Bab 33

419 15 0
                                    

'Mendam Berahi' berlayar megah membelah samudera. Dari Tanah Abang ia memasuki Selat Melaka. Kehadiran 'Mendam Berahi' di Selat Melaka menjadi bualan para pedagang. Berita itu juga telah sampai ke telinga Jeneral Belanda dan tentera Belanda yang berkawal di perairan Selat Melaka.

Alfonso telah kembali ke Melaka selepas beberapa belas tahun Flor De La Mar karam. Rupanya Alfonso terselamat dalam tragedi itu. Dia berjaya kembali semula ke Melaka bersama pasukan Belanda dan menjadikan Melaka tawanan mereka.   Seluruh jalan laut di monopoli oleh tentera Belanda selepas Melaka menjadi Kota Pentadbiran Belanda. Jalan Laut jatuh ke tangan Belanda kerana Sultan Mahmud Shah tewas dalam peperangan dengan Kerajaan Monggol. Malah Belanda mendapat sokongan penuh daripada tentera Siam yang dipimpin oleh Raja Ramathibodi Ii. Siam pula telah bersekutu dengan Belanda.

Alfonso tersenyum sambil menghisap cerutnya. Dia melihat kapal 'Mendam Berahi' melalui Selat Melaka. Itu adalah satu peluang kepada Alfonso.

"Mereka telah memasuki Selat Melaka. Ini adalah peluang kita. Aku mahu kau tangkap duyung tu. Kita boleh lelong ia di perlabuhan Goa!" Arah Alfonso.

"Baik Tuan! Orang orang kita telah mengekori mereka. Tak lama lagi mereka akan dikepung" Beritahu Francisco iaitu seorang Jeneral Perang Belanda.

"Ingat! Jangan tembak mereka. Aku mahukan kapal besar itu. Ia dapat menggantikan Flor De La Mar!"Pesan Alfonso mengangkat tongkatnya menghala ke arah 'Mendam Berahi'

"Baik Tuan! Kami tak akan menembak tepat ke arah Kapal mereka. Hanya amaran sahaja supaya mereka berhenti" Kata Francisco. Dia menghentak kaki kemudian tunduk kepada Alfonso. Alfonso mengangguk-angguk sambil menyambung renungannya kepada Kapal besar milik Laksamana Tuah itu.

"Tembak!!!!" Jerit Francisco. Seorang anak kapal memberi isyarat menjatuhkan bendera kecil berwarna hijau ditangannya. Seketika terdengar bunyi tembakan berdas-das menggegar Selat Melaka.

DUM!!!!DUM!!!!DUM!!!!

Letupan itu berpanjangan tanpa henti. Tapi sasarannya tidaklah tepat. Tembakan itu sengaja dihalakan ke bahagian hadapan kapal 'Mendam Berahi'. Ia sebagai tanda agar 'Mendam Berahi' berhenti dari belayar. Alfonso mahu 'Mendam Berahi' ditawan cara baik. Rencana Alfonso sangatlah besar selepas dia berjaya menumbangkan perdagangan rempah milik Sayyid Ali.

DUM!!!DUM!!!!DUM!!

Tembakan meriam masih tidak berhenti. Entah berapa biji peluru meriam yang dibazirkan Alfonso.

"Apa yang berlaku abang?" Puteri Buih menarik selimut bagi menutupi tubuhnya yang tidak berpakaian. Raden Putra telah bingkas bangun menyarung bajunya. Asmara pasangan pengantin baru itu terbantut. Raden Putra mengikat tali seluarnya sambil memandang ke luar kapal. Tentera Belanda dari Kota Melaka menyerang mereka.

Aummmmmmmm!!!!!!!!!!!

Kedengaran semboyan sedang ditiup anak kapal 'Mendam Berahi'.Tuah memanjat tali layar lalu bergayut turun ke bawah kapal memeriksa anak-anak kapal yang sedang mengemudi kayu pendayung.

"Berhenti mendayung! Belanda mahu kita berhenti!" Tuah mengangkat tangannya kepada 300 orang pendayung di aras bawah kapal. Dia terpaksa naik ke atas Kotak kayu barang untuk memastikan para pendayung kapal dapat melihat isyarat daripadanya. Arahannya hendaklah sampai kepada mereka.

"Mereka menembak kita, Datuk Laksamana!"Adu seorang anak kapal.

"Mereka ingin kita berhenti dari belayar...mungkin kerana kelainan kapal ini" Kata Tuah merenung ke arah Kota Belanda.

"Tenangkan anak isteri kamu semua!!!!Hamba akan uruskan hal ini. Usahlah bimbang!"Kata Tuah ketika telinganya mula menangkap bunyi tangisan anak-anak kecil dari aras bawah kapal itu. Tuah melompat mencapai tali tiang layar untuk naik kembali ke tingkat atas.

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now