Bab29

2.9K 98 15
                                    

Hari ini hati Orked berbunga-bunga. Dia masak pun sambil bernyanyi. Senang hati katakan. Sehinggakan Mak Nab ingin membantunya pun, dia halang. Iyalah! Mana boleh. Nak masak untuk encik suami, kenalah dari air tangan isteri. Seratus peratus dari isteri.

“Betul ni Orked tak nak mak Nab tolong?” ayat itu sudah sepuluh kali wanita tua itu putarkan.

Orked mengangguk. “Lagipun dah nak siap la mak Nab. Orked masak simple-simple aje memandangkan si Aryan tu makan makanan yang sihat.”

“Ok, dah siap!” sambung Orked lagi. Dia berikan sentuhan terakhir pada masakannya itu.

“Ni, Orked pergilah mandi dulu. Kata nak pergi jumpa Ryan.”

“Tapi, Orked belum letakkannya dekat dalam Tupperware lagi.”

“Tak apa. Mak Nab tolong letakkan ye. Orked pergilah. Sana.” Mak Nab menolak-nolak tubuh Orked agar segera bersiap-siap.

“Err..tak susahkan mak Nab ke?” serba salah pula Orked jadinya.

“Tak adanya. Tu kan salah satu tugas mak Nab. Dah. Bersiap sana. Nanti, kawan Orked datang jemput, Orked masih tak bersiap lagi.”

“Hmm..kalau macam tu la yang Mak Nab katakan, baiklah. Terima kasih tau mak Nab.” Orked mengucup pipi wanita tua itu tanda terima kasih.

Mak Nab hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Haih, Orked. Orked. Tak padan dah tua. Tapi, masih lagi ingin bermanja. Agaknya, dengan ibu dia pun macam tu juga kot. Manja tak bertempat.

Orked bergegas turun setelah dia mendapat panggilan daripada rakannya, Mairah.

“Mak Nab! Orked pergi dulu tau!” laung Orked di dapur. Dia terus mengambil Tupperware yang berisi makanan di atas meja itu.

Agaknya mak Nab dekat laman belakang kot.

Orked cepat-cepat menyarungkan sandal nya itu. Nanti lambat, meroyan pula mak nenek tu dalam kereta. Malas mahu mendengar bebelan daripada mak nenek tu.

“Dah lama sampai ke?” tanya Orked setelah dia selamat duduk di bahagian penumpang.

“Hmm..lama la juga. Lain kali, bersiap la dulu baru call aku. Ini tak. Call dulu baru nak bersiap. Kau tu dah la lambat kalau bersiap. Aku ni dah boleh jadi pak janggut tunggu kau.”

“Ala kau ni Mairah. Dengan aku pun nak berkira ea, masa kau tu.”

Mairah memutarkan bebola matanya ke atas. “Ni kau nak terus ke ARNIS Holdings, atau nak singgah memana?”

Orked meletakkan tangannya pada dagu. Sedang berfikir katakan.

“Ermm..kalau macam tu, kita singgah dulu lah cafe yang berhampiran dengan pejabat laki aku tu. Boleh?”

“Hmm..kalau aku kata tak boleh, kau tetap nak pergi kan?”

“Macam ni la aku sayang kau, Mairah!”

“Ni, laki kau tahu tak yang kau nak datang jumpa dia ni? Nanti tak pasal-pasal aku pula yang kena marah dengan boss hot tu nanti.”

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang