Bab 43

290 13 0
                                    

    
       Kelima-lima Putera Zhang Daeng terserempak dengan Alfonso apabila lelaki Belanda tersebut bersama orang orangnya telah membunuh beberapa orang tawanan di bawah sebuah pokok. Ke semua tawanan yang di bunuh tergantung di atas pokok. Kepala mereka bercerai dari badan. Tubuh mereka bergelimpangan ditembusi peluru.

      "Ayuh, kita serang mereka!" Ajak Daeng Pe Ra Ni sambil berlindung di balik pokok.

     "Tunggu!! Puteri Buih tiada di sini! Kita hanya berlima, mereka beratus-ratus orang!" Kata Daeng Me Nam Bun.

      "Benar tu! Lebih elok kita ekori sahaja mereka. Puteri Buih tiada di sini!" Cadang Daeng Chen Lak.

    Kelima-lima orang Putera dari Teluk Makassar itu mengekori Alfonso dan orang-orangnya.

     "Nanti!" Kata Daeng Ke Ma Si merapati sekujur tubuh yang masih berpakaian Baju Melayu songket dan berbaju layang. Kepala mayat itu masih tergantung di atas pokok. Mereka berlima sungguh terkejut kerana wajah yang sangat dikenali ramai. Mayat itu adalah mayat Datuk Bendahara Perak.

     "Turunkan kepala Datuk Bendahara Perak!" Perintah Daeng Pe Ra Ni kepada adik-adiknya. Lelaki tua itu sudah tidak bernyawa lagi.

          Kelima-lima orang Putera Zhang Daeng menurunkan kepala Datuk Bendahara Perak, matanya di tutup rapat. Sungguh ngeri kematian Datuk Bendahara Perak. Daeng Ke Ma Si menutup wajah Datuk Bendahara Perak dengan kain tanjak yang dipakai olehnya. Kain berwarna merah itu masih basah dengan darah Datuk Bendahara Melaka itu.

      "Kita terpaksa berpecah. Chen Lak dan Ke Ma Si bawa mayat Datuk Bendahara Perak kepada Laksamana Tuah. Kami bertiga akan mengekori Alfonso. Kita tidak tahu di mana Alfonso menyembunyikan Puteri Buih" Arah Daeng Pe Ra Ni. Kesemua adik-adiknya menurut perintah Daeng Pe Ra Ni. 

      Mereka bertiga meninggalkan Daeng Chen Lak dan Daeng Ke Ma Si menguruskan mayat Datuk Bendahara Perak. Kematian Datuk Bendahara Perak akan menjadi berita tergempar di atas kapal 'Mendam Berahi'.

     Sementelah itu pula, Alfonso dan orang-orangnya telah sampai di Kapal Belanda milik mereka. Kapal itu disembunyikan di sebuah Sungai Jajahan Kerajaan Minangkabau.

      "Bawa Duyung ini ke bilik belakang. Kita akan keluar dari sini!"Arah Alfonso kepada orang-orangnya. Lalu sauh kapal dinaikkan dengan segera. Kapal Belanda milik Alfonso itu akan melalui Sungai Linggi. Mereka akan melalui Sungai Linggi bagi mengelakkan ditemui oleh orang-orang Tuah dan Sultan Mahmud Shah.

       Zhang Daeng dan Alex Xander hanya memerhatikan kapal Alfonso belayar pergi. Tentera Monggol yang berkawal di perairan pantai Melaka langsung tidak mengetahui kapal Alfonso yang melepaskan diri dengan melalui Sungai Linggi.

       "'Cis!! Alfonso terlepas lagi. Ayuh kita segera pulang ke kapal. Kita ikut mereka!!" Marah Zhang Daeng bersiul memberi isyarat kepada lima Puteranya. Kelima-lima Putera Zhang Daeng tahu akan isyarat yang dibuat oleh ayahnya. Mereka segera berpatah balik balik apabila mendengar siulan burung Phionex yang meniru bunyi Zhang Daeng. Kelima-lima putera Zhang Daeng telah kembali ke kapal Phinisi. Dari kejauhan Zhang Daeng melihat dua orang Puteranya sedang mengusung sebuah buntil besar di belakang mereka. Zhang Daeng dan Alex Xander segera memanjat kapal mereka dan menaikkan Sauh, sementara menunggu kelima-lima orang puteranya.

         "Puteramu membawa siapa?"Soal Alex Xander bercekak pinggang disebelah Zhang Daeng.

        "Mereka membawa sebuah buntil yang besar....mungkin sesuatu yang berharga telah ditinggalkan Alfonso" Jawab Zhang Daeng lalu mendekati Puteranya Daeng Ke Ma Si. Buntil kain guni yang besar itu diletakkan Daeng Ke Ma Si di hujung kaki Zhang Daeng. Lantai kapal Phinisi dibanjiri darah merah. Zhang Daeng dan Alex Xander sungguh terkejut. Mereka berdua berundur kebelakang apabila Daeng Chen Lak merobek buntil kain guni itu dengan pisau belatinya. Sekujur tubuh yang kaku kelihatan bercerai dari kepalanya serta berlumuran darah. Zhang Daeng memalingkan wajah kerana baginda sangat kenal akan wajah itu. Ya, sekujur tubuh yang dibunuh dengan kejam itu milik Datuk Bendahara Perak.

         "Alfonso sungguh kejam!!! Mereka membunuh seluruh tawanan dengan menggantung mereka di pokok serta memancung kepala mereka!" Marah Daeng Chen Lak.

            "Mereka tak akan terlepas lagi kali ini!!! ayahanda tak akan berdiam diri!" Balas Zhang Daeng berjalan ke pemegang dek Kapal. Dia menyelitkan sehelai surat perutusan di kaki burung Phionex. Burung itu dilepaskan dengan hembusan dari bibir Maharaja China itu. Sepantas kilat burung itu terbang mencari Laksamana Tuah di atas kapal 'Mendam Berahi'

           "Masukkan mayat Datuk Bendahara Perak ini ke dalam peti. Kita akan serahkan kepada Sultan Mahmud Shah!" Arah Zhang Daeng menuju ke bilik kemudi. Kelima-lima Puteranya tunduk mematuhi perintah ayahanda mereka. Alex Xander mengikut Zhang Daeng dari belakang. Mereka akan memutuskan untuk belayar  dan mengejar Alfonso yang melarikan diri melalui Sungai Linggi.

      "Kita akan belayar meninggalkan Melaka!" Kata Alex Xander mengharapkan Zhang Daeng mengerti maksudnya.

        "Jadi kenapa? Kita akan selesaikan tugas seperti yang dijanjikan dengan Mekong!" Balas Zhang Daeng bersahaja. Langkahnya semakin laju menuju bilik kemudi kapal.

         "Puteri itu ada bersama mereka!!!Mustahil kita dapat menyelamatkannya! Mereka akan bunuh Puteri Buih!" Tegas Alex Xander.

          "Mereka tak akan bunuh Puteri itu! Nilai seekor duyung sangat tinggi di negara mereka. Ia akan dijadikan hal yang menakjubkan untuk mereka megahkan pada dunia!"Jawab Zhang Daeng menolak pintu bilik kemudi. Nakhoda Kapal Phinisi terkejut melihat Zhang Daeng di muka pintu diikuti Alex Xander.

        "Bukan langkah bijak kita mengikuti Sungai Linggi!" Balas Alex Xander cuba membantah.

         "Kita tak ada pilihan selain mengejar Alfonso!" Kata Zhang Daeng sambil memegang alat kemudi yang diperbuat dari kayu dihadapannya. Nakhoda Kapal Phinisi itu berundur kebelakang sambil tunduk kepada Zhang Daeng dan Alex Xander.

       "Kita akan belayar mengikut mereka!" Arah Zhang Daeng kepada Nakhoda kapalnya sambil meneropong kapal Alfonso. Kemudian teropong kayu itu diberikan kepada Nakhoda itu.

           "Mereka mengikuti Sungai Linggi!....Sungai itu..." Nakhoda itu tergagap-gagap. Zhang Daeng berpaling ke arah Nakhodanya. Baginda tidak jadi keluar dari bilik kemudi itu.

           "Kenapa dengan Sungai itu? Ada masalah?" Soal Zhang Daeng mengerutkan dahi.

         "Sungai Linggi adalah sungai hitam di Kepulauan Nusantara! Banyak kisah misteri di sana. Banyak pedagang dan pelayar mengelak untuk melaluinya!" Beritahu Nakhoda itu.

        "Apakah yang misteri?" Soal Zhang Daeng. Alex Xander hanya mendiamkan diri untuk mendengar jawapan dari Nakhoda Kapal Phinisi itu.

       "Sungai Linggi salah satu sungai yang biasa menghilangkan kapal-kapal dagang atau kapal pelayar yang melaluinya....kami tidak tahu apakah misterinya, tetapi sesiapa yang melaluinya tak pernah ditemui lagi!" Terang Nakhoda itu. Zhang Daeng terdiam seketika. Teropong kayu di atas meja kemudi dicapainya.

       "Mereka tak berapa jauh dari kita. Lajukan dayungan..kita kejar mereka!" Arah Zhang Daeng lalu beredar dari bilik kemudi itu. Tangan Nakhoda itu terketar-ketar membunyikan loceng masa dayungan kapal. Dia memegang kuat alat kemudi kapal. Hatinya berbelah bahagi. Dia tidak tahu adakah mereka akan kembali lagi selepas memasuki Sungai Linggi atau dikenali sebagai Sungai Hitam di Kepulauan Nusantara.

  

Puteri Buih 2Where stories live. Discover now