Dia memakai pakaian sebelum melangkah ke meja kerjanya. Kalau tak pakai kang, ada yang ingat aku ni orang asli. Komputer ribanya dibuka. Fokus hadif membuat kerja.

Sebijik bapaknya! Yela mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke lantai kan?

Tetapi matanya kejap kejap mengerling album di atas meja. Haih kenapa aku rasa macam nak buka album tu? Ada apa apa ke?

Tangannya perlahan menggapai album itu. Entah mengapa hatinya terasa ingin membuka album tersebut. Entah entah ada peta harta karun tak? Eh merepek. Peta wasiat athif fattanah? Ha okay logik sikit. Boleh aku tukar nama wasiat tu 100% harta diturunkan kepada aku. Terus konfirm kaya aku.Heh dasar anak kacang hadif lupakan bapak kulit kacang athif.

Perlahan dia membuka helaian demi helaian album tersebut. Kebanyakannya gambar dia bersama teman universiti nya. Ada yang dia seperti ingat dan cam muka di kalangan mereka. Tetapi sebahagian langsung dia tidak ingat. Timbul perasaan rindu akan sahabatnya.  Ada yang sudah berkahwin.  Bertunang. Tetapi dia? Masih seorang diri.

Euw! Tiada masa dia ingin memikirkan soal perempuan. Dia lebih menumpukan fokus kepada syarikat keluarganya. Sebagai cucu sulung, dia diamanahkan untuk menerajui syarikat milik datuknya.

Bukan tak laku tapi biasalah kita kena jual mahal bro sis... dalam hidup ni kita tak boleh pentingkan bercinta.

Tangannya terhenti menyelak.Matanya melihat gambar dia sedang memegang bola kerajang dan sedang memasukkan bola ke dalam bakul. Dulu dia seorang yang aktif dalam sukan universitinya lagi lagi sukan bola keranjang. Tetapi minatnya bertukar kepada dunia perniagaan pula. Baru ingatkan nak jadi atlet macam Michael Jordan. Yela siapa lagi nak mewarisi syarikat kalau bukan dia? Sepupunya yang lain masih muda.

Tiba tiba matanya tertancap pada kelibat seseorang yang sedang berdiri di tempat duduk penonton tidak jauh dari tempat tiang bakul diletakkan. Gadis itu kelihatan teruja dan gembira kerana dia berjaya mendapatkan jaringan. Rasa gembira apabila melihat dia berjaya.

Berkerut dahinya cuba mengenal pasti gadis itu. Jap jap..muka dia macam...

Budak tu!

Terbeliak mata hadif. Akhirnya otaknya memproses satu persatu ingatan. Ingatan yang sepatutnya dia tidak boleh mengingat tetapi entah mengapa otaknya mula berfungsi sekarang.Dia menutup mata cuba mengingat kembali memori semasa di universiti dahulu. Sakit di kepala dibiarkan.

.

Hadif berjalan sambil membetulkan rambutnya yang serabai tanda baru bangun dari tidur. Shit! Terbangun lambat lagi! Ni konfirm kena bebel lagi nanti. Argh sesungguhnya aku paling tak suka dengat prof membebel. Rasa macam nak tutup telinga dengan kapas.

Kakinya melangkah pantas. Lagi 5 minit kelasnya akan bermula. Alamak. Pensyarahnya dahla garang!  Kalau dah macam ni terpaksa dia melajukan lagi langkah. Kelajuan super laju! Ying dalam boboiboy mula merasuk hadif.

Sedang dia berjalan pantas sambil matanya kejap kejap memandang waktu yang berdetik pada jam di pergelangan tangan, terasa bahunya terlanggar seseorang.

Bum!

Aduh..wajah sang gadis berkerut menahan sakit di punggungnya. Siapa yang macam gergasi melanggarnya ini? Sampai dia terjatuh terduduk! Macam langgar gajah weh!

Kepala digosok pula. Sakit apabila kepalanya terlanggar lengan lelaki itu. Aduh kerasnya lengan! Tahulah pergi gym!

Hadif terkelu seketika. Dia melihat gadis itu menggosok dahi. Dia merengus.
"Oi kau tak nampak ke aku tengah jalan? " sempat hadif berkata selamba. hadif melihat jam tangan . Dia terus kembali melangkah ingin meneruskan perjalanan. Orang dah lambat lagilah ada bencana datang.

DIA Encik Crush Sombong! ✅Where stories live. Discover now