Bab34

2.5K 99 7
                                    

Wajahnya disebamkan di atas meja jati yang terletak di ruang tamunya itu. Orked mengerling jam di dinding. Sepuluh minit lagi. Sepuluh minit lagi suaminya akan tiba di rumah seperti ibu mertuanya maklumkan subuh tadi sewaktu dia menghubungi wanita itu. Sempat juga Orked dimarahi oleh Puan Sri Salehah atas faktor sikapnya yang tidak memaklumkan tentang kehamilannya pada si suami.

Mairah pula subuh-subuh lagi sudah mengangkat kaki beredar meninggalkan rumahnya itu. Jadi, tinggallah dia seorang di rumah.

Kuku jari digigit oleh Orked semasa dia menunggu kepulangan Aryan ke rumah. Rasa macam mahu berjumpa dengan guru disiplin di sekolah pun ye takutnya. Matanya dari tadi melihat jarum jam yang dari tadi bergerak setiap saat.

Wajah Orked dengan secara drastiknya terangkat saat dia mendengar pintu rumah dibuka. Lantas, Orked mengangkat punggungnya dari bersila, sebelum dia cepat-cepat menapakkan kakinya ke muka pintu.

Bismillah di baca semasa dia menunggu Aryan memasuki rumah. Kakinya dinguis-nguis di atas lantai semasa menunggu kemasukkan sang suami. Kepalanya ditundukkan ke lantai.

Orked mengangkat perlahan kepalanya saat dia mendengar Aryan memberi salam ketika memasuki rumah. Senyuman manis diukirkan.

"Ab—" terhenti panggilan tersebut saat Aryan membawa seseorang ke dalam rumah. Senyuman dia juga mati.

Aryan mengukirkan senyuman manis saat melihat wajah isterinya saat dia membuka pintu rumah. "Assalamualaikum.."

Niat untuk memberitahu kehamilannya itu terbantut tatkala Orked melihat sosok tubuh yang dia cukup kenali.

"Hai Orked." sapa seseorang yang muncul dari belakang tubuh Aryan.

"Maaflah Yang. I nak bagitau you tadi. Tapi, I call you tak dapat pula." kata Aryan sambil dia mendekati Orked. Dahi Orked diciumnya dengan lembut.

Orked seperti terkejut dengan kehadiran tetamu tak diundangnya itu. Ke—kenapa mesti dia?

"Tadi semasa perjalanan pulang, I nampak kereta dia stuck dekat tepi highway. Then, I tolonglah mereka. Tak sangka pula I yang dia ni ibu you." Aryan memberikan penerangan.

Orked berdehem kecil untuk menghilangkan rasa ketidak selesaanya dengan kehadiran tetamu tersebut. Dia meraih tangan suaminya untuk disalami.

"Or..Saya ada masakkan makanan kegemaran abang. Jom?"

"Err—ibu. Jemputlah masuk." ajak Orked dengan nada yang tidak selesa.

Senyuman diukirkan oleh dua orang tetamu tersebut. Namun, Orked dapat melihat senyuman yang diukirkan itu tidak ikhlas dan hanya terpaksa.

"Ah! Orked! Rindunya ibu dekat kamu." Puan Ida mendekati Orked. Tubuh Orked dipeluknya dia. Belakang tubuh Orked ditepuk-tepuk perlahan dengan kelembutan. Namun, seperti tepukkan yang dipaksa-paksa.

Pelukkan tersebut tidak dibalas oleh Orked. "Jom abang? Kita makan. Nanti sejuk pula lauk tu nanti." ajak Orked sebaik sahaja pelukkan tersebut dilepaskan oleh Puan Ida.

Tangannya Aryan diraih oleh Orked untuk membawa suaminya itu dimeja makan.

"Ibu, Iera. Jom? Buatlah macam rumah sendiri." ajak Aryan. Pinggang Orked dirangkulnya ketika ingin kemeja makan.

Puan Ida yang berada di belakang hanya menyiku-menyiku Iera yang berada di sebelahnya itu. "Ingat rancangan kita tu. Kau lakukan tugas kau." kata Puan Ida separuh berbisik.

"Ish! Tahu la." jawab Iera sebelum mereka berdua mengikut langkahnya Aryan dan Orked ke meja makan.

Kerusi di meja makan ditarik. Masing-masing menghenyakkan punggung mereka. Orked mengambil pinggan. Nasi dicedokkan lalu dihulurkan kepada Puan Ida dan juga Iera. Begitu juga Aryan.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now