Bab15

3.7K 125 7
                                    

Tengku Arsyad Syah sudah memuncungkan mulutnya sedepa. Tak acinya adik dia.

"Common la Riean. Takkan la Riean nak paksa abang juga?"

"Well. Kalau abang tak nak join tak mengapa. Riean boleh ajak umi dan kak Wafa untuk sertai misi Riean ni." Tengku Siti Nur Arieana membetulkan rambutnya. Rimas. Sudah la tadi si beruk tu merosakkan rambut dia yang serba rapi ini.

Tengku Arsyad Syah mengeluh lemah. Kalau dia tak join nanti apa yang umi akan katakan?

"So?" Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz memusingkan tubuhnya untuk bertentangan mata dengan abangnya itu. Dia mengangkat sebelah keningnya.

"Kemon la abang. Benda ni kita tak pernah buat tau." Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz masih lagi memaksa abangnya itu agar menyertai mission yang bakal dia lakukan.

"Tapi, mission Riean ni merepek tahu tak? Benda ni soal hati tau."

Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz menjulingkan matanya ke atas sebelum dia menghampiri Tengku Arsyad Syah yang sedang duduk di tepi katilnya itu.

Balik-balik soal hati. Nak makan kaki ke?

"Cinta boleh dipupuk dengan sendirinya. Abang tak nak ke tengok Abang Ryan macam dulu?" Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz menyentuh bahu abangnya, Tengku Arsyad Syah.

Tengku Arsyad Syah menguis-nguis kakinya di atas permaidani berbulu milik Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz itu.

"Apa jaminan Riean kalau kita buat tu, akan kembalikan abang Ryan yang dulu?"

"Belum cuba kan? Macam mana kita nak tahu. Sedangkan abang pun takut nak mencuba."

"Cepat la abang.." Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz menggoncang-goncangkan tubuh Tengku Arsyad Syah agar abangnya itu makan dengan pujukkannya.

Tengku Arsyad Syah mengeluh perlahan sebelum dia bersetuju tanpa rela dengan misi yang bakal adik perempuannya itu laksanakan.

"Macam ni la abang Riean." Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz mencium pipi kanan Tengku Arsyad Syah berulang kali.

"Dah la. Makin abang layan Riean, makin tak siap kerja abang." Tengku Arsyad Syah menolak perlahan tubuh Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz agar menjauhinya. Dia bangkit dari dudukkannya itu dan kemudian Tengku Arsyad Syah mengatur langkah meninggalkan adiknya itu seorang diri.

Macam-macam sungguh la. Pandai pula adiknya ini memujuk serta membodeknya agar dia terjebak dengan mission yang tak masuk akal itu.

Si Irfan pun satu hal. Hendak sahaja dia balingkan tahi kerbau opah pada jejaka itu. Beri idea yang tak berapa bernas pada adik dia tu dah kenapa? Sudah la budak Riean tu pemikirannya pendek dan cetek.

Bahenol punya Muhammad Irfan! Siap kau kalau aku jumpa. Memamg kena cincang-cincang dengannya nanti.

Muhammad Irfan menampar dahinya. Memang bangang betul adik Ryan ni. Dia sengaja je beri pendapat dan idea begitu untuk Riean tu tidak banyak berfikir. Tak sangka pula si samdol tu memang benar-benar ikut idea dia.

Gila! Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz memang gila. Tak pasal-pasal dia pun ikut terjerat untuk terlibat dalam misi yang tak masuk akal itu.

Akibat tak tahan dengan paksaan Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz sewaktu mereka di corong telefon tadi, dia terpaksa bersetuju.

Haih Riean, nasib kau comel.

Bunyi petikan jari membuatkan Muhammad Irfan kembali ke dunia realiti.

"Maaf. Tadi kita di mana ye?" tanya Muhammad Irfan.

"Doktor okayh tak ni? Kalau tak okayh, kita boleh berhenti di sini." kata seseorang pakar perubatan di hospital yang dimiliki oleh Muhammad Irfan.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now