42

197 3 0
                                    


Hari itu. Hari yang penuh dengan kebosanan. Syifa bersendirian lagi di dalam rumah besar ini. Rasa mahu keluar membuak-buak. Berpuluh-puluh buku resepi masakan pemberian Zaim padanya diselak. Namun tiada satu pun yang berminat. Ah! Bosannya! Apa yang nak buat ini? Gumamnya.

Lantas dia menghubungi suaminya di pejabat. Namun panggilan yang dibuat tidak dijawab. Air muka Syifa berubah hampa. Dia mengeluh. Kakinya turun memijak lantai, diselak langsir berona coklat gelap itu. Sinaran matahari mula memancar terik di setiap ruang bilik. Perutnya mula lapar minta diisi makanan. Tekaknya pula terasa hendak makan ayam goreng berlaada. Emmmm... Mana nak cari? Dia tak fikir apa lagi, terus menukar pakaian.

Sementara itu, Zaim sedang menelefon mamanya, tapi panggilannya pula tak dijawab. Akhirnya, dia putus asa. Mata Zaim dihala ke skrin telefon semula. Kelihatan lima panggilan tak dijawab daripada Syifa. Zaim menepuk dahi. Ya Allah! Mesti Syifa sedang meminta pertolongannya.

Niat untuk menghubungi isterinya terbantut tatkala Encik Razif memanggilnya segera masuk ke bilik mesyuarat. Kepala Zaim diangguk beberapa kali menerima arahan itu. Dia mengeluh berat seraya berdoa dalam hati agar isterinya baik-baik sahaja di rumah.

Syifa membaca brochure yang diberikan pelayan restoran tadi. Terus matanya tertacap menu yang menepati tekaknya. Laju langkahnya memusing kembali di restoran tadi.

"Cik, dekat sini ada makanan yang bestseller ialah ayam goreng berlada sekali dengan nasi. Sedap dan pedas. Mesti cik suka." Kata pelayan itu penuh ramah. Diliriknya Syifa dengan senyuman.

Syifa sekali lagi menelan air liurnya. Dia sanggup datang ke Mall ini seorang diri dengan menaiki teksi semata mahu memenuhi tekaknya. Kalaulah suaminya tahu ini, masak dia nak menjawab. Serta-merta senyumannya mati saat terpandangkan insan yang pernah buat hidupnya menjadi huru-hara. Segera dia memalingkan wajahnya. Nasib baik hari ini dia memakai jubbah yang agak besar. Jadi Farhan tidak dapat mengecamnya. Lalu dia melangkah keluar dari restoren itu.

Dia berjalan dalam Mall ini untuk mengelakkan bosan. Dari tadi ingatannya masih teringatkan Farhan. Apa yang lelaki itu buat dalam Mall ini? Bukan sepatutnya dia ada dekat kampung ke, uruskan kebun ayah dia? Sebab Farhan dia tidak dapat merasa ayam goreng berlada tadi. Lalu dia duduk di sebuah bangku. Penat pula dari tadi asyik berjalan. Dia mula mencari telefonnya dalam beg. Raut wajah itu sedikit hampa apabila suaminya langsung tidak menelefonnya kembali. Sibuk sangatkah urusan di pejabat itu?

"Syifa?" Syifa memalingkan wajahnya kepada empunya suara tadi.

Mata Lokman dan Syifa bertembung. Tadi dia baru saja berjumpa dengan Farhan dan sekarang, Lokman pula? Malang betul nasibnya hari ini. Siapa suruh keluar tanpa izin suami, kan dah terkena.

"Lokman..." Syifa tidak meneruskan ayatnya. Lebih baik dia segera beredar dari sini. Takut mata-mata yang mengenali dirinya akan meyampaikan berita yang bukan-bukan antara dia dengan Lokman, anak kepada ahli perniagaan terkenal.

"Syifa sihat?" Soal Lokman. Lama dia merenung wajah manis Syifa yang pernah mencuri tumpuannya kala dulu. Selama ketiadaan Syifa di dalam syarikat itu, hatinya resah digamit kerinduan. Tapi apakan daya, Syifa tidak pernah ada perasaan sebegitu. Lagikan pula, masing-masing sudah ada pasangan sendiri. Ah! Dia melarikan sepasang anak matanya ke tempat lain, mula mencari kelibat Alisa. Mana agaknya perempuan itu pergi.

"Sihat." Balas Syifa pendek. Seolah dia tidak berminat lagi untuk teruskan perbualan.

"Zaim?" Kening Lokman terangkat.

"Dia okey." Mahu saja Syifa beredar. Lagi lama dia di situ, buatkan dia tidak selesa. Berduaan pula.

"Its seems likes you're unhappy with him? Huh?" Dia masih mahu mencuba. Mana tahu, harapannya yang berkecai boleh dicantum semula? Dia takkan lupa, Syifa berkahwin dengan Zaim atas dasar paksaan bukan dengan kerelaan hati. Firasatnya itu dipegang hingga kini, biarpun sudah bergelar tunang Alisa.

"Takkanlah bahagia pun nak tunjuk depan orang?" Balas Syifa dengan geram.

Lokman tidak segera membalas sebaik namanya dipanggil penuh manja oleh Alisa. Alisa memandang perempuan di hadapan Lokman. Terasa ada sesuatu di antara mereka yang dia tidak tahu. Melihat wajah cantik perempuan itu, anak mata Alisa dijulingkan ke atas. 'Siapa yang berani cantas Lokman dari aku, siap dia kerjakan!' bisiknya.

"Siapa dia?' Soal Alisa. Nada suaranya berubah tidak seperti tadi. Api cemburunya bermula.

Anak mata Alisa menikam mata Lokman.

"Dia ex-staf dekat opis mama I. As junior executive." Balas Lokman seraya memeluk pinggang Alisa dengan rapat. Alisa angkat kening bersama senyuman. Lantas dia menjeling perempuan di depan mereka. 'kau tengok, siapa yang Lokman pilih? Mestilah aku!' desisnya. Kemenangan di pihaknya.

Syifa melarikan anak matanya ke tempat lain. Sakit matanya melihat aksi mesra dia pasangan itu.

"Saya balik dulu. Ada benda yang saya nak uruskan." Pinta Syifa mahu segera cepar beredar. Jelas lagi bersuluh Lokman sudah bahagia dengan Alisa. Kenapa mesti Lokman masih belum move on lagi? Ah! Lelaki memang selalu macam itu.

"Wait!"

Langkah Syifa terhenti. Dia memandang Alisa semula. Lalu Alisa mendekati perempuan itu dengan lebih dekat. Lokman meminta Alisa segera pulang, tidak mahu peperangan tercetus tidak lama lagi. Namun, Alisa tetap enggan.

"Jauhkan diri you dari tunang I!!"

Mata Syifa terbuka luas. Ingat aku saja-saja jumpa dengan Lokman dalam Mall besar ini? Oh! Alisa kau memang sudah silap besar!

"Saya tak ada apa-apa hubungan dengan Lokman. He's just my ex-bos only and not more than that and correctly Lokman is not my type Cik Alisa!" Tegas Syifa. Kata-kata itu buatkan Lokman sedikit kecewa. Tak sangka Syifa akan berkata begitu. Dia bukan taste Syifa?

Tangan Alisa bersilang di dada. Nampaknya perempuan ini memang tak faham bahasa.

"Aku tahu apa niat kau sebenarnya! Hati kau! Aku dah tahu sangat! Ramai yang tergila-gilakan tunang aku. Huh! Dia orang tak tahu ke kami dah nak bernikah tak lama lagi?" Mata Alisa mencerlung tajam wajah Syifa.

Lokman menarik lengan Syifa supaya berhenti. Terbit rasa kasihan melihat Syifa yang sedikit pucat.

"Enough! Syifa tu tak salah. Dia just my ex-employee. You pekak ke apa?!" Nada suara Lokman sudah meninggi. Kesabarannya mula menipis.

Air muka Alisa berubah apabila Lokman menengkingnya.

"Sampai hati you Lokman! You tahukan I cintakan you! Only you! I tak nak ada perempuan lain yang rampas you daripada I. I takkan sesekali biarkan perkara itu terjadi!"

Syifa menahan senyum. Cintakan Lokman atau hanya duit lelaki itu yang kau nakkan sebenarnya? Dia geleng kepala. Biarlah dua pasangan itu memekak. Peluang yang ada terus dia meninggalkan mereka. Dadanya diusap perlahan. Terasa jantungnya tiba-tiba sakit.

Suamiku yang aku sayang #SYASWhere stories live. Discover now