"Abang Ryan dah tahu?" gelas yang dipegang tadi diletakkan semula di atas meja. Matanya memandang Orked untuk meminta jawapan pada soalannya itu.

Kepala digeleng perlahan.

"Sah! Riean dah agak yang kak Orked dengan abang Ryan ada masalah. Biar Riean teka. Abang Ryan kan yang buat masalah sekarang ni. Betul tak?" tebak Arieana.

Orked menundukkan kepalanya memandang cawan yang berada di atas meja.

Melihat saja reaksi yang Orked berikan itu, membuatkan tekaannya itu tadi adalah benar. Abang! Apa pula kali ni yang abang dah buat? Amber lagi ke?

"Tak payah beritahu. Biar padan dengan muka abang Ryan tu. Riean nak tengok selama mana abang Ryan tak tahu tentang kehamilan kak Orked ni." kata Arieana lagi. Datar saja suaranya ketika itu membuatkan Orked mengangkat kepalanya melihat wajah dia.

"Malam ni kak Orked tidur sini ya? Nak balik pula dah malam. Bahaya. Kak Orked tidur je dekat dalam bilik akak tu. Nanti Riean suruh Mak Nab kemaskan." ajak Arieana.

"Tap—tapi.." belum sempat Orked ingin berkata, laju saja Arieana memintasinya.

"Nanti Riean cakap dengan abang Ryan ye? Ala boleh la kak Orked. Lagipun dah lama kita tak buat sesi gossip-gossip ni. Riean rindu gila dekat kak Orked."

"Boleh ye kak Orked?" muka comel dia paparkan pada Orked. Sedaya upaya dia memujuk Orked untuk bermalam di rumah uminya.

Orked akhirnya menjatuhkan kepalanya tanda dia setuju dengan ajakkan Arieana itu.

"Macam ni la Riean sayang kak Orked!" terus tubuhnya Orked itu dia dapati dan dipeluknya.

"Err..Akak masuk ke dalam dulu ye. Nak tengok Isya tengah buat apa." pamit Orked.

"Ha pergilah. Nanti jangan lupa masuk bilik Riean ye untuk kita buat sesi pembawangan kita tu." pelukkannya itu dilepaskan. Sempat dia berpesan pada Orked sebelum kakak iparnya itu menghilangkan diri ke dalam rumah.

Sebaik sahaja kelibat Orked tidak kelihatan, telefon Arieana yang tiba-tiba berdering itu diangkat olehnya.

"Hello?" Arieana menjawab telefon dengan suara yang datar. Melihat saja nama si pemanggil membuatkan dia malas mahu menjawabnya.

"Nak apa?" tanya Arieana lagi setelah tidak disahut oleh si pemanggil tersebut.

"kak Orked dah balik dah. Okayh la Riean tutup telefon dulu." tanpa menunggu si pemanggil bersuara, Arieana terus mematikan talian. Tanpa memberikan ucapan selamat tinggal mahupun respon si pemanggil.

Tengku Siti Nur Arieana Syafinaz kan? Bila menyampah, beginilah jadinya. Nak tak nak je dia melayan orang yang dia menyampah itu.

Maaflah Abang Ryan. Siapa suruh buat masalah?




























Aryan mundar-mandir di dalam bilik.

"kak Orked dah balik dah."

Dah balik? Tapi tak sampai-sampai. Mana you pergi sayang? Dah pukul dua belas tengah malam. Mana you ni sayang. Tolong jangan bagi I risau.

Bibir digigit dek risau. Dari tadi dia hanya menilik jarum jam pada tangannya itu. Dia juga tidak senang duduk.

"Abang tengah buat apa tu?" tegur seseorang dengan suara yang sengaja dilenggokkan.

Terus Aryan membetulkan kedudukannya itu. Diri yang dari tadi mundar-mandir segera duduk di atas kerusi kerjanya itu. Aryan berdehem kecil.

"Tak ada buat apa. Tengah siapkan kerja-kerja ni ha." dia sengaja mengalihkan pandangan matanya dengan memandang kertas-kerta kerja yang berselerak di atas meja.

 ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)Where stories live. Discover now