43

204 6 1
                                    


Pulang saja dari mesyuarat, perkara utama yang paling dia cari ialah telefon bimbitnya. Segera dia menelefon isterinya tetapi malangnya panggilan itu tidak dijawab. Malah, masuk dalam khidmat pesanan suara. Selalunya, isterinya akan menghantar kiriman dua atau tiga mesej tanda 'rindu'! Tapi sampai ke petang, mesej yang selalu diterimanya langsung tidak diterima.

Tidak sampai beberapa minit, telefonnya pula berdering minta dijawab.

"Zaim kenapa call mama tadi? Sorry mama outstation dekat luar. Tak perasaan Zaim call." Suara mamanya kedengaran di talian.

Zaim menghela nafas. Dia tergeliat sedikit sebab penat dengan mesyuarat bersama syarikat lain. Terpaksa membuat revise semula lakaran itu sebab ada sedikit kesalahan.

"Bila mama nak balik?" Soal Zaim. Mula berkira-kira mahu menghantar isterinya ke rumah keluarganya. Dapatlah mamanya menjaga Syifa sebaik mungkin. Nak bawa mak dan ayah Syifa dari kampung, kesian pula. Siapa nak tengokkan kebun seluas dua hektar tanah itu.

"Esok pagi. Kenapa Zaim?"

"Zaim ingat nak hantar Syifa ke rumah mama dengan papa."

"Kenapa? Syifa sakit ke?" Soal Datin Hamimah.

"Syifa mengandung mama. Zaim nak mama tengok-tengokkan Syifa. Dari dia duduk seorang, lebih baik kalau dia duduk dengan mama sekali. Zaim takut kalau apa-apa terjadi dekat Syifa. Yang susahnya Zaim nanti." Tuturnya dengan teliti. Dia tahu mamanya akan terkejut mendengar berita ini.

"Bertuah punya budak. Kenapa tak bagitahu awal-awal yang Syifa mengandung? Kalau tak, boleh mama datang sana." Bebel Datin Hamimah.

Zaim diam.

"Zaim cuma tak nak susahkan mama aje. Mamakan tengah jaga papa."

"Tak susah mana pun. Yang penting sekarang ini, Syifa dengan anak dalam kandungan itu yang paling utama. Habis, sekarang ini Syifa dekat rumah? Zaim dah balik kerja ke itu?" Ada nada kerisauan di hati orang tua itu.

Seharian suntuk isterinya tidak menelefonnya. Dia pula sibuk dengan kerja.

"Zaim nak baliklah ini nak jumpa Syifa dekat rumah. Kesian pula tengok dia bosan duduk rumah, terperap aje memanjang."

"Hari minggu ini, bawak balik Syifa ke sini. Biar Syifa duduk sini sampai berpantang."

Mendengarkan kata mamanya, hatinya pula tidak senang.

"Mama... Syifa itu isteri Zaim."

"Itu mama tahu. Kalau dah sayang sangat sampai tak mahu berpisah. Zaim duduk sekali dengan mama. Kerja dengan papa! Taklah asyik biarkan Syifa tinggal seorang." Bebelnya lagi. Zaim diam. Tak mahu mengiyakan sebaliknya dia meminta mamanya bersabar.

"Ingat ini, jaga Syifa baik-baik macam mana Zaim dah janji dengan mak ayah Syifa. Ingat itu!" Pesan Datin Hamimah. Tidak mahu anaknya mungkir janji.

"Okey mama! I promise!" Talian dimatikan. Dia akur dengan pesanan itu. Bukanlah dia nak biarkan isterinya keseorangan di rumah, tapi dia mahukan yang terbaik untuk anaknya juga nanti. Anak dalam kandungan itu masih baru dan perlu dijaga rapi.

Punggungnya dihenyakkan di atas kerusi. Jarum jam menunjukkan 5.30 minit petang. Tanpa lengah, dia bangun dan mencapai beg galasnya. Tidak sabar mahu berjumpa dengan isterinya. Sehari tidak jumpa, macam setahun! Zaim senyum sambil geleng kepala.

PETANG itu, Maizurah ingin datang ke syarikat Encik Razif. Kali ini bukan mahu berjumpa dengan Afiq, sebaliknya ada perkara yang dia ingin berjumpa dengan Zaim. Kakinya dihayun laju menghala ke bilik yang menempatkan tempat Zaim, Afiq dan Raju. Firasatnya kuat mengatakan Zaim masih ada di pejabat. Dia kenal sangat dengan Zaim. Mana pernah pulang awal!

Suamiku yang aku sayang #SYASWhere stories live. Discover now