BAB 46

577 21 6
                                    

Badan Orked diselimutnya. Setelah dia membersihkan si isteri dan menyuap Orked makan malam, terus sahaja Aryan menyuruh si isteri berehat. Tak mahulah kesihatan isterinya terjejas lagi.

Kaki ditapak ke arah meja kerjanya. Mujur sahaja sang anak mudah dijaga. Serta nasib baik umi membantu dirinya dalam urusan menjaga anak perempuannya itu. Jika tiada bantuan daripada uminya, Tengku Salmah, tak tahu lah apa nasib hidupnya.

Punggung dihenyakkan pada kerusi kerjanya. Ipad mini miliknya dibuka. Aplikasi SKYPE dibuka di dalam Ipad tersebut. Dia perlu menghubungi seseorang.

Nama yang ingin dia hubungi itu ditekan. Tengku Aryan menunggu orang yang dihubunginya itu. Beberapa saat kemudian, panggilan tersebut terhubung.

Sebaik sahaja dia melihat wajah orang tersebut, mata dikecilkan. Wajah geram dan ketat dipaparkan.

"Woah woah woah!! Kau ni dah kenapa?" sapa seseorang di layar sebelah sana.

"Engkau!!" turun naik nafas Aryan ketika itu. Nada suaranya cuba ditahan dan diperlahankan agar isteri tercintanya itu tidak terjaga.

"Ni semua sebab kau tahu tak?!! Kalau bukan sebab kau mungkin Riean dah berbaik dengan aku!!" adu Aryan tidak puas hati.

"Eh?! Salah aku? Hello! Apasal pula salah aku? Kau la! Kalau kau tak ikut rancangan bodoh mak ngah nya Orked tak ada nya Riean marah dekat kau. Banyak cantik muka kau nak tuduh aku!" Tengku Arsyad cuba membela dirinya.

Banyak cantik muka dia nak salahkan aku. Aku tak ada buat masalah kot. Eh?

Pandangan tajam diberikan pada Arsyad. Eh, eh! Mamat ni! Ada kang kena kaki kang! Nasib kau jauh! Kalau depan mata, memang aku tempahkan siap-siap batu nissan kang!

"Pergi mati la kau!" Ucap Aryan sebaik sahaja dia mendengar Orked seakan-akan mengigau di dalam mimpi. Terus dia menamatkan panggilan itu sebelum Aryan menutup Ipad miliknya.

Punggung diangkat. Kaki terus menapak ke arah katil yang bersaiz KING dimana Orked telah nyenyak tidur.

Baju ditanggalkan sebelum Aryan menghempaskan tubuhnya di atas katil tersebut.

Selimut yang menyelimuti tubuh Orked diangkat. Dia memperkemaskan kedudukan tubuhnya itu sebelum Aryan merapatkan tubuh Orked dengan tubuhnya.

Ditepuk-tepuk perlahan punggung Orked. Seperti Aryan mendodoikan seorang bayi kecil. Dan akhirnya dengan dirinya sekali termasuk dalam dunia mimpi.





Silauan matahari yang terpacar itu membuatkan Orked terjaga dari tidurnya. Keningnya berkerut tatkala seperti ada bebenan di atas tubuhnya. Mata dibuka perlahan-lahan untuk melihat bebanan apa yang berat sangat.

Tersenyum kecil Orked tatkala melihat bebanan yang ada di atas tubuhnya itu adalah tangan sasa milik si suami.

Dielus lembut pipi sang suami. Handsomenya suami saya ni. Tidur pun nampak handsome!

Seperti tidurnya diganggu. Tengku Aryan terus terjaga dari tidurnya. Senyuman kecil terbentuk pada bibirnya. "Morning sayang." sapa Aryan dengan suaranya yang serak-serak basah itu.

Dahi Orked diciumnya. "Awal sayang saya bangun ni." Kata Aryan tatkala dia melihat jarum jam pada dinding biliknya itu. Pukul 10 pagi?

"Abang.. awal apa nya. Dah pukul 10 pagi dah."

"No.. Terlalu awal sayang. I need some more rest." Tubuh Orked dirapat mendekati tubuhnya. Ubun-ubun Orked dikucup perlahan sebelum matanya kembali pejam.

Tergendala niatnya yang ingin menyambung semula tidurnya tatkala Aryan sedari Orked menolak-nolak tubuhnya. "Sayang.. kenapa ni hermm? Bagi la abang masa lagi untuk tidur." rengek Aryan.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now