34

202 4 0
                                    


Zaim mencari isterinya di ruang dapur. Baru saja dia mendapat mesej dari mamanya tentang berita kesihatan papanya yang tidak menentu. Dia kena mengajak isterinya turut pulang segera malam ini. Tidak mahu menunggu lama, dia merapati isterinya yang sibuk membasuh pinggan.

Tanpa disedari Syifa, pinggangnya dipeluk dari belakang. Serta-merta Syifa meletak kembali pinggan yang kotor dalam sinki.

Helaan nafas suaminya agak kuat. Dia biarkan lagi dagu suaminya dia atas bahu. Lama mereka berkeadaan begitu. Beberapa minit baru Zaim memulakan bicara.

"Mama call abang tadi, yang papa tak sihat." Syifa melepaskan tangan suaminya. Dia memusing badannya menghadap Zaim.

"Teruk ke abang?" Risau mula menerpa, biarpun Syifa dengan ayah mentuanya tidak rapat. Tapi pasti akan ada perasaan kasihan mendengar berita itu.

Zaim cuba menahan perasaan sedih. Papa memang macam itu. Selalu bekerja siang dan malam, kesihatan jantung mula terabai.

"Taklah teruk. Tapi mama kata papa pengsan tadi. Nasib baik dekat rumah." Syifa mengurut lengan suaminya. Zaim memegang tangan isterinya erat.

"Jom balik rumah abang? Abang dah bagitahu mama yang malam ini kita balik, jenguk papa." Katanya lembut. Syifa masih diam berfikir. Elok juga dia balik rumah mertuanya, boleh dia biasakan diri.

Lagi sekali, Zaim mengusap dahi isterinya dan mencium dengan kasih sayang.

"Lepas ini, abang tak bolehlah nak bermanja dengan sayang malam ini." Usik Zaim, nakal. Syifa ketawa halus. Permintaan suaminya setiap malam, dia telah tunaikan. Itu sudah menjadi kewajipannya sebagai isteri.

"Abang ini, menyempat pulak ya? Jomlah, nanti kita lambat." Syifa membersih saki-baki pinggan yang kotor tadi. Namun tindakannya ditegah Zaim. Syifa menoleh ke belakang.

"Abang nak apa lagi ini?" Mata suaminya dipandang redup.

"Tak payahlah nak basuh pinggan itu. Banyak lagi. Takut tak sempat nak balik rumah mama dan papa."

"Sikit aje lagi ini. Abang tunggu ya?" Senyuman diberikan. Lantas dia mencuci pinggan kembali. Sesekali, suaminya memeluk pinggangnya erat, sampaikan dia nak bergerak seinci pun tidak boleh.

Selesai saja membasuh, terus Zaim memimpin tangan isterinya naik atas untuk bersiap. Kedengaran ketawa kecil dari isterinya semasa mereka berkemas.

"Gelakkan abang ya?" Zaim melirik pada isterinya yang sibuk mengemas baju mereka ke dalam beg.

"Taklah. Syifa kelakar masa abang tak rengang langsung dengan Syifa." Balas Syifa bersama tawanya yang masih tersisa. Mendengarkan kata-kata isterinya, dia lantas duduk di atas katil. Lama dia perhatikan wajah isterinya yang cantik itu.

"Syifakan isteri abang. Malam ini, Syifa tak dapatlah layan abang." Muncung Zaim sudah sedepa.

Syifa mencebik. Terus tangan menyinggah ke lengan suaminya. Terdengar satu jeritan. Zaim mengadu sakit.

"Rasakan! Papa abang itu sakit, kita kena melawat dia." Sempat lagi dia menjeling suaminya.

Cubitan isterinya tidak pun buat dia rasa sakit. Malah suka mengenakan isterinya begitu.

"Yalah! Sayang ini, suka sangat cubit abang." Tangannya mengurut lengan di tempat cubitan isterinya. Tangan Syifa berhenti melipat baju, lantas tangan suaminya diraih. Dia mengecilkan matanya. Tak adalah merah pun.

Namun beberapa saat, Zaim menarik tangan isterinya di dadanya.

"Tak sakit pun. Sebab cubitan tadi itu halus macam orangnya, lembut." Usik Zaim. Terpana seketika Syifa saat ini. Dia menarik semula tangannya.

Suamiku yang aku sayang #SYASWhere stories live. Discover now