Kakinya mula melangkah untuk ke  dewan kuliah.

Anggun kaget. Membesar mata anggun melihat gerangan yang keluar.
"Mata ha..zel?" Ya dia yakin itulah mamat beraura sombong yang telah melanggarnya. Setelah beberapa hari di universiti ini, barulah dia akhirnya nampak si mata hazel ni.

"Ha apa? Apa yang hazel?" Tanya alisa. Dengar macam anggun cakap sesuatu! Dia mencucuk bahu dayana supaya memberi perhatian kepada anggun yang sudah terpaku melihat sesuatu. Mata mereka mula mengikut mata anggun. Kelihatan seorang pemuda tinggi lampai, rambut lelaki itu ditiup angin menambah personanya dan wajahnya yang serius.

Anggun terkejut apabila langkah lelaki itu menuju ke arahnya sambil memandang telefon di tangan. Matanya membuat keputusan untuk terus merenung langkah pemuda itu.

  Nafasnya terasa berhenti apabila lelaki itu mengangkat wajah memandang arahnya. Macam tahu tahu sahaja sedang diperhatikan! Lelaki itu seperti  meneliti wajahnya. Anggun menelan air liur apabila mata mereka bertatapan dengan jarak hanya 5 tapak. Alahai dekatnya!

Hadif menilik wajah gadis yang terkelu melihatnya. Kejap.  Kejap. Ini bukankah budak yang aku langgar semalam?
Hadif tersenyum sinis kepada anggun dan kakinya terus menyambung langkah meninggalkan anggun.

Dayana dan Alisa yang sudah bingung dengan kejadian tadi terus menepuk bahu anggun. Nampak macam anggun terpaku! Berangan!
Anggun tersedar dan pantas menutup mulutnya.
"Weh..korang..dia senyum pada akulah!" Teruja anggun berkata dengan wajah ceria.

Alisa mengerutkan wajah. Mana datang? Apahal minah ni excited sangat?
"Weh dia senyum ejek la. Bukan senyum nak pikat kau. Agak agakla kalau nak excited pun."

"Jangan kata tu la crush kau yang kau citer tu." Dayana pantas memotong. Malam hsri itu punyalah teruja malu malu kucing anggun bercerita kepada mereka tentang seorang lelaki yang terlanggarnya. Katanya cinta pandang pertama. Tetapi apabila anggun bertindak senyum malu malu setelah mendengar soalannya dayana sudah ternganga. Kalau beginilah crush si anggun, aku rasa anggun akan broken! Yela  sombong bukan main! Muka macam nak bunuh orang!

"Dia? Dia tu crush kau? Si anak orang kaya yang kerek tu?Haih anggun lupakan jela dia."
Selamba dayana menasihati anggun yang sudah teruja. Weh crush senyum beb! Siapa je tak cair.

Anggun tergelak kecil. Entahlah dia pun tidak tahu mengapa hatinya berdebar apabila nelihat hadif. Dia juga sedar hadif hanya memberikan dia senyuman sinis. Tetapi apakan daya, jika sudah jatuh cinta, semua tentang lelaki itu dia suka! Fall in love la sangat.

"Ala apa salahnya. Aku yakin senyuman sinis tu nanti akan bertukar senyuman manis untuk aku suatu hari nanti percayalah."tekad anggun sambil menggengam kedua belah tangan. Sabarlah sayang, anggun akan berusaha memikatmu! Misi memikat crush bermula now! Ups mungkin bakal suami Ah indahnya! Tetapi sebelum tu kita kena mengenali siapa lelaki itu!nama dia pun aku tak tahu!

Dayana dan alisa memandang sesama sendiri.  Alamak macam mana ni? Si minah ni dah angau? Mereka mengangkat bahu dan memasing membuat pandangan 'layankan ajalah minah ni.'  'Asalkan dia bahagia.'

.

************************************

.

"Ha! Anggun aku dah jumpa!" Sorak dayana teruja .

Anggun yang sedang baring di atas katil sambil membayangkan si putera charming pantas bangkit dan berlari ke arah dayana yang sedang duduk di kerusi dan meneliti skrin komputer riba di atas meja belajar di dalam bilik dorm mereka.
"Apa apa apa?kau jumpa apa?"

Dayana menjeling anggun. Haih teruja nya minah ni! Lempang kang baru tahu!
"Ni! Aku dah jumpa maklumat pasal mamat hazel kau tu. Nama sebenar dia Muhammad Hadif Rizki bin Athif Fattanah. Umur dia 3 tahun lagi tua dari kita. Jurusan dia business maybe sebab akan menjadi waris syarikat ayah dia. Wait a minute. Weh! Kayanya bapak dia! CEO Blue Hazel Holding! " dayana membaca maklumat perihal diri Hadif dengan mata sudah membuntang.

Anggun sudah terduduk di kerusi sebelah dayana sambil menongkat dagu.
"Kenapa? Famous ke syarikat tu?"

Membuntang mata dayana mendengar soalan anggun. Ya allah noobnya kawan aku seorang ni. Blue Hazel Holding dia tak tahu?
"Yela weh! Salah satu syarikat berjaya kat malaysia ni. Ini kalau kau kahwin dengan dia ni. Pergh!kau akan jadi bini jutawan aku rasa."

Anggun menggeleng perlahan sambil tertawa.
"Biarlah.  Tu harta bapak dia. Lagipun aku tak pandang harta pun. Cehhhh!"

Dayana mencebik sebelum meneruskan maklumat yang dia dapat. Acah acah bukan materialistik pulak.
"Favourite colour dia hitam dan dark blue. Dia jarang senyum pada perempuan. Dia pun tak mesra dengan calang calang perempuan except family dia or member dia sahaja. Dia suka main basketball and memang wakil sekolah and universiti ni. Mata dia hazel sebab mata bapa dia hazel. Dia seorang yang bijak dan atlet pujaan ramai. Lebih dari 100 orang pernah confess pada dia dan nak jadi girlfriend dia tapi dia hanya cakap 'Kau gila ke?' pada semua perempuan tu. Dia beku dan dingin. Tetapi suka ketawa bila dengan kawan kawan rapat dia. Bila dia senyum semua perempuan akan auto pengsan. Apakah?  "
Berkerut kening dayana membaca maklumat perihal diri si Hadif ni. Makin lama baca makin mengarut! Sahih ke maklumat ni? Eh ragu ragu aku.

Anggun mengangguk mengerti. Jadi dia tidak suka orang confess tiba tiba. Yela tak kenal tiba tiba confess! Tak malu namanya! Lagi lagi kalangan perempuan. Ish. Tak nak aku.

Tapi tak mengapa. Aku akan guna cara halus. Eh bukan bomoh lah! Kita mula dari bawah and lama lama dia akan terpikat pada aku! Bak kata pepatah, bersusah dahulu bersenang kemudian! Sikit sikit lama lama jadi mountain dew. Tiba tiba ada semangat baru merasuk ke dalam diri.

"Eh tapi mana kau dapat maklumat ni semua?" Pelik pula anggun. Takkan ada di google pula kan? Hadif ni walau pun popular tetapi dia bukanlah artis!

Dayana menggulingkan mata.
"Haih aku bukak facebook. Lepastu aku ternampak Hadif's Soldiers. Aku pelik and then aku tekanlah. And yang keluar muka crush kau. Lepastu ada satu post ni kata 'kalau nak mengenali Hadif lebih dalam,tekanlah link ini!' Aku pun tekanlah link  tersebut lalu...boom! Keluar biodata mamat ni!power betul fans dia ni." Dayana menggeleng kepala. Apa nak jadila budak budak zaman now. Siap ada fansite si hadif rizki.

Fansite aku tak nak pulak buat.

"Ooo..mmm ana, apa nama dia eh tadi?"

"Muhammad Hadif Rizki. " anggun mengigit bibir dan perlahan lahan senyuman mekar di wajahnya. Lemah gemalai dia kembali baring di atas katilnya.

Hadif rizki ya? Comelnya nama! Wait for me hadif! I will make you fall in love with me just like how I fall for you.

Dayana memandang pelik anggun yang secara tiba menjadi lembut sambil memintal hujung rambut. Alamak ulat bulu dah naik daun....gedik! Seram aku tengok perempuan ni.

.

.

.

.

Untunglah hadif ada fansite heh! Hadif's soldiers konon!

.
Kalau korang ade crush, korang buat tak benda sama macam anggun? Takel crush korang? Hahahahaha!

Tapi anggun lagi gedik kan? Hshshs.

Nak tau apa anggun buat? Ha tekan bintang kecil! Sorry typo..love yall.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ