Bab37

1.6K 80 35
                                    

Sudah hampir seminggu Orked bersikap dingin dengan Aryan. Begitu juga Aryan.

Telekung disangkut pada penyidai. Sejadah dilipat kemas. Kaki terus melangkah ke meja solek untuk mengoleskan gincu pada bibir agar tidak kelihatan pucat di depan Aryan.

Selepas sahaja bibir dioleskan dengan gincu, beg tangan yang berada di closet itu dicapai.

"Nak pergi mana?" tanya Aryan sewaktu Orked melintasinya yang berada di ruang tamu itu. Datar sahaja suara Aryan.

Orked memandang wajah Aryan sekilas sebelum dia mengorak langkah ke pintu utama rumah agamnya.

"I tanya nak ke mana?" makin keras suara Aryan. Dia membuntuti langkah Orked dengan mukanya yang ketat itu.

"Pergi rumah umi." jawab Orked dengan datar juga.

"Malam-malam macam ni?"

Diam. Orked tidak membalas.

"No." pendek dan ringkas arahan berupa tegahan yang Aryan berikan pada Orked.

Senyuman sinis diberikan. Orked memandang Aryan dengan pandangan tajam. "Encik dah lupa ke hari ni giliran Isya tidur sini? Ke encik memang buat-buat lupa? Ohh ye! Saya lupa yang encik sibuk melayan Iera berbanding anak encik sendiri. Betul tak?!"

Encik. Ye. Panggilan untuk Aryan telah dia ubahkan selepas sahaja agenda dirinya dihina oleh lelaki itu.

"Sejak bila you pandai melawan ni?!" sedikit meninggi suara Aryan ketika ini.

"Sejak seminggu lepas." kata Orked perlahan. Dia terus keluar dari rumahnya tanpa memandang wajah Aryan. Namun, sempat tangan lelaki itu disalaminya kerana dia tidak ingin dicop sebagai isteri derhaka.

Aryan menghantar pemergian Orked dengan pandangan matanya. Keluhan kecil dilepaskan.

Maafkan abang.






















Orked mengangkat wajahnya tatkala ada gelas yang mendarat di atas meja.

"Kak Orked ok?" punggung dilabukan di atas kerusi rotan yang berhadapan dengan Orked.

"Akak ok je." bohong Orked. Senyuman manis palsu terpaksa dia ukirkan.

"Lama kak Orked tak datang sini. Rasanya lebih seminggu kak Orked tak ke mari."

"Ohh..akak sibuk la." bohong Orked lagi.

Arieana mengerutkan dahinya. "Sibuk? Akak ada buat kerja part-time ke?"

Orked menggeleng perlahan.

"Dah tu? Ouhh ye! Mana abang Ryan? Biasanya kan dia datang dengan kak Orked kalau nak ambil Isya. Hari ni Riean tak nampak pun batang hidung abang Ryan."

"Err..Abang Ryan banyak kerja. Katanya ada projek baru. Tu yang akak datang seorang je." tipu sunat tak apa kan? Projek baru ke atau sesi perang dingin antara satu sama lain? Ke sibuk dok melayan keluarga tirinya itu?

Arieana berdecit. "Abang Ryan tu tak habis-habis dengan kerja lah. Dari dulu sampai sekarang. Dua puluh empat jam dengan kertas kerjanya."

"Kak Orked sihat? Riean tengok macam pucat je bibir tu. Baby kak Orked sihat?" Arieana cuba menukarkan topik perbualannya setelah Orked diam beberapa minit. Dia ingin memecahkan kesunyian diantara Orked dan dirinya.

Wajah Arieana dipandang dengan riak terkejut. "Da—dari mana Riean tahu yang akak mengandung?"

"Mana lagi kalau bukan lelaki playboy tu. Irfan. Kecoh dia beritahu Riean pasal berita ni." kata Arieana. Air yang dia bawa tadi dihirup dengan penuh berhati-hati.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now