Bab 15

536 19 1
                                    

      Raden Putra mundar mandir di hadapan pondok Syekh Abdullah. Baginda begitu resah gelisah. Ilmu kesaktiannya tidak berkesan langsung di tempat Syekh Abdullah itu. Malah baginda berasa tidak tenteram dengan keadaan di situ. Perasaan yang tidak keruan itu menguasai dirinya.

        Dari kejauhan baginda melihat Puteri Buih berjalan beriringan dengan Jamilah. Pucuk dicita ulam mendatang....Raden Putra pantas melangkah diikuti oleh 2 orang pengawal baginda.

         "Puteri....!" Panggil Raden Putra menghalang laluan Puteri Buih dan Jamilah. Kedua-dua gadis itu terhenti langkah kerana terkejut melihat Raden Putra berdiri di hadapan mereka.

       Jamilah menoleh kepada Puteri Buih. Mata mereka bertentangan.

       "Kak, bolehkah kami bertemu sebentar?" Pinta Puteri Buih serba salah. Jamilah mengangguk-angguk sebagai isyarat memberi kebenaran.

       "Tapi jangan lama!" Kata Jamilah memberi amaran sebaik sahaja terpandang 2 orang pengawal di belakang Raden Putra.

         "Baiklah kak" Jawab Puteri Buih bersetuju. Setelah Jamilah berlalu pergi Raden Putra tersenyum melihat Puteri Buih.

        "Puteri, saya mahu membawa Puteri ke Langkasuka. Datuk Bendahara Perak telah bersetuju!" Kata Raden Putra.

        "Apa? Kita akan ke Langkasuka?Tapi bagaimanakah dengan atuk?" Puteri Buih mengerutkan dahinya.

         "Dengar sini Puteri...kuasa saya tak berkesan di tempat ini!!!!Saya tak boleh berlama-lama di sini!" Terang Raden Putra.

        "Tapi Puteri sukakan tempat ini. Di sini banyak perkara yang Puteri boleh pelajari....malahan kolam air Margajiwa itu sungguh memikat hati Puteri.." Balas Puteri Buih merenung Raden Putra.

        "Tapi saya tak boleh tinggalkan Puteri di sini..... Puteri mesti ikut saya ke Langkasuka" Tegas Raden Putra. Puteri Buih mengeluh perlahan.

         "Tidak!!! Puteri tak mahu tinggalkan tempat ini selagi Puteri belum mendalami ilmu yang diajarkan oleh Syekh Abdullah serta Kak Jamilah!" Tegas Puteri Buih.

         "Ilmu apa, Puteri???Tempat ini tidak langsung membenarkan saya menggunakan ilmu kepandaian saya....bagaimanakah Puteri ingin menuntut ilmu di sini?!" Balas Raden Putra.

          "Tolonglah, biarkan Puteri di sini.... Puteri tak mahu ikut Tuanku ke Langkasuka" Pinta Puteri Buih.

        "Tapi Puteri telah berjanji akan berkahwin dengan saya!" Tegas Raden Putra.

         "Berilah Puteri masa.... Puteri ingin mempelajari dan mendalami kitab yang besar itu.  Banyak lembaran surat-surat yang mereka tulis! Puteri ingin membaca kesemua nya" Pinta Puteri Buih.

         "Puteri...." Raden Putra menarik tangan gadis sunti itu. Mata mereka bertentangan.  Ada isyarat yang tersembunyi di mata Raden Putra. Baginda seorang lelaki. Perasaan baginda kepada Puteri Buih semakin kuat. Apatah lagi gadis itu semakin hari semakin tumbuh dewasa. Kecantikan Puteri Buih membuat jiwa Raden Putra bergelora dan baginda tidak tertahan lagi. Malah baginda tidak mahu kehilangan gadis itu. Sayang dan cintanya semakin menebal. Baginda ingin menuntut janji daripada Puteri Buih...sedangkan baginda telah membantu Datuk Bendahara Perak dan Sang Sapurba memenangi peperangan di Klang.

       "Beta cuma ingin menuntut janji! Puteri dah lupakah? Beberapa tahun kita dalam peperangan...janji itu masih belum ditunaikan. Bagaimana sekarang?" Soal Raden Putra.

       " Ya..itu benar. Puteri berjanji dengan Tuanku. Tapi ketika itu Puteri masih kecil...kita berdua masih kecil. Saktimula dan Nagasari menjadi saksi.... Puteri ingat semua itu!" Jawab Puteri Buih serba salah.

       "Kita berdua membesar bersama...saya tak mahu kehilangan Puteri" Beritahu Raden Putra.

        "Itu benar...Semua yang Tuanku katakan itu benar...tapi berilah Puteri masa... Puteri ingin tinggal di sini beberapa ketika...lagipun jika Tuanku dan Puteri disatukan...kita tetap perlu restu keluarga Puteri" jelas Puteri Buih. Raden Putra menarik nafasnya.

       "Tak cukupkah restu Datuk Bendahara Perak? Puteri boleh ikut saya ke Phang. Kita akan tinggal di sana" Pujuk Raden Putra.

       "Sebenarnya, atuk bukanlah keluarga sebenar Puteri....." Beritahu Puteri Buih.

       "Kalau begitu siapa keluarga sebenar Puteri? " Soal Raden Putra. Puteri Buih menggeleng-gelengkan kepalanya.

        "Puteri tak berapa ingat. Waktu itu Puteri masih kecil...maafkan Puteri.. Puteri kene pergi sekarang. Kak Jamilah menunggu Puteri.." jawab Puteri Buih  ingin melangkah pergi. Raden Putra menarik tangan gadis itu.

      "Nanti... Puteri tak jawab soalan saya lagi.." tegas Raden Putra.

        " Tuanku, lepaskan tangan Puteri" balas Puteri Buih cuba menarik tangannya. Tangan sasa Raden Putra kuat memegang tangan gadis itu. Perasaan geram bercampur aduk di dada apabila melihat tingkah laku Puteri Buih.

       " Puteri mesti tunaikan janji! Jika tidak saya akan mengambil semula Negeru Perak bersama 3 jajahan Datuk Bendahara Perak! " Ugut Raden Putra. Puteri Buih tersentak mendengar kata-kata Raden Putra.

       "Cinta atau ugutan?!!!" Tempelak Puteri Buih. Gadis itu merentap tangannya daripada genggaman Raden Putra.

          "Cinta!" Jawab Raden Putra.

          "Tidak! Ugutan!" Balas Puteri Buih berlari meninggalkan Raden Putra. Dia tidak menyangka Raden Putra sanggup mengugut dirinya. Sedangkan mereka membesar bersama. Malah mereka sudah saling menyayangi. Mereka bermain dan belajar bersama. Mereka juga telah menyertai angkatan Perang Datuk Bendahara Perak bersama. Kesukaan mereka juga sama.

       "Argghhhhh!!!!" Jerit Raden Putra menumbuk sebatang pokok disitu. Bertempiaran burung-burung terbang kerana dikejutkan goncangan pokok. 'Puteri....' panggil Raden Putra di dalam hati. Dadanya terasa sakit seperti dihiris sembilu.

   Dari arah belakang Tuah memerhatikan Raden Putra. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

         "Kenapa? Dia menolak?" Sapa Tuah. Raden Putra terkejut. Dia menoleh ke belakang. Tuah tersenyum sambil mencangkung. Senyuman itu mempunyai makna tersembunyi.

        "Dia tak berhak menolak! Datuk Bendahara Perak sudah berjanji!" Tegas Raden Putra.

        "Tapi ketika dia berjanji dia masih kecil! Dia berhak memilih jalan hidupnya bila dia dewasa" kata Tuah memegang bahu Raden Putra.

       "Tidak!!!!!Dia mesti jadi milik saya!!!!Janji mesti ditunaikan" bentak Raden Putra.

         " Tapi Tuanku tidak boleh memaksa seorang gadis sunti berkahwin dengan Tuanku....ini soal hati dan perasaan!" Kata Tuah membela anak saudaranya. 

        "Dia tiada alasan untuk menolak beta!!!!Kami membesar bersama dan menuntut ilmu dalam seni peperangan bersama.... tiba-tiba apabila tiba di sini perangainya berubah!" Keluh Raden Putra.

       "Dia perempuan!!!...Ibarat menarik benang di dalam tepung....benang tak kusut, tepung tak berselerakkan" kata Tuah tersenyum. Dia berlalu meninggalkan Raden Putra.

       "Tuah!!" Panggil Raden Putra.

       (Tuah menoleh) Raden Putra menjadi serba salah. Lidahnya terasa berat, tetapi dia terpaksa meminta daripada Tuah. Hanya Tuah dapat menolong dirinya.

       "Tolonglah Beta!" Pinta Raden Putra perlahan.

         Tuah ketawa sambil berjalan. Dia meninggalkan Raden Putra yang kebuntuan di bawah pokok. Sungguh Raden Putra tidak faham mengapa Tuah mengetawakan dirinya. Namun baginda semakin risau kehilangan Puteri Buih. Ayahandanya Raja Ong Maha Perita Deria akan marah jika dirinya tidak dapat mengahwini  Puteri Buih itu. Fikirannya bercelaru memikirkan keadaan yang bakal berlaku kelak.

           

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now