Bab 9

2K 70 8
                                    

"ARGHHHH!!!" jerit Orked Imani sambil dia menutup kedua-dua matanya dengan tangannya.

Tengku Aryan Syah terpinga-pinga saat Orked Imani menjerit. Dia meneliti setiap tubuh badannya, dan...

Baru dia teringat!

Cepat-cepat Tengku Aryan Syah mencapai tuala pada penyidai. Mujurlah dia memakai boxer ketika itu dan dia masih lengkap berpakaian iaitu siglet pada bahagian atas. Jika tidak, mahu malunya.

"Sa--saya keluar dulu." kata Orked Imani dan dia cepat-cepat mengatur langkahnya ke muka pintu kamar tidurnya Tengku Aryan Syah. Dia perlu keluar dengan segera. Namun, langkahnya terbantut saat tangannya dipegang oleh Tengku Aryan Syah. Mujur berlapik. Jika tidak, sudah lama dia berikan penumbuk percuma pada lelaki itu.

"You nak apa? Takkan nak masuk bila I tanpa sebab."

"Errr.."

"Hey, I tanya you nak apa masuk bila
I." kata Tengku Aryan Syah saat dia melihat Orked Imani yang diam membeku.

"Errr..makanan dah siap. Encik Tengku suruh panggil encik makan. So--sorry saya masuk macam tu je." Orked Imani menundukkan kepalanya memandang lantai. Malunya dia sekarang ni! Habis matanya tercemar.

"Hmm..Lain kali jangan main masuk saja. Bukan ke I dah pesan dekat you, sebelum masuk bilik I kena ketuk pintu dulu. Nasib baik you tak tertengok yang lain."

"Sorry. Saya tak sengaja." Orked Imani masih berdiri di situ seperti patung cendana.

"You buat apa lagi? Tak reti nak keluar ke? I nak mandi ni." kata-kata Tengku Aryan Syah itu menyetakkan Orked Imani dari tenungan lantai gadis itu.

Orked Imani lantas menyambung semula langkahnya untuk keluar daripada kamar tidur milik lelaki itu. Gila! Ini memang gila Orked Imani! Baru hari pertama bekerja sudah buat hal. Habislah!

Tengku Aryan Syah hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Kelakar pula dia melihat muka Orked Imani yang kemerehan akibat menahan malu.

"Ryan? Yang you senyum-senyum ni dah kenapa?" tanya Laura Amber saat dia meletakkan dua cawan air yang berisi Latte dan Sky Juice itu.

Mati terus senyuman Tengku Aryan Syah. Dia belum habis mengenangkan peristiwa semalam. Tak semena-mena Orked Imani cuba mengelakkan diri daripada terserempak dengannya.

"Tak ada apa." kata Tengku Aryan Syah tanpa perasaan.

"Lambat lagi ke you nak habiskan sesi shopping you ni? I banyak lagi kerja yang nak kena siapkan dekat pejabat tu." Tengku Aryan Syah menyedut air Latte yang dipesan oleh Laura Amber sebentar tadi.

"Hey, you ni. You kan dah janji nak teman I shopping. So, you kena la teman I sampai penat." gedik sahaja suara Laura Amber ketika itu.

Tengku Aryan Syah mengeluh kasar. Menyesal pula dia bersetuju dengan wanita ini. Jika dia tahu keadaan akan jadi seperti ini, sudah tentu dia tidak akan bersetuju.

"Kita dah round mall ni hampir one hour thirty minutes, Laura Amber. Satu barang pun you tak beli lagi."

"So, what? I tak jumpa barang yang I nak. So, you kenalah sabar menemani I shopping." kata Laura Amber dengan angkuh. Biarlah dia hendak berlama-lama sedikit di sini. Lagipula bukannya selalu Tengku Aryan Syah akan menemaninya untuk bershopping.

Tengku Aryan Syah mengerling jam pada pergelangan tangannya itu. Kemudian, dia mengeluh perlahan.

Maafkan papa, sebab mungkiri janji.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now