Bab48

544 23 0
                                    

Incheon International Airport 

Airwheel electri luggage SE3S 26L dipandu oleh Aryan sekeluarga sebaik sahaja mereka tiba di lapangan terbang.

"ABANG KESAYANGAN KU!!!!" terus berhenti bergerak luggage electronic yang dibawa oleh Aryan tatkala mendengar suara yang dia memang kenali. Suara gorgon sesat.

Mata sempat dijulingkan keatas sebelum dirinya turun dari luggage electronic tersebut. Diikuti juga dengan Orked dan juga Irsya.

Senyuman terbit pada bibir Orked. Hyper semacam ajelah adik iparnya ini. Tertelan ubat gegat banyak sangat ke ni?

Eh??

Terus Orked menyembunyikan dirinya pada belakang tubuh Aryan tatkala dia hampir dipeluk oleh Arsyad.

"Bini aku tu bro." Mata dipincingkan ke arah adiknya. Nasib sempat dihalang. Suka-suka je nak peluk bini aku ye? Dah lama sangat hidup ke ni? Nasib sempat halang si gorgon ni.

Arsyad mengurut belakang lehernya. Senyuman yang menampakkan sebaris gigi itu dia
pamerkan. Malu pula. Maklumlah kita ni excited!

"Sorry.. Aku excited sangat hehehe.."

"Eh Irsya! Lama betul uncle Syad tak jumpa Isya!" terus matanya dikalihkan memandang Irsya yang berada di belakang tubuh Orked. Terus dia menerpa anak perempuan abangnya itu.

Tergeleng-geleng kepala Orked. Makan apa ni! Hyper sangat!

"Uncle ni oraite tak oraite?"

"Eh oraite la! Irsya apa khabar? Rindu uncle tak? Eeeee dah tembam dah pipi baby uncle ni!" Dicubit-cubit pipi anak abangnya itu. Kenapa comel sangat ni!!! Geram uncle la!

"Uncle janganlah cubit pipi Irsya! Habis merah!" Muncung ditarik sedepa pabila pipi gebunya menjadi sasaran uncle Arsyad nya itu. Sakit tahu tak! Cuba kita cubit pipi uncle apa rasa?

"Macam mana kau tahu aku nak ke sini?" Soalan yang keluar dari bibir Aryan itu membuatkan Arsyad berhenti dari mencubit pipi anak saudaranya itu, Irsya. Badan segera dipusingkan.

"Tu bini kau. Dia yang call aku." Mulut dimuncungkan menghala pada Orked yang berada di belakang tubuh Aryan.

"Sayang?" terus kepala ditoleh kebelakang. Menginginkan kepastian.

Kepala dijengulkan dari tempat persembunyian. Sengihan tidak bersalah terlakar pada bibir Orked. "Saya nak suasana meriah je abang. Sebab tulah Orked bagitau Arsyad.. hehehe."

Keluhan kecil dilepaskan. "Sayang.. kita tak perlukan malaun ni untuk adakan suasana yang meriah tu. Kita bertiga pun dah cukup meriah." terus dicuit dagu si isteri.

"Tapi nanti saya tak ada teman membawang la abang. Isya pula tak ada teman nak bermain. Kan Isya kan?" terus mata dikalihkan pada si anak.

Terus laju Isya menganggukkan kepalanya. Kita kena menyebelahi mama! Harus! "Betul papa betul." laju aje dia mengiyakan kata-kata si mama.

"See??? Nampak tak yang bini dan anak kau memerlukan aku. Kau apa tahu!" Dengan gah nya dia bercakap. Senyuman bangga dia pamerkan.

Terus dijelingnya Arsyad yang berada di sebelahnya itu. Budak ni ada juga kang makan kaki aku!

"Eh dah la! Jom! Kereta aku depan tu je. Aku bawak kau ke rumah aku. Boleh la kau rehat-rehat dulu." Pelawa Arsyad.

"Tak payah. Aku dah booked hotel dah. Tak payah susah-susah." Ditolaknya pelawaan yang diberikan Arsyad padanya.

"Orked dah suruh Riean cancelkan. Hehehe.."
celah Orked. Sengihan tidak bersalah ditayangkan pada si suami.

"SAYANG!!!"












 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon