Bab41

781 43 6
                                    

Matanya yang merah itu dikesat kasar. Tangannya menggepal tumbukan. Nafas ditarik dalam-dalam.

"Ryan? Dah ready ke?" Tanya Irfan dimuka pintu.

Aryan mengangguk perlahan. "Barang yang aku suruh kau bawa tu, dah ada?" Aryan memusingkan tubuhnya.

Irfan mengangguk perlahan. "Dah."

"Jom." Ajak Aryan. Barang yang dipegang oleh Irfan itu dirampas lembut.

"Ayah?" Mata lelaki tua itu dipandang dengan penuh makna. Encik Rashdan mengangguk kecil tanda faham dengan pandangan yang diberikan oleh Aryan.

Puan Ida senyum dengan penuh bangga tatkala kelibat Aryan menuruni anak tangga. Peha anak perempuannya itu ditepuk-tepuk perlahan.

Punggung segera dilabuhkan di hadapan tok kadi. Kaki disilakan. Tangan dihulurkan kerana bersedia untuk sesi yang seterusnya.

"Tengku Aryan Syah bin Tengku Mansor Syah, aku nikahkan engkau dengan.." belum sempat tok kadi itu menyambung, tiba-tiba sahaja layar besar itu berbunyi. Keluar satu video yang dapat membongkarkan segalanya.

Puan Ida tidak keruan jadinya. Begitu juga dengan anak gadisnya. Irfan pula sudah tersenyum sinis.

"Apa semua ni? Aryan?!!" terus Amiera melulu mendapatkan Aryan.

"HENTIKAN SEMUA NI!" arah Puan Ida. Pandangannya dihalakan pula pada Puan Sri Salehah.

"Apa yang akak buat ni?" bahu Puan Sri Salehah digoncang kasar oleh Puan Ida.

Senyuman senget dihadiahkan. "Aku dah cakap Ida. Kau memang tak akan selamat. Segala perbuatan kau semua dah terbongkar. Dari Rashdan berpisah dengan Kay sampailah sekarang." sinis sahaja ayat Puan Sri Salehah.

Puan Ida menggeleng laju. Encik Rashdan pula ditujunya. "Abang, Ida tak buat semua tu. Ryan dengan kak ngah jahat! Betul Ida tak ada pun dera Orked. Sumpah!" wanita itu cuba mendapat simpati dari si suami.

"Serahkan diri awak, Ida." itu sahaja yang keluar dari bibir Encik Rashdan.

Kepala digelengkan berulang kali.

Irfan pula segera beredar dari situ kerana ingin menjawab panggilan telefonnya itu.

"Maaf! Kami dari ibu pejabat polis Shah Alam! Puan Ida dan Amiera sila ikut saya ke balai." datang tiga orang pegawai polis ke dalam masjid tersebut.

Puan Ida serta anaknya ditahan dan digari.

"Abang! Tolong lepaskan saya! Encik!!! saya tak bersalah. Iera! cakap sesuatu!" meronta-ronta Puan Ida agar dia dilepaskan.

Ketawa mengilai dikeluarkan oleh Amiera yang berada di sisi ibunya itu. "Kau nak tahu Aryan? Kalau aku tak bahagia, Orked pun tak boleh bahagia!" jerit gadis itu.

"Kau..!!" belum sempat Aryan ingin menyambung ayatnya itu, Irfan terus datang melulu dengan wajah yang cemas.

"Ryan! Ryan! Aku rasa kita kena pergi hospital! Orked dekat red zone sekarang ni! Doktor kata ada seseorang suntik racun dekat paket darah dia." Irfan memberitahu Aryan. Nafas diambil. Semput dia berlari tadi.

"HAHAHA! Aku dah cakap tadi! Kalau aku tak dapat apa yang aku nak, Orked pun sama!" terus mengilai Amiera tatkala mendengar ayat yang meluncur keluar dari bibir Irfan.

Pandangan tajam diberikan pada Amiera yang berada di depannya itu. Terus dicekup leher baju wanita itu dengan kuat. "Kau! Kalau apa-apa terjadi dekat isteri aku, jangan teragak-agak untuk aku bunuh kau!"

Makin kuat hilaian ketawannya itu.

"Ya ALLAH! Ryan!" Puan Sri Salehah cuba menenangkan Aryan dengan mendekati tubuh lelaki itu. Kemudian, tangan Aryan yang mencengkam leher baju Amiera itu cuba dia lepaskan.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now