Bab31

2.6K 78 16
                                    

Adik kakak, Dani jangan tinggalkan kakak tau.

Kakak ada seorang adik je, Dani.

Mummy! Tengok Dani ni! Dia yang cari pasal dulu.

Happy birthday Dani!

Sob..Sob..Duit kakak hilang dekat kantin. Mesti nanti ayah marah kakak kan sebab cuai?

Perkhemahan sekolah tu tak best la Dani! Sebab Dani tak ada.

Dani jangan demam tau. Nanti kakak tak ada teman nak bermain.

Dani kan kuat. Orang kuat mana boleh nangis. Luka sikit je ni. Meh akak sapukan ubat.

Siapa yang buli Dani? Bagitau akak. Biar akak belasah orang tu cukup-cukup.

Dani, esok akak ambil result spm. Dani akan jadi orang pertama akak bagitau.

Sampai hati Dani, mungkiri janji Dani pada kakak.

Kakak benci Dani!

Kakak rindukan Dani!

Mana Dani?..

Ingat janji Dani. Jangan tabur pada janji je.

Suara-suara tu lama kelamaan hilang disertakan dengan wajahnya sekali.

Air mata menitis perlahan-lahan pada kedua-dua belah mata Haq sebelum dia tersedar dari pengsannya itu dek kerana dia terdengar seseorang memanggil namanya sambil menggoncangkan tubuhnya itu.

"Nasib baik kau sedar dengan cepat. Risau aku dibuatnya." kata Irfan selepas dia menghelakan nafas lega.

"Apa yang terjadi dekat aku?" tanya Haq dengan lemah kepada Irfan.

"Aku tak tahulah kau bual apa dengan ibu semalam. Aku terdengar ibu menjerit semalam. Lepastu tengok-tengok kau dah pitam." terang Irfan dengan tenang sambil mencatatkan sesuatu di atas sehelai kertas.

"So, aku nak tanya kau. Kau ada rasa sakit-sakit kepala tak?" tanya Irfan kepada Haq.

Haq menggeleng perlahan.

"Betul ni?"

"Hmm.."

"Tapi, tadi kau menangis. want to share with me? Kau ada mimpikan siapa-siapa masa kau tidur tadi?" tanya Irfan. Matanya kini beralih kepada Haq. Risau jugalah dengan adik tirinya ini.

Haq diam. Tidak berbunyi.

"Iman?" tanya Irfan lembut.

Masih tiada balasan daripada Haq.

"Tak apa la. Kalau kau dah bersedia nak share dengan aku cerita kau mimpikan tu, kau cari aje aku ye? Tak apa. Aku tunggu. Just take your time ya bro?" kata Irfan. Dia menutup pennya itu. Irfan membetulkan jarum branula yang tercucuk pada tangan Haq itu sebelum dia ingin mengatur langkah pergi meninggalkan Haq di situ. Dia mahu Haq berehat.

Belum sempat Irfan mengatur langkah pergi, tiba-tiba sahaja namanya dipanggil oleh Haq.

"Yes?"

"Aku—..kakak aku Fan." lemah sahaja suara Haq ketika itu.

"Kakak aku.."

"Iyelah..kenapa dengan kakak kau?"

"Aku ingat muka kakak aku Fan. Di—dia orang terakhir aku ingat..Kenapa mesti dia orang terakhir bukan orang pertama." sayu sahaja suara Haq kedengaran ketika itu.

Irfan mengeluh perlahan.

"A—aku rindu dia." terhambur tangisan Haq ketika itu. Dia sudah jumpa siapa yang sudah mengusutkan hatinya selama ini dengan kekerinduan.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα