Bab7

4K 135 5
                                    

“MAAAKKKKK!!!!”

Pap! Orked Imani lantas menampar dahi lelaki yang berada di hadapannya itu mengakibatkan tubuh lelaki tersebut terdorong ke belakang sedikit.

Ternganga mulut Orked Imani ketika itu. Opss! Dia tidak sengaja memukul orang.

“Err..encik..” Orked Imani serba salah. Confirm tak lama!

“You ni! Tangan besi ke apa ni?!” jejaka tersebut menggosok-gosok dahinya itu. Sudah la pukul 2 pagi tadi adiknya yang buat, kini giliran wanita yang berada di hadapannya itu pula. Malang sungguh nasibnya pada hari ni.

“Maaf. Saya tak sengaja.” Orked Imani menundukkan sedikit kepalanya tanda minta maaf. Memang dia tak sengaja pun. Lelaki tu yang jerit macam baru lepas nampak hantu. Menggerunkan sangatkah wajah dia yang serba cantik ini? Mungkin ye, kerana ada bekas jahitan yang masih belum pulih pada bibirnya ini.

“Encik? Helluuu?!!” Orked Imani memetikkan jarinya di hadapan lelaki itu. Termenung pula mamat ni!

“Ye--yes?” lelaki tersebut tergagap-gagap. Dia tak mimpi kan sekarang ini? Lelaki tersebut menampar-nampar kedua-dua belah pipinya itu.

“Encik!!” panggil Orked Imani sekali lagi. Buang tabiatkah lelaki ini? Sah kena jumpa pakar sakit jiwa!

“I--iye?”

“Encik dah kenapa? Nampak macam baru jumpa dengan hantu sahaja encik ni. Sudah la buruk muka tu.” jujur Orked Imani.

“Hey! Suka hati je nak kata saya buruk! Memang saya baru nampak hantu sekarang ni. Kak Anis!!”

“Jadah dia kak Anis.” omel Orked Imani perlahan. Namun, masih dapat didengari oleh jejaka yang berada di hadapannya itu.

“Nama saya Tengku Arsyad Syah.” lelaki tersebut memperkenalkan dirinya.

“Tak tanya pun.” omel Orked Imani lagi.

“Saja nak kenalkan diri walaupun awak tak tanya. Tapi, ni bukan kak Anis kan?” tanya lelaki yang bernama Tengku Arsyad Syah kepada Orked Imani.

“Orked Imani. Tang bila pula nama saya bertukar kepada Anis. Ouhh ye, boleh saya dapat tahu dimana bilik Isya terletak? Dah la pakcik dingin dekat bawah tak reti nak tunjukkan arah.” bebel Orked Imani.

Tergelak kecil Tengku Arsyad Syah mendengar Orked Imani menggelarkan abangnya itu. Pakcik Dingin? Kelakar je la.

“Meh sini saya tunjukkan arahnya. No wonder la abang saya buat perjanjian bodoh tu dekat awak ye?” Tengku Arsyad Syah memulakan perbualan saat mereka sama-sama berjalan menuju ke bilik Tengku Irsya.

“Kenapa encik cakap macam tu la? Kelakar ke?”

“Ish tak payah la nak berencik bagai. Nampak dah tua pula. Panggil Syad je. Tak ada la. Sebab muka awak tu macam arwah kak Anis. Memang sebiji macam kak Anis.” memang tak dinafikan wanita yang berada di sebelahnya ini mempunyai wajah seperti kak Anis. Walaupun cuma calar sedikit wajah wanita tersebut pada bibir wanita tersebut.

“Nampak sama ke? Sebab saya ada dengar dari pekerja bahagian lobi kata muka saya ada iras wanita tersebut.”

“Sama. Betul-betul sama. Mata, wajah, semuanya sama. Cuma yang tak samanya adalah awak pakai tudung. Kak Anis tidak.” tenang sahaja wajah Tengku Arsyad Syah ketika itu. Walaupun, dia perasan Orked Imani sedang memandangnya dengan wajah yang sukar untuk ditafsirkan.

“Mana Isya? Kosong je bilik dia.” tanya Orked Imani saat mereka tiba di bilik Tengku Irsya.

“Dia dekat tadika. Pukul dua petang baru dia balik.” Tengku Arsyad Syah menolak habis pintu bilik anak saudaranya itu.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now