Bab6

2.1K 81 13
                                    

“Abang!!!” Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz mengurut dadanya.

Tengku Aryan Syah hanya menutup kedua-dua belah telinganya dengan telapak tangan. Dia lagi terkejut! Sedang asyik buat kerja, tiba-tiba sahaja ada orang menjerit.

“Riean ni dah kenapa?!” tegur Tengku Aryan Syah.

“Abang tu yang dah kenapa? Buat kerja pepagi buta macam ni? Dah la buat kerja dekat tempat yang malap. Terkejut tahu tak?!” Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz menghampiri abang sulungnya itu.

“Abang baru bangun atau belum tidur? Agak-agaklah kalau gila kerja pun! Sekarang ni baru pukul dua pagi tahu tak?” Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz menyisip sedikit air kopi milik abangnya selepas dia melabuhkan punggungnya pada kerusi rotan yang berhadapan dengan Tengku Aryan Syah itu.

“Air abang yang Riean minum tu.” pendek sahaja ayat yang keluar daripada mulut Tengku Aryan Syah. Matanya masih ralit memandang skrin laptopnya itu.

“Abang kena siapkan juga ke kerja ni? Kenapa semalam tak siapkan?” Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz cuba mengabaikan teguran abangnya itu dengan menukarkan topik soalannya.

Tengku Aryan Syah menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan soalan pertama adik perempuannya itu. “Riean dari mana? Pagi-pagi buta baru balik?” Tengku Aryan Syah menghentikan sekejap kerjanya itu atas faktor adik perempuannya itu tidak gemar apabila tidak berpandang antara mata ke mata ketika bercakap.

“Riean terlelap dekat butik tadi. Tak sangka pula, terlelap jadi tertidur. Tapi, abang janganlah risau ye? Irfan teman Riean tutup butik tadi. Nasib baiklah mamat tu tak tidur lagi.”

“Abang tahu kan Riean tak suka kalau abang bawa balik kerja-kerja pejabat ke rumah?” Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz paling pantang kalau abang-abangnya atau daddynya bawa balik kerja-kerja pejabat. Nanti, family time akan terjejas kerana masing-masing sibuk dengan menyiapkan kerja pejabat dekat rumah. Tapi, itulah! Abang Aryannya memang degil semenjak arwah kak Anis meninggalkan kami. Sudah ditegur namun masih buat perkara yang sama.

“Abang bawa kertas-kertas kerja abang ke rumah semalam sebab hari ni abang off day. Babysitter yang gantikan mak Lia tu mula kerja hari ni. Jadi, abang terpaksalah pantau kerja-kerja dia.” terang Tengku Aryan Syah.

Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz hanya membulatkan mulutnya membentuk ‘o’ tanda dia ingat sesuatu perkara. Babysitter yang digembar-gemburkan oleh abangnya, Tengku Arsyad Syah pada petang tadi. Dengarnya kontrak babysitter itu tiga bulan. Tsk..tak sangka pula kata-kata abangnya, Tengku Arsyad Syah itu benar. Dia ingatkan abangnya itu main-main.

Tapikan..setahu dialah, abangnya si Aryan ni tak kesah siapa yang jadi babysitter kepada Isya. Selama inipun abangnya akan serahkan semua hal itu kepadanya. Tak pun kepada umi. Ini, tiada ribut tiba-tiba sahaja abangnya itu nak pantau. Pelik!

“Eh, kejap! Setahu Riean, hal berkaitan Isya semua Riean atau umi yang handle. Ini kenapa tetiba je abang nak handle?”  kata Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz dengan nada yang pelik.

“Dulu lain Riean. Sekarang lain. Mak Lia kerja dengan kita pun sebelum Isya ada lagi. Sebab itu, abang percayakan mak Lia yang jaga Isya setelah umi pujuk abang untuk ambil mak Lia tu.”

“Pembetulan di situ ye abang. Mak Lia jaga Isya sebab abang terlampau sibuk dengan kerja abang tu. Tengok saja la lepas mak Lia berhenti kerja. Abang still sibuk. Tang mana entah sibuknya tu sampai kerja dekat pejabat pun dibawa ke rumah.” bebel Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz.

“Apa-apa ajelah.” kata Tengku Aryan Syah mendatar.

Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz yang berada di hadapan Tengku Aryan Syah hanya mencebikkan bibirnya sahaja. Ha! Dah start la tu dingin dia.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now