51

411 3 0
                                    


Selesai sahaja solat hajat yang telah dilakukan, Syifa meminta izin pada mamanya dan emaknya untuk tinggal di dalam masjid pada malam ini. Biarlah mereka pulang dulu. Kalau dia balik ke rumah mamanya, dia akan jadi serabut. Balik-balik dia akan bersedih dan menangis. Semua itu akan menggangu emosinya dan juga anak dalam kandungan ini. Dia tidak mahu perkara itu tejadi lalu dia ambil keputusan untuk bermunajad kepada Allah.

Suasana dalam masjid itu mendamaikan hatinya. Dia mahu tenteramkan hati yang sedih dan bertakafur di sini buat sekalian kalinya. Selama ini kealpaan dengan kemewahan dunia buat dia jauh dari Allah. Sekali bila suaminya dikhabarkan menjadi mangsa pembunuhan, barulah dia sedar. Semua yang berlaku ini adalah kehendak dariNya dan juga satu ujian buat perkahwinan mereka. Siapa dia sebagai hambaNya menidakkan semua itu? Sungguh... Dia kerdil, lemah dan jahil. Masih ada waktu yang banyak lagi untuk dia menjadi manusia yang berguna dan isteri yang baik kepada suaminya.

Air matanya menitis lagi. Suaminya masih belum sedar dari pembedahan. Dia yang datang semalam pun hanya sekadar menjadi pemerhati. Dibacakan yasin dan al-Quran untuk suaminya agar segera sembuh.

Bahunya ditepuk lembut oleh seseorang. Terus dia menoleh. Segaris senyuman daripada seorang wanita yang sudah lanjut usia diberikan kepadanya. Dia juga membalas senyuman.

"Anak tak balik? Tunggu siapa?" Soal wanita itu lagi. Dia mengambil duduk di sebelah anak muda itu. Jika diteliti ada seralit wajah yang bermasalah di wajah anak muda itu.

Syifa sedikit kekok. Biasalah dia baru kenal wanita itu. Siap duduk di sebelahnya lagi tanpa diminta. Dibiarkan saja wanita itu hendak beramah padanya. Adalah juga teman untuknya berbual daripada termenung.

"Saja duduk dalam masjid ini. Saya nak tenangkan fikiran." Jawab Syifa. Hatinya terus berzikir.

"Nama Mak Cik Manisah. Nama adik?"

"Maisarah Syifa. Panggil Syifa saja." Syifa senyum sekilas.

Wanita itu angguk kepala seraya tersenyum.

"Sebenarnya Allah suka bila ada hambaNya yang datang dan mengadu kepadaNya. Jadi, biasakanlah diri kita bertemu dan mengadu pada Allah. Allah maha mendengar, maha mengetahui, maha melihat dan maha penyayang. Apabila kita mengadu kepada Allah, Allah akan berikan kita kepuasan yang tidak kita dapati sekiranya kita mengadu kepada manusia. Bila kita mengadu pada Allah, kita akan rasa tenang, mudah dan ada cara penyelesaian dan jalan keluar yang baik-baik bagi ujian kita."

"Setelah kita berdoa dan meminta kepada Allah, maka langkah seterusnya adalah usaha kemudian tawakkal. InsyaAllah Allah akan mudahkan urusan kita. Jangan malas untuk berdoa. Mintalah pada Raja kepada sekalian raja. Jagalah adab-adab dan rendahkan diri ketika berdoa." Wanita itu tersenyum seraya mengambil beberapa tasbih untuk bertasmid. Sudah menjadi kebiasaan untuk dia ke masjid bagi menghidupkan malam-malam tahajud. Allah SWT menyuruh hambaNya untuk sentiasa mengingatiNya dengan melakukan pelbagai amalan dan ibadah, iaitu menyedikitkan tidur malam dan memperbanyak qiamullail dan solat-solat malam seperti yang dianjurkan as-sunnah.

Firman Allah SWT yang bermaksud;

"Wahai orang yang berselimuti! Bangunlah untuk solat malam, kecuali sedikit sekali untuk tidur, iaitu seperdua dari waktu malam itu atau kurang sedikit daripadanya atau lebihi dari seperdua itu. Dan bacalah al-Quran dengan tartil dengan penuh perhatian, pengertian dan khusyuk

Sesungguhnya saat-saat di waktu malam itu lebih kuat untuk khusyuk. Sesungguhnya bagimu waktu siang itu cukup panjang untuk berbagai urusan atau sebutlah (iaitu ingatlah) selalu nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepadaNya sepenuh hatimu"

-Al Muzzammil: 1-4 dan 6-8

Syifa terdiam lama. Kata-kata itu bagaikan satu tamparan yang membadai seluruh badannya. Lama dia menghadam baik kata itu. Ya Allah, permudahkan urusan hambamu ini. Tunjukkan jalan yang benar dan lurus buat hamba-hambaMu. Semoga kes siasatan suaminya dimudahkan oleh pihak polis. Semoga perilaku yang bersalah dihadapkan ke muka pengadilan. Dia yakin kuasa Allah mengatasi semuanya. Doa merupakan satu senjata kuat bagi orang islam. Sia-sia jika dia tidak berdoa.

Suamiku yang aku sayang #SYASWhere stories live. Discover now