Bab38

870 41 2
                                    

Selepas Aryan membuat keputusan untuk berkahwin dengan keluarga tirinya itu, Orked sengaja menjauhkan dirinya dari lelaki itu. Bukan sebab tak boleh terima hakikat. Tetapi kerana dia kecewa dengan lelaki yang bernama Aryan itu. Sungguh mengecewakan.

"Dah la tu Orked. Isi la perut kau ni. Nanti sakit tahu tak. Apa aku nak jawab dengan adik kau nanti." Puas dia memujuk rakannya ini. Tapi, satu pujukkan pun tidak termakan oleh rakannya itu.

"A—aku tunggu dia Mairah." perlahan dan lemah sahaja suara Orked ketika ini. Air mata yang mengalir dipipi itu dikesatnya perlahan.

Keluhan kecil dilepaskan. Dulang yang berisi makanan itu diletakkan disebelah katil Orked. "Aku letak dekat sini ye makanannya. Makan tau. Jangan tak makan. Aku pergi kerja dulu." kata Humairah. Kepala Orked diusap perlahan sebelum kedua-dua belah pipi rakannya itu menjadi sasaran ciumannya.

"Macam mana kak Mairah? Still tak nak makan ke?" tanya Haq sebaik sahaja dia terlihat kelibat Humairah yang baru saja keluar dari bilik kakaknya.

Humairah mengangguk perlahan. "Akak tak tahu lah kenapa Tengku sanggup buat macam ni. Melampau tahu tak?" mereka menjauhkan suara dari kedengaran oleh Orked.

"Dani tak tahu la jantan tu letak apa dekat akak sampaikan akak jadi macam ni. Yang si betina sundal tu pun satu hal. Tak cukup-cukup lagi ke nak kacau hidup akak Dani? Dia ingat dia tu siapa? Semua nak ikut cakap dia." kembang kempis hidung Dani menahan geramnya itu. Kalau dia berjumpa dengan Aryan secara bersemuka, sudah lama muka lelaki itu pecah dikerjakan olehnya.

"Hey! Buruk-buruk pun dia still abang iparnya Dani. Buruk-buruk pun dia still keluarga tirinya Dani. Tak baik cakap macam tu. Tapi, tulah. Kak Mairah pun geram juga dengan Tengku tu. Sanggup betul dia buat kawan akak macam tu? Hesh, tak faham la akak." bebel Humairah sambil menyarungkan kasutnya setelah mereka berdua tiba di muka pintu.

"Ni akak nak tanya. Orked tu dah bagitau si Aryan tentang kehamilan dia ke belum?" Tanya Humairah sambil memandang wajahnya Dani.

Dani hanya menggelengkan kepalanya sahaja. "Biarlah dia. Kalau tahu pun bukannya boleh ubahkan apa-apa." jawab Dani dengan muka dicemberutkan.

"Hey!.." belum sempat Humairah memulakan suaranya, tiba-tiba sahaja dia ternampak kelibat Datin Sri Zaharatulaila turun dengan tergopoh-gapah menghampiri mereka berdua.

"Aunty! Kenapa ni aunty?" tanya Humairah sebaik sahaja wanita itu menghampiri dia.

"Or—Orked..." kata Datin Sri Zaharatulaila dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Kenapa dengan kakak mummy?" tanya Dani dengan wajah gelisah. Makin gelisah tatkala dia terlihat ada air mata yang hampir mengalir pada wajah mummynya itu.

"Kakak kamu—kakak kamu.."

"Iye kenapa dengan kakak."

Nampak sahaja raut wajah mummynya itu, terus berdesup Dani berlari memasuki semula rumah mummynya itu. Tidak perlu menunggu ayat terakhir mummynya itu, dia terus segera mendapatkan kakaknya.

Manakala Humairah membuntuti langkah Dani yang terkocoh-kocoh itu.

"Allahu kakak!!" terus Dani mendapatkan Orked yang sudah terbaring lemah sebaik sahaja pintu bilik kakaknya itu dirempuh olehnya.

























Aryan mengurut pelipis kepalanya. Dari pejabat dia terus rushing ke hospital dek mendengar berita Puan Ida jatuh di bilik air. Dengan dirinya yang tidak cukup tidur kerana menyiapkan segala kertas-kertas kerja yang bertimbun di pejabat.

"Sorry susahkan abang Ryan. Iera tak tahu la nak buat apa kalau abang Ryan tak datang tadi." Amiera melabuhkan punggungnya di bangku panjang yang bersebelahan dengan Aryan.

"It's okayy. Lagipun memang tanggungjawab abang kalau ada apa-apa yang terjadi dekat ibu tu."

"Abang Ryan nak kemana tu?" tanya Amiera tatkala dia terlihat Aryan mengangkat punggung.

"Abang nak beli air sekejap. Iera ada nak pesan apa-apa tak?" Tekaknya memang haus gila. Tadi, di pejabat pun dia tidak sempat meneguk satu botol air akibat kesibukkan dirinya dengan bekerja.

"Ryan!" tegur seseorang tatkala dia terlanggar bahu dengan Aryan.

"Kau buat apa dekat sini? melawat bin..." belum sempat hamba allah itu menyambung ayatnya, terus dia memberhentikan bicaranya tatkala mengingati janji yang dibuat olehnya dengan seseorang.

Langkahnya terus terhenti. Berkerut dahi Aryan. "Melawat siapa kau nak cakap dekat aku ni?"

"Tak ada apa-apa. Aku tersalah cakap tu. Ni kau buat apa dekat hospital? Siapa sakit? Kau ke?"

"Tak ada la. Mak mertua aku jatuh bilik air." jawab Aryan pendek.

Figura tersebut membentukkan huruf 'O' pada bibirnya. 'Isteri kau sakit dekat hospital kau tak nak melawat pula. Mak mertua kau sibukkan pula. No wonder la Riean marah betul dengan kau.'

"Irfan!" panggil seseorang.

Badan Irfan terus dipukul perlahan. Kehadiran Aryan yang berada di situ tidak diperasan olehnya.

"Kau pergi mana ha? Penat aku cari kau."

Aryan mengerutkan dahinya. "Riean?"

Sebaik sahaja tahu akan kehadiran Aryan di situ, terus bertukar raut wajah Arieana. Mata dijulingkan ke atas.

"Buat apa Riean dekat sini?" tanya Aryan pelik.

"Nak jumpa Irfan pun salah ke?" jawab Arieana acuh tak acuh.

Lengan Arieana disiku oleh Irfan. "Apa?" jawab Arieana dengan muka masam yang mencuka.

"Tak baik lah kau cakap macam tu." tegur Irfan.

"Aku buat apa? Aku kan jawab semua pertanyaan abang aku." nada suaranya masih lagi sama.

Namun, ketika dia menjawab teguran Irfan itu, telefon pintarnya berbunyi nyaring. Diambilnya telefon pintar yang terletak elok di dalam beg tangannya itu.

"Hmm kenapa umi? Hmm ye nanti Riean sampai sana." sesudah menjawab panggilan daripada Tengku Salmah, lengan Irfan ditariknya.

"Eh!! Kenapa ni?" tanya Irfan terkejut.

Arieana membiarkan sahaja pertanyaan itu. Tanpa ucapan salam pada Tengku Aryan, dia terus meninggalkan lelaki itu termangu bersendirian di kawasan koridor hospital.

Aryan mengerutkan dahinya. Dia seperti menghidu sesuatu yang tidak kena. Segera langkah Arieana itu diikut dari jarak jauh.

"Kau kenapa tarik aku?" bisik Irfan supaya tidak didengari oleh Aryan. Malangnya sekali, nada suara dan perbualan antara dia dan juga Arieana masih didengari oleh Aryan.

"Kak Orked dah sedar."

Makin laju langkah Aryan membuntuti Arieana sebaik sahaja dia terdengar nama isterinya disebut oleh Arieana.

Nama pada pintu bilik hospital itu dipandang sebaik sahaja dia telah berjaya mengejar langkah Arieana. Disembunyikan tubuhnya di balik dinding agar tiada yang melihat keberadaannya di situ.

Aryan memasang telinga mendengar setiap butir kata perbualan manusia-manusia yang berada di dalam bilik yang menepatkan Orked di situ.

"So, how dengan kakak kau tu Iman?" tanya Irfan sebaik sahaja dia dan juga Arieana tiba di bilik yang menepatkan Orked di situ.

"Dia hanya perlu rehat yang cukup. Aku tambahkan air dalam badan dia. Sebab dia kekurangan air." Terang Dani sambil matanya tertumpu pada Orked yang dari tadi merenung ke luar jendela hospital.

"Her baby?" pertanyaan dari mulut Arieana menyebabkan mata Aryan membulat besar mendengar soalan tersebut. Terkejut.

Sayang! I'm gonna to be a papa again!

Terus dia meninggalkan wad tersebut sebelum itu, dia menatap kembali wajah Orked dari jarak jauh.

I'm sorry Cik Bunga.






















Heyyo! Sorry bagi readers yang ternanti-nanti cerita ni🤗memandangkan ramai yang request Mizz untuk update, Mizz update juga dan sorry for the short storyline for this chapter..

Apapun happy reading and stay love for my story❣️ spread love🥰

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now