Bab25

2.8K 91 15
                                    

Aryan mengeluh lemah. Disebabkan hal yang semalam, hari ini Cik Bunga tidak membantunya bersiap-siap untuk ke pejabat dan dia pun terlambat. Kerana alarmnya sudah merajuk dan yang paling dia membuatkan hatinya semakin rasa serba salah adalah ayatnya yang dilontarkan pada Cik Bunga pagi tadi.

"I dengar you tunggu I semalam. Betul ke?" tanya Aryan sambil membetulkan kolar baju kemejanya itu.

"Hmm..salah ke kalau saya tunggu suami saya?"

"Orked. Bukan ke I dah pesan dekat you, kita nikah sebab umi I yang paksa I. Nama arwah isteri I masih lagi tersemat dekat hati I. So, ingatlah perjanjian yang I suruh ikut tu. Jangan jadi bodoh sebab tunggu I."

“Hmm..saya tahu siapa saya encik and after this, I would like to unknown you. Thanks.”

Selepas sahaja ayat terakhir Cik Bunga itu diungkapkan oleh Orked, terus sahaja batang hidung wanita itu tidak kelihatan.

“Tengku? Are you okayh?” tanya Linda tatkala dia terlihat sejak dari tadi majikannya itu tidak memberikan sepenuh perhatian pada perbincangan mereka bersama dengan team structure.

“I'm okayh. Just teruskan aje.”kata Aryan bersama dengan keluhan beratnya.

Mairah menepuk kasar bahu rakannya.

“Kau ni dah kenapa? Macam baru kena tinggal aje. Tak bermaya aku tengok kau.” Mairah menarik kerusi yang berada di hadapan Orked. Pelik dia dengan kawannya ni la. Ajak dia keluar, tapi mulut tu macam muncung itik sahaja.

“Nampak macam aku ni kena tinggal ke Mairah?” soalan bodoh itu yang keluar dari mulut wanita yang bernama Orked Imani.

“Hmm..lebih kurang macam tu la. Asal? Tak nak cerita ke dengan aku?”

“I don't know la. Kenapa aku boleh suka mamat yang dingin macam batu tu?” Orked mengacau lemah minumannya itu.

“Ha?” tanya Mairah blurr.

“Aku cakap, kenapa ye aku bole suka mamat yang dingin macam batu tu?” Orked mengulangi ayatnya biar rakannya itu faham.

“Maksud kau..” terhenti kata-kata Mairah. Mukanya bertukar dengan wajah yang terkejut.

Mairah terlopong besar. “Mamat dingin yang kau maksudkan tu bos kacak aku tu ke?”

“Hmm..Siapa lagi kalau bukan dia.” jawab Orked malas.

“Kau jangan cakap dengan aku yang kau dah terjatuh suka dengan dia pula Orked. Mana pula kata-kata angkuh yang kau lontarkan dulu tu Orked?”

“I don't know la, Mairah. His character make me fall in love with him more and more.” keluh Orked.

Tersembur air yang diminum oleh Mairah kerana tidak tahan dengan ayat yang dilontarkan oleh rakannya. Biar betul kawan aku ni? Karakter bos aku tu bukan la macam prince charming idaman perempuan di luar sana.

“Kau demam ke ni Orked? Character dia pula yang kau suka? Aku yang hadap dia hari-hari pun rasa biasa aje. Lainlah kalau kau cakap dengan aku, kau tertarik dengan dia sebab kekacakkan wajahnya tu. Hah! Yang itu aku bolehlah terima. Tapi, character? Mustahillah!”

“Kau apa tahu.”

“Ah! Apa-apa ajelah. Ha, yang kau macam ni dah kenapa? Bukannya bahagia ke sebab kau dah jatuh suka dengan bos kacak tu ke?”

“Hmm..aku bahagia kalau dia pun turut suka dan jatuh hati dekat aku. Tapi, dia sendiri kata aku ni bodoh sebab tunggu dia.” kendur sahaja suara Orked. Nak nangis rasanya apabila mengenangkan ayat yang diutarakan oleh pakcik dingin itu pada pagi tadi. Terus hilang moodnya pada hari ini.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now