Bab19

3.1K 101 2
                                    

Tengku Aryan Syah termenung jauh sewaktu dia menunggu uminya di pondok belakang. Kata-kata rakan karibnya itu masih lagi terngiang-ngiang di fikirannya.

"Kalau kau dah selesa dengan dia, maknanya kau okayh la dengan dia."

"Kau tengok pun dia layan Isya tiptop kan? Ha kira jadi la tu."

"Kau nak pilih Amber ke? Huh! Dia tak layak dol."

"Takkan la kau nak hampakan hasrat umi kau kot."

"Kau jangan cakap yang kau belum move on ea."

"Dah-dah la tu. Cuba-cuba la pandang ke depan. Jangan ingat lagi Anis tu."

Dan banyak lagi nasihat serta bebelan yang diberikan oleh rakan karibnya itu.

Tengku Aryan Syah tersedar dari lamunannya itu saat Mak Nab meletakkan sedulang air di hadapannya itu.

"Termenung jauh nampak?" Mak Nab menuangkan air kopi tersebut lalu menghulurkannya pada Tengku Aryan Syah.

"Tak ada la Mak Nab." Tengku Aryan Syah menghirup air kopi panas itu.

"Ryan masih ragu-ragu lagi? Ryan..Orked tu orang baik. Mak Nab yakin dia boleh jaga Isya."

"Tak apa la. Mak Nab pergi dulu. Puan dah datang tu." pamit Mak Nab ketika dia terlihat figura Tengku Salmah yang sedang menghampiri mereka berdua.

Tengku Aryan Syah hanya mengangguk kecil.

"Ada apa Ryan nak jumpa umi?" nada Tengku Salmah seperti mahu tidak mahu saja layanannya.

"Umi masih marahkan Ryan?"

Diam. Tidak berpaling pun.

Sampai hati umi. Pandang Ryan pun tak mahu.

"Umi masih marahkan Ryan?"

Masih lagi diam. Tidak membalas pun.

Tengku Aryan Syah menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum dia memberitahu tujuannya untuk berjumpa dengan Tengku Salmah di laman belakang.

"Ryan setuju. Pinangkan Orked untuk Ryan."

Terus terpusing tubuh Tengku Salmah saat mendengar ayat yang baru sahaja meluncur keluar dari mulut anak lelakinya itu.

"Ulang balik apa yang Ryan katakan tadi?" terus bersinar mata Tengku Salmah.

"Ryan setuju. Umi tolonglah pinangkan Orked untuk Ryan."

"Ni bukan sebab umi paksa Ryan kan?"

Tengku Aryan Syah mengangguk kecil.

Tengku Salmah mengucapkan ucapan syukur.

"Okayh la. Umi nak call makcik Orked. Bye."

Belun sempat Tengku Salmah mengatur langkah pergi, tiba-tiba sahaja Tengku Aryan Syah menghalang laluan uminya itu.

"Umi kenal ke makcik Orked tu?"

"Tengok la ni siapa!? Umi kan? Dah tepi. Umi nak lalu." Tengku Salmah menolak perlahan tubuh anak lelakinya itu untuk memberikan laluan kepadanya.

Tengku Aryan Syah mengundurkan sedikit tubuhnya agar uminya itu bisa lalu. Lalu, dia mengukirkan senyuman selepas sahaja uminya menjauh pergi.

Moga dengan pilihan ini, dia mampu menggantikan nama Orked di dalam hatinya. Moga Orked adalah jodoh yang terbaik untuknya.

Eh! Sebut pasal Orked, mana pula dia pergi ye? Tak nampak pun dari tadi?

Tengku Aryan Syah bingkas mengambil dulang air tersebut, kemudian dia menapakkan kakinya untuk memasuki rumah orang tuanya itu.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt