Part 58 - EPISOD AKHIR SYAS

814 12 3
                                    


Dua tahun sudah berlalu...

Zaim dan Syifa menunggu di balai perlepasan. Mereka baru sahaja pulang dari Amerika bagi bulan madu yang dikatakan julung kalinya selepas Syifa melahirkan Damia dulu. Sempat juga Syifa singgah di tempat belajar suaminya. Amerika bukanlah tempat yang dia hajat sangat tetapi disebabkan permintaan suaminya dia turutkan sahajalah. Kata suaminya, bekas kawan baiknya mahu berjumpa setelah sekian lama berpisah.

"Macam mana agaknya mak dengan mama jaga telatah comel Damia ya, abang?" Fikirannya sudah melayang ke arah maknya dan juga mama yang mengambil keputusan untuk menjaga anak sulung mereka. Pasti Damia banyak meragam bila ketiadaan ibu bapanya di sisi.

Zaim menarik lengan isterinya agar tidak berfikir yang bukan-bukan. Namun sempat Syifa menepis tangan suaminya kerana malu dengan orang ramai melihat aksi kemesraan mereka.

Zaim tersengih tatkala isterinya sudah berubah wajah. Tadi senyum sampai ke pipi sekarang masam mencuka.

"Damia baik-baik aje dekat sana. Sayang tidak perlu risaukan sangat. Nanti balik kita gomol puas-puas." Pujuk Zaim lembut. Syifa sudah menarik senyum.

Zaim sudah geleng kepala dengan mood isterinya yang tidak menentu. Sekejap okey, sekejap tidak.

"Sudahlah, jangan fikir sangat. Mari pimpin tangan abang. Banyak beg yang kita kena bawa pulang. Beg sayang lagi." Zaim mengomel buatkan Syifa menarik begnya dari kedua tangan suaminya. Tadi suaminya yang beriya mahu tarik kedua-dua bagasi. Sekarang nak membebel pula?

Perjalanan ke tempat menunggu ruangan teksi tidaklah lama tetapi lenguh jugalah Syifa mahu berjalan. Dia memang tidak sekuat lagi selepas sahaja melahirkan Damia. Mungkin sebab bersalin secara pembedahan disebabkan itu perutnya ngilu semula. Dengan asyik terleka mengusap perutnya dia terlanggar bahu seseorang. Hampir saja Syifa tersungkur. Nasib baik Zaim sempat memaut lengan isterinya.

"Kan abang cakap hati-hati..." Zaim tidak menghabiskan ayatnya untuk memarahi isterinya sebaik orang yang terlanggar isterinya adalah orang yang amat dia kenali. Syifa juga mendongak memandang lelaki yang terlanggar bahu tadi.

"Lokman?" Terpacul juga nama itu di bibir Syifa.

Lokman angguk perlahan. Tidak sangka pula dia bertemu dengan pasangan suami isteri itu di sini. Matanya didekatkan pada Syifa yang masih kekal cantik sama masa dia mula mengenali wanita itu. Ahhhh! Mata tolong jaga sikit. Tunangnya ada di hujung sana.

Zaim berdehem saat sepasang mata Lokman itu merenung isterinya. Cepat-cepat Lokman beralih pandang dan melambai tunangnya yang turut berjalan mendekati mereka.

Terkebil-kebil mata Syifa dan Zaim melihat perempuan yang cantik orangnya sudah ada di hadapan mereka. Silap! Di sebelah Lokman. Sama padan sama cantik.

"Kenalkan ini tunang aku, Ariana. Ariana ini Zaim dan Syifa. Mereka kawan saya." Lokman menahan gelak melihat reaksi terkejut Zaim dan Syifa. Mungkin mereka ingat dia bertunang dengan Alisa dan bakal berkahwin. Jodohkan misteri. Boleh aje bertunang dengan orang lain tetapi kahwin pula dengan orang lain.

Ariana bersalaman dengan Syifa sahaja dengan senyuman manis.

"Aku ingatkan kau dengan si Alisa itu..." Kata Zaim. Sempatlah juga dia melirik pada wajah Ariana yang cantik itu. Syifa yang perasankan pandangan mata suaminya, segera mencubit lengan suaminya. Cemburu!

Lokman pantas menggeleng dan memaut lengan Ariana berlapikkan lengan baju. Ariana memang tidak lekang dengan senyuman.

"Jodoh aku tidak panjang dengan Alisa. Well, jodoh aku dengan Ariana dan bulan depan kami akan bernikah. Nanti aku bagi kad. Jemput datang." Lokman ketawa kecil. Perubahan yang ada pada Lokman buatkan Syifa hilang kata bersama perasaan yang bercampur bahagia. Lokman sudah menemui cinta sejati. Jodoh ada tidak perlu dicari, kata orang. Jodoh akan datang dengan sendirinya tanpa kita minta. Betul ke?

"Baiklah. Aku tunggu kad itu." Balas Zaim.

"Okeylah aku tidak boleh lama ini. Aku kena teman tunang aku shooting dekat Thailand. Sambil-sambil itu bercuti tenangkan fikiran." Jawab Lokman matanya pula memandang wajah tunangnya yang tersipu malu.

Zaim dan Syifa angguk kepala bila Lokman meminta diri untuk bergerak takut terlepas flight.

"Amboi abang siap tidak berkedip tengok Ariana itu ya?" Satu cubitan lagi singgah di pipi suaminya. Geram berbaur cemburu. Itu yang dia rasakan. Mentang-mentanglah dia sudah sedikit berisi selepas melahirkan anak sulung mereka.

Syifa menjeling apabila suaminya memujuk.

"Ya Allah kenapa sayang fikir macam itu pula? Abang sayang Syifa tahu?" Muka Zaim menjadi serius. Ah! Salah dia juga sebab tidak menjaga mata. Isterinya cantik daripada Ariana. Bukankah haram memandang sebarang perempuan selain isterinya?

Syifa tidak meneruskan rajuknya. Masih kekal di situ bersama muka cemberut.

Zaim sudah kering idea mahu memujuk isterinya.

"Okey okey abang minta maaf. Dulu sayang tak cemburu pun?" Soal Zaim perlahan-lahan menarik lengan isterinya. Berjayakah dia memujuk?

"Dulu lain! Sekarang lain!" Tingkah Syifa dengan muka masamnya. Tiba-tiba dia rasa mahu termuntah pula. Nasib baik dia berjaya mengawal.

Zaim menelek wajah isterinya yang pucat. "Sayang okey tidak ini? Biar abang call mama ambil kita. Tak payah tunggu teksi. Lama."

Namun segera Syifa menegah.

"Syifa okey. Mungkin pembawakan budak baru."

Mata Zaim terbuka luas sebaik mendengar pengakuan isterinya.

"Jangan jangan..." Syifa memotong kata suaminya bersama senyuman manis.

"Damia akan dapat adik baru." Pengakuan itu buatkan Zaim menjerit kecil bersama senyuman lebar. Lalu dikucupnya isteri kesayangannya, tidak hiraukan lagi mata-mata yang memandang.

"Hish abang ini! Malulah orang nampak." Marah Syifa namun sedikit lembut.

"Maaf abang teruja sangat. Abang tidak sangkalah sampai secepat ini." Senyuman nakal pula diberikan pada isterinya.

Terus bahu suaminya ditepuk kuat. "Mengadakan?"

"Sayang ini. Mesti anak kita baby boy sebab asyik marah aje, pukul, cubit. Hah! Semua pakejlah." Kata Zaim kemudian dia menarik bagasinya namun ditegah isterinya.

Syifa berkerut dahi. Iya ke baby boy?

"Jaga kandungan kedua kita ini elok-elok. Abang nak keluarga besar dengan sayang. Sejak sayang lahirkan Damia dulu abang dapat rasa begitu penat dan sakit Syifa lahirkan anak abang. Abang nak ucapkan terima kasih dengan sayang sebab sudi melahirkan zuriat abang, ibu kepada anak-anak abang. Abang bersyukur sangat-sangat dikurniakan perempuan secantik Syifa." Tuturnya lembut. Bukan niatnya mahu berdrama romantik di tengah-tengah laluan ini. Tetapi disebabkan isterinya berdegil untuk membawa bagasi yang baginya tidak seberat mana. Lalu dia bertegas dengan isterinya untuk membawa dua bagasi itu. Isterinya perlu berehat.

Hati mana yang tidak tersentuh bila bait-bait kata itu didendangkan oleh sang suami. Syifa memang terharu dan bahagia hidup bersama Zaim, lelaki pilihannya dulu. Bercinta dan putus tunang tetapi bersambung dengan ikatan perkahwinan. Dia akan abadikan semua kenangan pahit dan manis bersama-sama.

"Sudahlah jom kita gerak cepat. Sampai dekat rumah. Kita maklumkan berita gembira ini dengan semua yang ada. Abang yakin sangat mereka mesti gembira dengan berita mengejut ini." Ucap Zaim sambil mengambil kedua bagasi dan isterinya geleng saja.

"Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan suami yang baik untuk aku. Sungguh! Aku amat sayangkan Mohammaad Zaim bin Shahrizat." Bisik Syifa perlahan namun Zaim dapat mendengarnya dengan jelas sebab mereka sebelah-sebelah sahaja berjalan.

"I love you too sayang..." Jawab Zaim dengan senyuman meleret apabila wajah isterinya memerah. Alahai sweet sangat isterinya rasa macam nak cubit pula. Sabar Zaim. Tunggu di rumah saja. Orang nampak Malu.

Mereka jalan seiringan menuju ke teksi yang sudah siap menunggu mereka.




TAMAT 😊🍝🍪🍬🍵

Suamiku yang aku sayang #SYASWhere stories live. Discover now