Bab26

2.9K 107 7
                                    

Aryan menutup perlahan pintu utama rumah agam Tengku Mansor Syah. Dia cepat-cepat menanggalkan kasutnya untuk melihat keadaan Cik Bunganya. Aryan begitu risau sekali kerana tadi siang, dia menelefon Cik Bunga, namun panggilannya tidak diangkat oleh wanita itu.

"Berapa kali Riean nak pesan dekat abang. Jangan layan perempuan gila tu." kata Nur Arieana yang tiba-tiba sahaja muncul dari kegelapan sambil memeluk tubuh. Muka yang dipamerkan oleh wanita itu cukup dingin sekali.

Aryan memusingkan tubuhnya sambil wajahnya ditundukkan.

"Dia minta bantuan abang, Riean. Jadi, abang sebagai rakan Amber, perlulah tolong dia." perlahan sahaja suara Aryan ketika itu. Tidak berani dia memandang wajah adik perempuannya, selepas sahaja wanita itu sedang berduka akibat kepergian Arsyad yang tiba-tiba itu.

"Huh." Nur Arieana membuat muka menyampahnya itu.

"Patutnya kak Orked yang perlukan bantuan abang! Bukannya perempuan gila tu! Abang tahukan yang kak Orked kemalangan? Tapi, abang? As suami tak tengok dia pun! Apa abang ni!" marah Nur Arieana.

"Kalau abang tak cintakan dia, kenapa abang kahwin dengan kak Orked? Puas ke seksa dia hah? Riean tanya ni! Puas ke?!" sambung Nur Arieana lagi.

"Baru berapa minggu kahwin, dah buat hal. Penat lah Riean layan kerenah abang! Cukuplah abang dah bersikap dingin dengan semua orang." Nur Arieana mengambil nafas. Marahnya memang tidak boleh ditahan lagi.

"Baik abang lepaskan ajelah kak Orked tu. Dia lebih layak dapat lelaki yang lebih baik dari abang!"

"Kalau abang sayang Riean, tolong jangan berhubung pun dengan perempuan gila tu. Kalau abang berhubung juga, anggap ajelah kita ni bukan adik-beradik." kini suara Nur Arieana sedikit kendur sebelum dia meninggalkan Aryan sedikit memakan dengan amarahnya itu.

Aryan mengangkat wajahnya apabila mendengar ayat terakhir yang baru sahaja keluar dari mulut adik perempuannya itu.

Abang minta maaf Riean.

Aryan mengatur langkah longlai. Sungguh penat hari ni. Macam-macam dugaan yang menimpanya pada hari ni. Walaupun pada hari ini kerja dipejabatnya itu tidak sebanyak selalu, tapi dugaan yang menimpanya cukup mencabar.

Makin teruk hubungan dia bersama Riean. Begitu juga hubungan dia dengan Cik Bunga.

Aryan mengatur langkahnya ke lif. Kerana sekarang ini dia begitu malas untuk memanjat tangga memandangkan emosinya pada hari ini tidak begitu stabil. Apabila pintu lif terbuka, Aryan meloloskan dirinya di dalam lif tersebut. Dia menekan butang lif di mana aras biliknya di tempatkan.

Lalu, apabila pintu lif sudah selamat sampai pada aras yang dia inginkan, Aryan terus melangkah keluar. Dia cepat-cepat mengaturkan langkahnya memandangkan bilik tidurnya tidak berapa jauh dari lif.

Aryan mencari nafas sebelum dia menolak perlahan pintu bilik tidurnya. Dia mendekati Orked yang terlena dengan kaki yang berbalut.

Lelaki itu meletakkan briefcasenya pada meja yang berhampiran dengannya kemudian dia melutut di hadapan kaki Orked yang berbalut itu. Aryan menyentuh lembut balutan itu.

Kesian Cik Bunga I. I'm sorry Cik Bunga.

Aryan mencempung tubuh Orked yang terbaring di atas sofa tersebut. Dia ingin memindahkan Orked agar tidur bersebelahan dengannya. Kasihan kalau cik Bunganya itu tidur di sofa dengan keadaan Orked yang sebegini. Tudung sarung yang dipakai oleh wanita itu ditanggalkan. Kemudian, dia pula yang membersihkan diri selepas sahaja Cik Bunganya sudah selamat di atas katil empuk yang bersaiz king itu.




Orked makin menguatkan pelukkan.

Empuknya batal ni. Tapi, kenapa bantal ni panas?

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now