Bab20

3.3K 117 1
                                    

Orked Imani memandang tajam ke arah Tengku Aryan Syah. Ouhh! Bukan main mesra lagi ye dengan mak ngah. Dari meja makan sehinggalah ke depan pintu. Asyik-asyik Aryan aje memanjang. Yang dia pelik sekarang ini kenapa mak ngah mudah mesra dengan pakcik dingin ni?

Setahu dia la mak ngah adalah manusia yang memang sukar untuk bermesra-mesraan dengan orang asing. Pakcik dingin ni pun satu hal. Depan mak ngah bukan main lagi ye senyum sampai nampak gusi. Kalau dekat rumah Tengku Salmah itu, huh! Nak tengok pakcik dingin ni senyum pun susah!

“Dah puas bercakap dengan mak ngah saya?” Orked Imani mula bersuara saat Puan Sri Salehah meninggalkan mereka berdua di pintu utama seusai sahaja mengucapkan selamat tinggal kepada Tengku Aryan Syah.

“Hmm..”

“Kalau I tak puas, maknanya I tak akan balik lagi. Ni I dah puas berbual dengan mak ngah la, I nak balik.” sambung Tengku Aryan Syah dengan bersahaja.

Orked Imani memincingkan matanya. Ewah-ewah! Mak ngah tengok ni! Dia memeluk tubuh sambil memandang Tengku Aryan Syah dengan pandangan yang tidak puas hati.

Tengku Aryan Syah hampir tergelak melihat mimik muka yang ditonjolkan oleh Orked Imani ketika ini.

Cute!

Tengku Aryan Syah berdehem tatkala dia hampir terlanjur untuk memuji bidadari yang berada di hadapannya itu.

“Esok I hantar umi untuk masuk meminang. Bulan depan kita
kahwin.”

Hampir ternganga mulut Orked Imani pabila mendengar ayat tersebut.

WTF?

Begitu cepat pakcik ni. Nampak benor tak penyabar dia tu. Sudah la ayah tak tahu pengkhabaran ini.

“Tak cepat sangat ke, encik?” tanya Orked Imani.

“Dah mak ngah you yang suruh.” kata Tengku Aryan Syah selamba.

Orked Imani mengomel kegeraman. Mak ngah yang suruh konon. Puih! Bagi alasan tak munasabah langsung!

Tengku Aryan Syah tersenyum kecil. Ingat orang tak dengar apa dia tengah mengomel sekarang ni? Haih, cik Bunga.

“Okayh la. I nak balik. Ouhh ye. Esok minta berhenti jadi babysitter, and reti-retilah balik ye.”

Terbeliak biji mata Orked Imani ketika ini. “Apasal saya kena berhenti kerja? Nanti Isya cakap apa pula la. Lepas tu, suka-suka je halau saya dari rumah mak ngah. Ini rumah mak ngah saya, jadi suka hati saya la nak duduk rumah ni berapa lama pun! ” dia menjeling Tengku Aryan Syah yang berada di hadapannya ini.

DASAR!

“Pandai-pandai la I explain dekat Isya tu. Lagi satu, you tu bakal isteri I. Salah ke I ajak you balik rumah umi. Hmmm?”

Orked Imani memutarkan bola matanya ke atas. Heleh. Bakal isteri aje kot. Bukannya isteri. Suka hati je nak arah-arahkan orang. Lempang kang!

“Dah la pergi balik sana!. Menyibuk aje. Sudah la datang tak bagitau. Dah-dah..shuh shuh..” Orked Imani menolak-nolak tubuh Tengku Aryan Syah agar segera keluar dari pintu pagar rumah ibu saudaranya.

“I memang nak balik dari tadi pun. You tu yang melengahkan masa I untuk balik. Kenapa? Takut rindu ke?” Tengku Aryan Syah mengangkat sebelah keningnya itu.

Hampir loyar tekak Orked Imani saat mendengar ayat terakhir yang keluar daripada mulut lelaki yang berada di hadapannya ini.

Rindu? Tak ada maknanya aku nak rindukan dia. Sepak juga kang!

“Dah la. Pergi balik sana. Saya nak makan pun terganggu. Ish!” terus Orked Imani menutup pintu pagar tanpa mendengar ucapan selamat tinggal daripada Tengku Aryan Syah.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Onde as histórias ganham vida. Descobre agora