Azim menelan air liur. Tahu dah ammar merupakan anak orang ternama. Tak mustahil orang atasan akan mendengar kata kata ammar. Pelajar harapan universiti. Sedangkan dia? Tak mempunyai apa apa.

"Tak nak beritahu ya?tak apalah. Tengoklah esok lusa kau ada lagi ke tak di universiti ni." Ammar melambai azim selamba lalu kakinya ingin melangkah pergi. Bukan dia mahu bertindak kejam pada azim. Suka hati je nak berhentikan anak orang. Tapi itu hanyalah sekadar ugutan. Kemonlah aku baik beb. Mana pernah guna kuasa untuk jatuhkan orang lain.  

Baru dia ingin melangkah terasa lengannya di tahan.
"Syafina tu upah aku suruh buat macam tu! Aku tak salahlah."

Terhenti langkah ammar. Dah agak dah dia akan ditahan dari pergi. Tapi nama yang meniti di bibir azim itu yang buat dia terkejut. Terus dia memusingkan wajah menatap kembali wajah azim.
"Siapa?"

"Syafina si shah alam tu lah! Dia suruh aku buat macam tu pada account Instagram budak tu. Manalah aku tahu kenapa. Dah dia bayar mahal so aku buatla !" Azim cuba mempertahankan diri. By the way shah ali lah azim. Kalau syafina dengar ni mahunya saman si azim.

Ammar mendengus geram lalu menolak kasar dada azim. Terus terbayang wajah sedih anggun di fikiran. Sebabkan duit, anggun jadi mangsa!
"Yang kau sengal pergi ikut cakap dia tu dah kenapa? Jenayah tahu tak? Pahala dah  berlambak sangat ke ? Kau dah jatuhkan maruah anggun tahu tak!?"

"Ish! Aku tau! Aku menyesal! Tapi aku terpaksa. " azim menundukkan wajah dari memandang ammar. Wajah kesal.

Ammar mengerling tajam azim.
"Menyesal kau boleh pergi lombong. "

Azim terus mendongak wajah.
"Haih aku terpaksa lah! Aku ni bukan macam kau anak orang kaya. Anak miskin macam aku kena terpaksa buat macam ni. Aku bukan macam kau mar. Haih. Kata kat budak anggun tu aku minta maaf." Azim sempat meminta maaf. Setelah melihat sendiri bagaimana hadif memarahi anggun di khayalak ramai , terasa bersalah pula dirinya mengambil upah syafina. Ya kebetulan dia melalui jalan yang sama dengan hadif pada waktu itu. Habis si anggun tu kena cemuh pada pandangannya.

Mula terdetik rasa simpati dalam diri ammar. Dia mengeluh. Dia menepuk bahu azim. Tak apalah hilang sudah kemarahannya pada azim. Dia mulai faham sebab azim terpaksa melakukannya. Tapi bab syafina si shah alam tu memang tak boleh berkompromi. Eh apa masalah dia eh? Eh geramlah!

Woi! Susah sangat ke nak sebut betul betul? Shah ali la bukan shah alam!

"kalau kau susah, minta jela tolong dengan aku. Kau pun kawan aku kan? Manalah tahu aku boleh bantu .Hish"

Tetapi apabila dia ingin beredar, bahunya ditahan oleh azim. Tiba tiba rasa terharu dengan kata kata ammar walhal mereka tidaklah serapat mana. Tapi ammar sanggup ingin membantunya.

"Terima kasih. Aku harap kau tak beritahu pasal aku godam tu pada pihak atasan. Tolonglah aku tak boleh kena buang dari universiti ni. Akulah  harapan family aku ammar." Azim perlahan melepaskan bahu ammar.

Ammar tersenyum nipis.
"Of course lah. Jangan risau." Dia ingin kembali melangkah tetapi terus bahunya ditahan sekali lagi oleh azim. Dia memandang azim meminta jawapan. Ni apahal main tahan tahan bahu ni? Tak ada bahu sendiri ke?

"Ammar, erm pasal aku suka fatin tu senyap senyap tau. Aku dah move on lah dari dia." Azim mula tersenyum menahan malu.

Ammar mengangguk akur lalu pantas menyambung berjalan. Alhamdulillah tiada lagi bahunya ditahan.

"Heh!!! Yeye le tu dah move on." Sempat dia mengecam azim.

.

*****************************************

DIA Encik Crush Sombong! ✅Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang