Bab13

3.6K 127 9
                                    

Orked Imani melangkah longlai memasuki rumah agam yang gah itu. Tiba-tiba pula mood dia hilang begitu sahaja.

Sampainya hati mak ngah kerana tidak memberitahu dirinya untuk menjenguk Kak Luna di United Kingdom. Lepastu, mak ngah angkut sekali Mbak Syanti. Tak adil! Sebagai seorang anak saudara yang bertauliah dan disayangi, dia iaitu Orked Imani seharusnya mengikuti! Bukan ditinggalkan!

Orked menapakkan kakinya ke dapur untuk mengambil segelas air.

“Orked? Bukan tadi kata nak keluar ke?” tegur seseorang yang baru sahaja keluar dari pintu lif.

Pelik la pula. Tadi, bukan main senyum sampai ke telinga kata nak keluar. Tup-tup balik, Orked Imani bawakan muka yang masam mencuka kepadanya.

“Tak jadi. Cancel.” lemah sahaja suara Orked Imani ketika itu. Dia meneguk air masak sejuk dari mesin COWAY yang ada di dalam rumah tersebut.

Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz hanya melihat tingkah laku Orked Imani ketika ini. Moody betul Orked ni.

“Jom pergi tengok wayang ? Lepastu kita pergi makan laksa. Nak tak?” Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz bersuara memberikan pendapatan tatkala dari tadi dia sibuk memerhati tingkah laku Orked Imani beberapa minit yang lepas.

Orked Imani memandang Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz dengan mata yang bersinar-sinar.

Apa? Ma--makan laksa?

“Eh? Bukan Riean pergi butik ke hari ni?” Orked Imani sengaja menutupi rasa ingin mahu memakan laksa dengan menanyakan soalan tersebut. Kalau dia menonjol sangat yang dia inginkan, habis la dia dapat malu.

“Tak jadi. Umi yang pergi hari ni. Sebab ada design baru yang telah disiapkan oleh salah satu pereka fesyen umi hari ni. Lagipun mental Riean hari ni tak berapa okayh sangat. Tu yang Riean suruh umi ke butik untuk gantikan Riean.” jawab Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz. Dia kemudiannya membuka pintu peti ais untuk melihat kudapan apa yang sesuai untuk di makan pada pagi yang tak berapa pagi ini.

“Orked nak tak? Kalau Orked nak, Riean pergi siap-siap sekarang ni.” Tengku Siti Nur Arieana mengunyah sebiji buah oren selepas dia berjaya menggeledah peti sejuk.

“Tak apa ke? Nanti encik Ryan kata saya ni makan gaji buta pula.” kata Orked Imani dengan nada yang sedikit takut. Manalah tahu kan. Pakcik tu kan kadangkala tidak boleh dipercayai sangat.

“Ala. Tak payah fikirkan abang Ryan tu. Dia pun tak pernah fikirkan kita yang duduk dalam rumah ni. Sekejap ye, Riean pergi tukar baju jap.” Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz cepat-cepat sahaja menekan butang lif yang berhampiran dengan dapur rumah itu.

Sebaik sahaja Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz hilang dari pandangan matanya, Orked Imani terus sahaja menghantar pesanan kepada seseorang sekarang ini. Lepas sahaja dia menghantar pesanan tersebut, lantas dia menunggu Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz untuk bersiap-siap di pintu pagar hadapan.

Arghhh!! Tak shabarnya nak makan laksa!

Tengku Aryan Syah baru sahaja selesai dari menghadiri mesyuarat bersama-sama dengan ahli lembaga pengarah yang lain atas faktor projek besar-besaran yang bakal dia lakukan selepas ini. Di mana, projek tersebut memerlukan tenaga kerja buruh yang ramai serta ianya memerlukan persetujuan dengan ahli-ahli lembaga pengarah.

Tengku Aryan Syah lantas sahaja keluar meninggalkan bilik mesyuarat tersebut setelah ucapan salam peninggalan baru sahaja diucap oleh sipembentangnya. Sedang dia ingin mengatur langkahnya untuk meninggalkan bilik mesyuarat tersebut, tiba-tiba sahaja telefon pintar yang berada di tangannya itu berbunyi menandakan mesej dari aplikasi whatsapp masuk.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now