Bab33

3.1K 100 16
                                    

"Nanti kalau ada masa lagi, datang la rumah mak ngah. Rumah mak ngah sentiasa terbuka untuk Dani. Ajak mummy sekali. Pasal Orked tu, Dani jangan risau. Mak ngah selalu memantau dia. Apa yang penting sekarang ni, Dani jaga kesihatan Dani je. Sihatkan sepenuhnya tubuh Dani tu. Nanti sedih Orked kalau dia dapat tahu adik lelakinya tak sihat." pesan Puan Sri Salehah ketika menghantar kepulangan Haq dan juga Irfan di muka pintu. Dia memeluk erat tubuh anak saudara lelakinya itu.

"Irfan pula jangan segan-segan datang ke rumah aunty ye." sambung Puan Sri Salehah sambil memandang serta menyimpulkan senyuman manis kepada Irfan.

"Baik mak ngah."

"Baik aunty."

"Kami pergi dulu ye mak ngah." pamit Haq. Dia menyalami tangan mak ngahnya itu. Begitu juga dengan Irfan.

"Hmm yelah. Hati-hati memandu." Puan Sri Salehah menepuk-nepuk perlahan tubuh Haq dan Irfan ketika mengungkapkan ayat tersebut.

"Terima kasih aunty. Masakkan aunty tadi memang sedap." sempat Irfan memuji masakkan Puan Sri Salehah.

Puan Sri Salehah tertawa kecil. "Datanglah sini selalu. Nanti aunty masakkan untuk Irfan. Irfan cakap je nak makan apa."

"Haha..Okayh aunty. Itu tak perlu aunty suruh. Saya sendiri yang akan datang. Hehe..Okayh la aunty. Kami jalan dulu. Assalamualaikum." Irfan dan juga Haq telah meloloskan diri mereka ke dalam perut kereta. Irfan membunyikan hon keretanya itu, sebelum pacuan empat rodanya itu meninggalkan kawasan perumahan milik puan sri Salehah.

Dah besar anak kau, Kay. Apa khabar kau agaknya ye? Maaflah akak gagal pertahankan kau dulu. Tapi, jangan risau. Suatu hari nanti, pastinya akan terungkai.

Irfan menyenggol lengannya Haq.

"Apa kau ni?" tanya Haq tidak puas hati sebaik sahaja keamanan untuk melambai mak ngahnya itu terganggu dek lengannya disenggol oleh Irfan.

"Gila peramah mak ngah kau. Aku ingatkan usahawan macam mak ngah kau, orangnya akan sombong-sombong belaka. Tak sangka pula dia seperamah ni." kata Irfan jujur. Matanya memandang ke arah jalan. Dia ingin fokus dalam pemanduan. Handbreak diturunkan lalu pacuan empat roda miliknya selamat berjalan meninggalkan kediaman Puan Sri Salehah.

"Well..Like nephew, like aunty." jawab Haq dengan bangga sekali.

Irfan mencemikkan bibirnya. "Podah la kau. Menyampah aku."

"Weh Fan." panggil Haq sambil matanya memandang ke hadapan.

"Ermm.." jawab Irfan yang fokus dalam pemanduan.

"Kedatangan kita ke rumah ayah aku dan juga mak ngah aku, tolong rahsiakan semua ni daripada mummy ye. Boleh?"

Irfan mengerutkan dahinya. Dia memandang sekilas Haq yang berada di sebelahnya sebelum dia kembali memandang ke hadapan. "Kenapa pula? Ibu berhak tahu." Irfan tidak gemar dengan ayat yang Haq ungkapkan sebentar tadi. Apasal pula ibu tak boleh tahu?

Haq mengeluh perlahan. "Aku tak nak dia risau. Aku tak nak dia jatuh sakit macam tempoh hari. Aku nak, dia jumpa kakak aku dalam keadaan dua-dua pihak yang sihat. Sekarang ni pun aku tak tahu keadaan akak aku tu okayh ke tak. Sihat ke tak dia tu." Haq mengendurkan suaranya saat ayat terakhir yang dia ungkapkan itu.

"Tolong ye?" rayu Haq.

Irfan termenung seketika. "Nantilah aku fikir-fikirkan."




Linda termenung jauh memikirkan keadaan Orked yang sekarang ini tidak mahu makan. Pagi tadi pun dia mendapat mesej daripada Humairah melalui aplikasi whatsapp yang menyatakan Orked tidak pun menjamah sebarang makanan.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now