Bab2

2.8K 78 2
                                    

Puan Ida menjenguk-jenguk kepalanya sedikit pada muka pintu utama rumah kayu usang itu. Dia sudah mengigit bibirnya akibat ketakutan.

Bagaimana ka--kalau kakak iparnya itu akan dapat tahu bahawa sekarang ini dia sedang mendera Orked Imani dengan menyuruh anak tirinya itu membasuh reban arnab yang baru dibelinya itu? Lantas Puan Ida memanggil nama Orked Imani dengan kuat sekali sebelum kereta mewah itu sudah betul-betul berada di halaman rumahnya itu.

"Iy--iye ibu?" tanya Orked Imani dengan kekalutan melanda dalam dirinya sambil tangannya memegang sabun pencuci.

"Aku tahu sekarang ni kau bersihkan diri kau. Mak ngah kau dah sampai. Sekarang!" Puan Ida mengarahkan Orked Imani untuk berdandan sebelum wanita yang bergelar kakak iparnya itu akan marah padanya kerana mendera anak tirinya itu.

"Apa pasal kau ni kalut semacam ha Ida?" tegur Puan Sri Salehah secara tiba-tiba tanpa memberikan salam kepada Puan Ida. Huh, si Ida ni mana boleh beri muka sangat nanti ada saja la cerita yang dia akan jajakan kepada orang kampung ni.

"Err.. Tak ada la kak. Akak baru sampai ke?" tanya Puan Ida sambil menghulurkan tangan untuk menyalami tangan kakak iparnya itu. Namun, huluran salam tersebut tidak disambut oleh Puan Sri Salehah malahan dia mendapat jelingan maut oleh kakak iparnya itu.

"Mana Orked?" beku sahaja suara Puan Sri Salehah semasa menanyakan keberadaan anak saudaranya itu di mana.

"Tengah kemas-kemas baju barangkali?" agak Puan Ida dengan senyuman kambingnya itu.

"Kau pasti? Atau mungkin engkau sedang mendera dia. Engkau ini mana boleh percaya sangat." Tebak Puan Sri Salehah dengan senyuman sinisnya itu. Bukannya boleh percaya sangat adik ipar yang tak diiktiraf ni.

"Ni aku nak warning kau. Rumah ni bukannya kau punya ye, jadi kau tak ada hak atas rumah ni. Kalau aku dapat tahu kau buat hal dalam rumah ni, siap kau!" pesan Puan Sri Salehah yang ke seribu kali barangkali. Iye la, si Ida ini bukannya boleh beri muka sangat kerana mulut adik iparnya agak celupar sedikit. Menjaja cerita tak betul dekat orang kampung.

"Eh, Orked..Ingatkan Orked tak mahu keluar jumpa mak ngah." terus berubah 360 darjah nada suara Puan Sri Salehah tatkala terlihat kelibat Orked yang keluar dari kamar tidur anak saudaranya itu. Dia dengan si Ida itu aje meninggikan suara, kalau dengan anak saudaranya itu memang dia tidak pernah menengking mahupun meninggikan suara.

"Tak ada la mak ngah. Orked tengah siap-siap tadi. Iyelah, mak ngah kan datang hendak menjemput Orked. Takkan la Orked tidak bersiap-siap." Orked menyalami tangan ibu saudaranya itu. Dia terpaksa berbohong atas faktor tidak ingin menambahkan lagi kebencian mak ngahnya itu kepada ibu tirinya.

"Are sure about that, Orked Imani? Ke Orked hendak sembunyikan sesuatu daripada mak ngah?" Puan Sri Salehah agak pelik dengan pernyataan yang baru sahaja keluar daripada mulut anak saudaranya itu. Tak mungkinlah.

"Eh! Mak ngah jom lah, nanti lambat pula mak ngah hendak ke office
balik." Orked Imani cuba menukarkan topik ke arah lain agar dia tidak terlepas cakap ayat yang lain.

Puan Sri Salehah hanya tersenyum sahaja mendengar ayat yang baru sahaja keluar daripada mulut Orked Imani. Nampak benar anak saudaranya itu sedang sembunyikan sesuatu. Tak apalah Ked, tutuplah kesalahan ibu tiri mu, namun mak ngah masih lagi boleh mengesan kebohongan tutur kata mu dari air muka mu.

"Ha kau Ida! Ingat aku pesan apa. Kau jangan macam-macam pula. Kalau aku dapat tahu kau buat hal, siap aku hantar semua bodyguard aku ke rumah ni." Pesan Puan Sri Salehah sebelum dia menapak keluar.

Puan Ida hanya menjelingkan matanya ke atas seusai sahaja kakak iparnya pergi meninggalkan rumah tersebut. Ada hati nak hantar bodyguard. Kau ingat aku takut dengan bodyguard kau hah Leha?

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now