Bab12

3.9K 117 0
                                    

"Buat apa perempuan tu datang sini?" tanya Tengku Arsyad Syah. Dia memanjat katil Tengku Aryan Syah. Tak ada-tak ada. Hari ni memang dia akan basuh sel-sel otak abangnya.

"Mana kau tahu?" Tengku Aryan Syah menutup MacBook nya itu dan meletakkannya di atas meja yang berada di tepi katilnya sebelum dia memandang wajah adik lelakinya.

"Riean la. Kalau iye pun, tak payah la buat Riean macam tu. Kau tahu kan mana yang lagi penting." kata Tengku Arsyad Syah. Dia lendingkan kepalanya itu pada bantal yang berada di atas ribaan Tengku Aryan Syah.

"Aku tak sengaja." Tengku Aryan Syah cepat-cepat menolak adik lelakinya itu. Menyibuk aje nak menempel.

Tengku Arsyad Syah sudah memuncungkan mulutnya seperti mulut itik.

Kedekut punya abang!

"Macam mana la kau boleh tertampar Riean tu ye. Kau tahu kan yang kita tak pernah pukul Riean dari kecil lagi. Even, umi and daddy pun tak ada sebat-sebat si Riean tu. Kau pula boleh pergi tampar dia pula. Ini kalau sampai ke umi or daddy, aku tak rasa kau boleh selamat la bang." Tengku Arsyad Syah menukarkan posisi tubuhnya itu kepada duduk bersila sambil memeluk bantal minionnya itu.

Tengku Arsyad Syah melihat wajah abangnya itu. Dia tahu, sebeku-beku orang yang bernama Tengku Aryan Syah pun, kalau benda yang melibatkan adik perempuan mereka hati abangnya itu akan mudah cair. Walaupun tidak secair dahulu.

"Aku hilang kewarasan masa tu." kendur sahaja suara Tengku Aryan Syah. Rasa bersalah di dalam dirinya ketika ini adalah seperti gunung Everest.

Silap dia juga kerana terus menampar adik perempuannya itu tanpa menunggu balasan dari Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz.

Tengku Arsyad Syah mencebikkan bibirnya. Tiada kewarasan konon. Ke memang abangnya itu sengaja nak bela perempuan tu?

Pelik aku.

"Habis aku nak buat apa pula." Tengku Aryan Syah membetulkan posisi kepalanya itu. Dia sandarkan kepalanya pada kepala katil.

Tengku Arsyad Syah meletakkan tanganya di dagu tanda sedang berfikir. Kemudian, Tengku Arsyad Syah memetikkan jarinya tanda dia sudah dapat jalan penyelesaiannya.

Tengku Aryan Syah menjulingkan matanya ke atas. Over sangat la adik aku ni.

"Aku rasa kau pergi aje la minta maaf dengan Riean. Easy kan?" Tengku Arsyad Syah tersenyum bangga. Haih, payah jadi orang yang terlampau bijak ni.

Tengku Aryan Syah membuat muka menyampah. Ingatkan idea yang bernas la si babun ni bagi dekat dia. Rupanya?

"Ta--tapi..."

"Tak ada tapi-tapi." Tengku Arsyad Syah dengan kasarnya dia menolak Tengku Aryan Syah sehinggakan abangnya itu terjatuh dari katil.

Amikaw!

Tengku Aryan Syah memandang tajam adik lelakinya itu. Dia bangun dari jatuhannya itu kemudian, Tengku Aryan Syah mengusap punggungnya yang sakit akibat jatuh ditolak oleh Tengku Arsyad Syah.

Tengku Arsyad Syah mengukirkan senyuman kambing kepada abangnya, Tengku Aryan Syah. Eleh, nak maroh kita pula. Ingat kita takut ke?

"Aku tak nak kau banyak bunyi. Aku nak kau pergi jumpa dia, lepastu minta maaf." arah Tengku Arsyad Syah sebelum dia membaringkan tubuhnya dengan selesa.

Tengku Aryan Syah makin memandang adiknya itu dengan pandangan yang penuh dengan amarah. Namun, Tengku Arsyad Syah hanya tidak mengendahkan pandangannya itu.

"Selagi kau tak berbaik dengan Riean, selagi tu kau jangan harap kau boleh tidur dekat bilik kau, bang." Tengku Arsyad Syah memberikan amaran kepada Tengku Aryan Syah.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now