kerana terlalu rindukan Tuan Puteri. Bukan untuk membincangkan hadiah perkahwinan.."Jawab Raden Putra cuba mengelak. Puteri Buih tahu helah Raden Putra. Dia memalingkan wajah dari lelaki itu

       "Hanya rindu???Tiada niat lain?"Soal Puteri Buih mencuri pandang ke arah tangan Raden Putra yang memegang sesuatu. Lelaki itu serba salah untuk menjawab.

      "Orang-orangku menemui ini di Istana Langkasuka yang telah roboh. Mungkin milik Sultan Mudzaffar Shah" jawab Raden Putra mengeluarkan sebuah uncang. Baginda menghulurkan kepada Puteri Buih.

        "Apakah ini?" Soal Puteri Buih teragak-agak untuk mengambilnya.

      "Bukalah...mungkin Puteri tahu ia apa" jawab Raden Putra.

      Puteri Buih membuka uncang yang mengandungi sebuah peti kayu itu. Di dalam peti kayu tersebut  tersimpan sebiji geliga ular. Puteri Buih sungguh terkejut. Ia bukan geliga ular Saktimula dan Nagasari. Tetapi Puteri Buih tidak tahu geliga ular itu milik siapa.

      "Mengapa geliga ular ini diberikan kepada Puteri?" Soal Puteri Buih mengerutkan dahi.

       "Ia mungkin milik Sultan Mudzaffar Shah...kami temui di bawah runtuhan istana Langkasuka"Jawab Raden Putra.

        "Kalau begitu Puteri akan hantarkan geliga ini  kepada baginda. Tuanku nak ikut?" Tanya Puteri Buih sambil berjalan di hadapan Raden Putra.

         "Boleh sahaja, asalkan kita dapat berjalan berdua" Jawab Raden Putra menjeling Puteri Buih.

         Ketibaan Raden Putra dan Puteri Buih di balai penghadapan sungguh mengejutkan. Apatah lagi mereka melihat Raden Putra bersama 7 orang Pahlawan dari Monggol.

       "Ampun Tuanku. Yang Mulia Tuan Puteri Mani Kemenyan mohon masuk mengadap" Pinta seorang pengawal istana.

       "Baiklah beta perkenankan permintaan Tuan Puteri. Izinkan Tuan Puteri masuk mengadap" Titah Sultan Mudzaffar Shah.

       Puteri Buih berjalan di balai penghadapan. Semua mata para pembesar dan tetamu diraja tertumpu kepada Puteri Buih. Ada dikalangan mereka mengenali Puteri Buih, dan ada juga dikalangan mereka yang tidak mengenali Puteri Buih.

       "Ampun Tuanku, saya Puteri Mani Kemenyan masuk mengadap"Pinta Puteri Buih duduk melutut dihadapan Sultan Mudzaffar Shah. Baginda Sultan segera bangun dari singgahsananya. Baginda berjalan ke arah cucunda saudaranya.

       "Bangun Tuan Puteri. Ada apa yang ingin Tuan Puteri khabarkan sehingga tidak sempat menunggu Nenda pulang ke Istana?" Soal Sultan Mudzaffar Shah.

         "Saya ingin mempersembahkan sesuatu untuk Tuanku..." Jawab Puteri Buih menoleh ke arah pinggir balai penghadapan apabila beberapa orang Dayang yang di iringi dua orang pengawal membawa sesuatu di dalam dulang persembahan.

          "Apakah ini?" Tuanku kehairanan apabila sebuah kotak dipersembahkan di hadapan baginda. Para pembesar dan tetamu diraja mula riuh rendah kerana ingin melihat barang yang dipersembahkan Puteri Buih.

         "Ampun Tuanku. Terimalah hadiah yang dipulangkan kepada Tuanku dari Putera Mahkota Kerajaan Indera Sakti, Putera Mas Arya Raden Putra , anak angkat Maharaja Ong Maha Perita Deria" Beritahu Puteri Buih membuka kain tutup kotak yang dipegang seorang Dayang.

         "Apa???!!!!!" Tuanku terkejut sehigga meninggikan suara baginda. Semua pengawal Istana menghunus lembing dan tombak apabila mendengar nama Raden Putra dan Maharaja Ong disebut. Raden Putra yang berada bersama 7 orang pahlawan baginda dikepung dihujung balai penghadapan.

      "Nanti!!!!Sila turunkan senjata kalian!" Titah Sultan Mudzaffar Shah lalu membuka kotak kayu yang di persembahkan kepada baginda. Maka terlihatlah geliga ular sebesar telur ayam di dalam kotak itu. Sultan Mudzaffar Shah sungguh kenal akan geliga itu. Ia kepunyaan baginda yang dihadiahkan oleh Tok Ma selepas Pemerintah perempuan itu meninggal dunia.

     "Saya menganggap ia adalah tanda pendamaian apabila Putera Mahkota Kerajaan Indera Sakti sendiri yang sudi memulangkan barang kebesaran Kerajaan Langkasuka" Jelas Puteri Buih tersenyum menjeling Raden Putra di hujung balai penghadapan.

        "Apa??? Barang kebesaran Kerajaan Langkasuka?!!!!Habislah beta!!" Bisik Raden Putra sambil bercekak pinggang kepada Puteri Buih. Gadis itu tersenyum nakal penuh helah.

        "Bagaimana ni Tuan Putera???" Salah seorang dari 7 Pahlawan Kerajaan Monggol itu mula ingin bertindak. Kekuatan seorang pahlawan kerajaan Monggol bersamaan 100 orang tentera biasa. Itu sudah diketahui seluruh Nusantara. Raden Putra mengangkat tangan memberi isyarat supaya tidak bertindak. 'Tapi kenapa???' Semua ketujuh-tujuh pahlawan itu berasa hairan. Raden Putra merenung Puteri Buih yang berbual mesra dengan Sultan Mudzaffar Shah. 'Semuanya kerana Puteri yang dicintainya' bisik hati Raden Putra mula memikirkan cara untuk menjawab dengan ayahandanya Maharaja Ong.

        "Habis kita Tuanku jika Maharaja Ong tahu akan hal ini... Maharaja tak pernah ingin berdamai dengan mereka" Ujar pahlawan kerajaan Monggol itu. "Usah bimbang, beta akan uruskan.."Balas Raden Putra berjalan menuju ke arah Puteri Buih dan Sultan Mudzaffar Shah. Seisi balai penghadapan telah melihat Raden Putra. Maka kenallah mereka siapakah Putera Mahkota Kerajaan Indera Sakti dan Kerajaan Phang yang terkenal dengan kekuatan tentera mereka itu.

       "Ampun Tuanku, Saya Putera Mahkota Kerajaan Indera Sakti masuk mengadap" Ucap Raden Putra berdiri di sebelah Puteri Buih.

        "Terima kasih , Tuan Putera kerana sudi memulangkan Geliga Embun iaitu alat kebesaran Diraja Langkasuka yang diwasiatkan kepada beta oleh  Pemerintah Tertua DiRaja Kepulauan Nusantara. Ia sudah cukup menandakan Tuan Putera sudi berdamai dengan kami... terima kasih" Titah Sultan Mudzaffar Shah menepuk-nepuk bahu Raden Putra.

        "Maafkan saya, Tuanku. Sebenarnya Puteri Buih yang memulangkan alat kebesaran Geliga embun itu kepada Tuanku. Mungkin Tuanku tidak tahu hubungan antara kami berdua.."Terang Raden Putra menjeling Puteri Buih.

       "Hubungan????Apa maksud Tuan Putera?" Tuanku mula keliru. Dia menoleh ke arah Datuk Bendahara Perak yang berdiam diri sejak tadi. Lelaki tua itu tunduk memberi hormat kepada Sultan Mudzaffar Shah sebelum dia menjelaskan segalanya.

        "Ampun Tuanku. Tuan Puteri dan Tuanku Raden Putra akan berkahwin. Itu yang patik faham Tuanku" Terang Datuk Bendahara Perak.

          "Benarkah Datuk Bendahara? Sungguh beta berbesar hati atas berita ini. Kita patut meraikannya!!!Kalau begitu jemput semua pahlawan Monggol dan seluruh pembesar dan tetamu DiRaja ke Dewan santapan. Kita akan meraikan berita gembira ini" titah Sultan Mudzaffar Shah tersenyum riang. Sultan Mahmud yang berada di atas singgahsana kanan memandang Puteri Buih. Gadis itu tersenyum kepada Nendanya sebelum lelaki yang melebihi separuh abad itu tersenyum mengangguk-angguk tanda merestui keputusan cucundanya.

      "Lepas ni Tuan Puteri akan menyesal kerana bertindak sendiri tanpa berbincang dengan beta!!" Marah Raden Putra separuh berbisik. Puteri Buih tersenyum simpul sambil mengenyitkan matanya kepada Raden Putra.

         "Ya...asalkan Langkasuka kembali kepada Sultan Mudzaffar Shah" Balas Puteri Buih berjalan beriringan dengan Raden Putra. Mereka berdua memang cocok. Sama cantik sama kacak. Bagai Pinang dibelah dua. Tetapi kepercayaan dan agama mereka berbeza. Mampukah mereka hidup bersama hanya berbekalkan cinta di hati? Sedangkan keluarga mereka membutuhkan satu pengorbanan besar di antara mereka...

     

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now