"Eh! Mulut you tu jaga sikit. Jangan cakap I yang bukan-bukan."

"I cakap betullah. Dah terang lagi bersuluh yang Zaim tak pernah sukakan you, Zura! You itu aje yang perasan lebih. If Zaim kahwin dengan you pun, belum tentu Zaim akan layan you macam mana dia layan isteri dia sekarang ini. Jadi you buanglah angan you itu nak pikat Zaim. Useless. You know what I mean?" Pesan Afiq. Rasanya dah berbuih mulut dia cakap benda yang sama.

Mata Maizurah dijulingkan ke atas. Muak dengan nasihat yang sama.

"You tak rasa apa yang I rasa Afiq..."

"Rasa sedih bila orang yang kita sayang sepenuh hati tak balas cinta kita? Macam itu?" Tipulah kalau dia juga tidak ada perasaan begitu. Dia pernah bercinta tetapi gagal. Disebabkan itu dia pergi menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat. Dan di situlah dia berjumpa dengan Zaim dan berkawan.

"Lebih kurang." Kata Maizurah sambil angkat kening kanannya. Dia tak rasa Afiq pernah terluka disebabkan 'cinta'.

"I pernah terluka sebab bekas girlfriend I kahwin dengan lelaki lain. Masa itu I dah buat segala preparation untuk majlis kami. I memang nak cadang untuk melamar dia. Tetapi tanpa sempat I nak buat macam itu, dia dah kahwin dengan orang lain. You rasa sakit tak? And now, dia nak I balik. I cakap dengan dia please move on sebab dia isteri orang tetapi dia tidak faham. Then I terpaksa berbohong dengan dia yang I sudah kahwin padahal I tak kahwin pun. Its complicated when you love for someone who aren't meant to be together." Kata Afiq. Fikirannya mengimbau tiga tahun lepas.

Maizurah terleka seketika mendengar cerita itu dan tanpa dia sedar hatinya mula memuji sikap positif dan ketabahan lelaki itu berbanding dengan dirinya. Masalah mereka serba-serbi sama. Cinta yang tiada kesampaian.

"Kalau you nak tahu dia ada datang merayu dekat I suruh I dengan dia bercinta balik. Katanya menyesal atas perbuatan dia yang lama. I rasa I akan gila kalau terima dia jadi kekasih I balik sebab dia masih isteri orang. You pun tahukan semua itu berdosa? Berdosa bercinta dengan isteri orang?" Soal Afiq. Sambil-sambil itu dia juga mahu menyedarkan khilaf Maizurah. Berdosa sekiranya menghancurkan kebahagian orang lain.

Maizurah menelan liur. Kerongkongnya terasa pahit lalu dia terbatuk-batuk. Dia tidak berani mahu menjawab soalan Afiq yang seakan menyindirnya secara halus. Dia tahu dia berdosa. Berdosa kerana cuba merampas Zaim daripada Syifa. Namun hatinya berkeras mahu menjadikan Zaim itu sebagai suaminya. Hanya dia seorang sahaja yang layak menjadi isteri kepada bekas teman baiknya. Ya, hanya dia seorang sahaja!

"I rasa sampai sini sajalah I cerita. Lagipun hari dah lewat malam. You okey lagi? Ke nak makan lagi?" Tak larat lagi mahu menemani Maizurah dengan lebih lama. Matanya sudah layu.

"I pun dah kenyang. I belum okey lagi sebenarnya. I mean... I rasa sedih lagi. " Kata Maizurah. Burger yang tinggal separuh dimasukkan elok dalam plastik merah lalu dimasukkan dalam beg.

"I cuma nak pesan sikit. You janganlah kacau Zaim dengan Syifa itu lagi. Dia orang sudah bahagia. You sebagai kawan baik Zaim, you tak suka ke tengok Zaim bahagia?" Soal Afiq tak mahu putus asa menasihati.

Baginya Maizurah seorang gadis yang cantik, muda, berpendidikan dan dia yakin masih ramai lagi yang mahu mengintai. Cuma satu saja masalahnya, sikap ego dan angkuh gadis itu mencacatkan peribadi gadis itu. Sayang sungguh sayang. Kalaulah wajah yang cantik itu juga diwarisi sekali dengan orangnya. Barulah Afiq cuba mendekati gadis itu secara dekat.

"Kalau I cakap you jangan terkejut."

Afiq diam menanti kata Maizurah.

"Zaim dah putuskan persahabatan kami gara-gara perempuan itu. Jadi mulai hari dan saat ini, Zaim bukan lagi teman baik I. Dia tidak kenal I dan I pun tak kenal dia." Luah Maizurah perlahan.

Mulut Afiq melopong.

"Huh?" Terangkat kening Afiq mendengarnya. Zaim kata begitu?

"Yup! Antara kami tiada apa-apa hubungan lagi." Maizurah menghela nafas panjang.

"But... But why?" Afiq tak faham.

"I serang makan malam dia orang. Dan malam itu juga Zaim putuskan persahabatan kami. I ingat putus cinta aje yang sakit, rupanya putus kawan lebih sakit daripada putus cinta. Maafkan I sebab I tak pernah rasa macam mana perasaan putus cinta sebab itu I cakap macam itu." Maizurah bangun dari kerusi tanpa menghiraukan muka Afiq yang terkejut. Dia mengerling jam tangan yang dipakainya. Jarum jam sudah menghampiri dua belas malam tanda waktu itu dia perlu pulang.

Afiq juga bangun dan ada beberapa pesanan ringkas buat gadis itu sebelum berpisah. "Rest well. Kalau you rasa sedih jangan segan-segan call I. Okey?"

Senyuman terukir di bibir Maizurah. Tanggapannya terhadap Afiq mula berubah. Dalam sikap annoying itu ada terselit sikap ambil berat. Kalaulah Zaim punya sifat seperti itu... Keluhnya dalam diam.

"Okey. Kita jumpa nanti. Thanks Afiq temankan I." Ucapnya berlalu pergi.

Suamiku yang aku sayang #SYASحيث تعيش القصص. اكتشف الآن