Bab 16

3.5K 111 3
                                    

"Akak. Tolonglah kali ini je, Dan janji tak akan buat benda yang sama." rayu seseorang dihujung talian.

"Akak tak percayakan kau lagi Dan. Dah banyak kali akak bagi kau peluang. Benda senang je untuk kau berubah Dan." kata Puan Sri Salehah.

"Akak tahukan Dan buat tu bersebab. Dia pun dah jadi isteri Dan sekian tahun yang lama kak. Dari Orked habis SPM lagi kak."

"Itu memang silap kau Dan. Akak dah kata jangan. Eh, kau buat juga. Kau tengok la sekarang ni apa yang dah jadi. Tapi, kau memang dah melampau. Sanggup kau naik tangan dekat Orked tu ye."

"Akak tahukan Dan buat tu sebab
apa?"

"Ye akak tahu. Akak tahu. Akak dah lali sangat dengan ayat kau yang satu itu. Kau pun lambat sangat bertindaknya. Hasilnya tak dapat-dapat juga."

"Benda tu ambil masa sikit kak. Takkan la buat kerja terus dapat."

"Hmm, itu ajelah yang kau selalu cakap dengan akak. Ingat Dan. Jangan sampai satu masa nanti kau akan kehilangan Orked macam mana kau kehilangan Kay sewaktu ketika dahulu. Ingat tu Dan. Kau nak benda yang kau paling benci itu berulang lagi ke disebabkan perangai bodoh kau tu, Dan?"

Puan Sri Salehah seperti mendengar seseorang mengeluh dengan lemah di hujung talian itu.

"Macam mana Dan nak jawab kalau dia tanya nanti?"

"Pandai-pandai la kau macam mana nak handle untuk menjawabnya. Dah buat salah dengan Orked kan. Akak tak kira! Secepat yang mungkin akak nak tengok kerja kau tu berhasil. Kalau tak, jangan sampai dengan kau sekali akak buatkan kau hilang kerja Dan. Cukuplah akak turunkan pangkat kau saja."

"Hmm. Okayh kak."

"Ingat Dan. Akak nak tengok hasil kerja kau. Jangan dok okayh saja. Lepas akak balik je Malaysia, akak tahu semuanya dah beres." kata-kata Puan Sri Salehah sebelum dia mematikan ganggangan telefon.

"Macam mana Puan? Nak saya potongkan semua elaun di akaun adik puan seperti yang diarahkan ke?" tanya seseorang sebaik sahaja Puan Sri Salehah menamatkan perbualan telefon dengan Rashdan.

Puan Sri Salehah hanya menggelengkan kepalanya sahaja. "Tak perlu. Saya nak tengok sejauh mana adik saya tu dengan kerja dia. Saya tak nak hanya janji dan kata-kata manis sahaja yang dia laburkan pada saya tapi, kerja tak berhasil
juga."

"Baik Puan. Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu ye."

"Eh, Am! Tunggu dulu."

Secretary Puan Sri Salehah yang dipanggil 'Am' itu menoleh kembali saat majikannya memanggil namanya.

"Ye Puan?"

"Hantarkan orang-orang saya yang ada di Malaysia supaya pantau keadaan Orked sekarang ini."

Am hanya menganggukkan kepalanya. "Ada apa-apa lagi ke Puan?" tanya Am yang sedang mencatit sesuatu di iPad mini itu.

"Tak ada. Awak boleh keluar sekarang."

"Baik puan."

Puan Sri Salehah menyandarkan kepalanya di kerusi kerjanya itu.

Orked, sabar ye. Sedikit masa lagi Orked akan bahagia macam dulu.

Kay, akak janji yang akak tak akan gagal untuk kali yang kedua.

Encik Rashdan mengeluh lemah. Payah sungguh dia meminta belas kasihan dari kakaknya itu. Dibudi bicara pun payah.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now