31

215 4 1
                                    


Syifa baru saja meminta izin suaminya untuk berjumpa dengan Maya. Sudah tiga minggu dia pergi meninggalkan syarikat milik keluarga Lokman. Menurut Maya, Lokman masih menantikan kehadiran Syifa untuk bekerja semula dan Puan Hanim juga ada bertanyakan perihal Syifa sebab itu tempatnya tiada pengganti baru.

Maya melambai tangan kepada Syifa. Rindu pada bekas teman sepejabatnya itu. Zamani pula asyik murung apabila Syifa sudah berhenti kerja bernotis 24 jam itu. Sejak kejadian itu, suasana bertukar kecoh dan gosip liar melular ke setiap staf yang ada.

"Syifa, Ya Allah rindunya aku dekat kau!" Terus bahu Syifa didakap erat. Syifa juga begitu. Terasa belakang badannya diurut lembut. Lama mereka berkeadaan begitu.

"Aku ingat kau dah tak suka jumpa aku lagi. Yalah, akukan ada kaitan dengan Lokman." Saja Maya berkata begitu.

Mereka kemudiannya duduk dan mengambil pesanan makanan.

Syifa memberikan segaris senyuman kepada Maya.

"Benda dah lama. Buat apa aku nak dendam dengan kau? bukan kau ada buat salah dengan aku pun." Yang salahnya, Lokman. Desis hatinya.

Maya merenung wajah Syifa yang berseri-seri. Mesti bahagia dengan suaminya. Dia pula yang tidak sabar mahu berkahwin. Tinggal beberapa bulan saja lagi dia bakal dinikahi bersama jejaka pilihan hati.

"Jadi, kau boleh kerja dekat syarikat itu balik?" Maya masih mencuba. Mana tahu Syifa masih merindui kerja lama.

Perbualan mereka terhenti sebaik minuman dihidangkan. Straw minuman dikacau perlahan sebelum minum.

"Aku dah tak minatlah kerja situ. Kau pun tahukan, aku berhenti kerja sebab Lokman. Takkan aku nak kerja sana balik? Aku ini jenis kalau dah ludah, aku tak akan jilat balik. Itu aku!" Tegas Syifa.

Maya angguk kepala, tidak mahu mendesak. Tetapi sedih juga kalau Syifa tak nak kerja situ lagi.

"Yalah. Kau ini emosi betul. Habis, kau buat apa aje sekarang? Duduk rumah jaga suami kau?" kening Maya terangkat.

Syifa angguk. Dia tak menyesal, sebab suaminya sendiri yang minta begitu masa awal kahwin lagi. Jadi dia kena akur semua itu.

"Untungnya kau. Biasalah kahwin dengan orang kaya, kan?" Maya senyum.

Syifa geleng kepala.

"Eh! Yang kayanya suami aku. Bukan aku!" Tegas Syifa. Tak suka Maya berkata begitu.

"Yalah. Tak kerja tapi suami kau mesti bagi duit dekat kau. Apa gunanya suamikan?" Syifa sekadar ketawa kecil. Tiada gunanya dia menjawab kerana apa yang disampaikan Maya adalah benar.

Maya melihat muka Syifa sudah berubah apabila melihat Lokman dan Alisa melangkah masuk ke dalam restoran ini. Matanya terarah muka musam bosnya, Lokman apabila ditarik tunangnya. Ini mesti Puan Hanim yang suruh memaksa anaknya lunch dengan Alisa. Siapa yang tak kenal dengan Puan Hanim yang diktaktor itu? Sampai anak sendiri pun dikawal ketat untuk berkahwin dengan siapa.

Maya geleng kepala mengenangkan nasib bosnya.

"Kau tak payah risaulah, Lokman dengan Alisa tak nampak kita dekat sini." Maya nampak Syifa sudah gelisah. Banyak-banyak kedai makan yang ada, kenapalah Alisa pilih restoran ini?

Syifa melirik wajah mereka sebelum dihala ke Maya. "Dia orang dah selamat bertunang?"

"Sudah. Masa kau balik kampung, masa tu jugak dia orang bertunang secara rasmi. Kesian aku tengok muka murung Zara dan Azian itu." Syifa tahu Zara dan Azian menyimpan perasaan kepada Lokman. Tapi yang malangnya perasaan itu tidak disambut baik Lokman.

Suamiku yang aku sayang #SYASTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon