44

365 4 0
                                    


"What???!" Terbeliak mata Zaim sebaik mendengar nama dua lelaki disebut isterinya. Kalau boleh hendak saja dia memarahi isterinya sebab keluar rumah tanpa keizinan suami. Tetapi semuanya sudah terlambat. Nasib baik Syifa tak diapa-apakan oleh Farhan dan juga Lokman. Dia meletakkan semula sudu dan garfu di atas pinggan. Isterinya di hadapan ditatap seperti nampak berselera sampaikan tidak hiraukan keadaan sekelilingnya.

"Sayang?" Syifa berhenti menyuap bila suaminya memanggilnya. Dia tahu suaminya masih terkesan dengan cerita yang telah disampaikan.

"Syifa masih boleh rileks macam ini lagi? Abang tak kisah, kalau Syifa nak pergi mana-mana, tapi kena bagitahu abang dulu. Taklah abang risau sangat." Suapan diteruskan. Syifa diam. Sejujurmya dia juga rasa bersalah sebab main ikut saja kata hatinya.

"Syifa minta maaf abang. Syifa tahu Syifa salah. Tapi, Syifa bosan. Duduk dekat rumah itu macam duduk dalam penjara." Rungutnya. Lagi satu, dia bosan sebab tiada teman untuk diajak berbual. Kalau suaminya balik malam, Syifa terpaksa makan hati bila luahan hatinya tidak didengari. Balik rumah, terus tidur. Katanya penat. Akhirnya, dia yang pujuk hatinya sendiri.

Zaim diam. Siapa yang tak bosan, kalau dia pun pasti akan meraung. "sayang, tadi mama call abang. Hujung minggu ini abang hantarkan Syifa duduk rumah mama dengan papa, boleh? Nanti bolehlah mama tengokkan Syifa. Syifa pun taklah bosan sangat, ada juga teman nak berborak."

"Mama dengan papa tahu Syifa mengandung?"

Zaim angguk kepala perlahan. Sepatutnya berita gembira itu perlu diberitahu pada mama dan papa dengan segera. Begitu juga dengan keluarga Syifa di kampung.

"Syifa dah bagitahu mak dengan abah pasal hal ini?" Soal Zaim. Tidak mahu Syifa melupakan orang tuanya di kampung.

"Nanti Syifa bagitahu. Mungkin malam ini." Jawab Syifa.

"Lah... Kenapa tak bagitahu awal-awal?" Muka Zaim berubah kejut.

Syifa tersengih. Dia berhentikan suapan lalu mengambil air untuk diminum. Lepas itu barulah dia bersuara.

"Syifa seganlah."

Kedengaran tawa dari mulut Zaim. Berbulu Syifa mendengar. Terus dia buat muka muncung.

"Buat apa nak segan? Ke segan sebab Syifa itu bunting pelamin?" Sengih Zaim. Syifa menggigit bibir.

"Abang!" Jeritnya.

"Okey okey! Bagitahu ajelah dengan mak dan abah. Nanti kita boleh balik kampung bila free." Pujuk Zaim.

Nantilah. Sudah dikatanya malam ini dia akan beritahu mak dan abah.

"Syifa, abang belum habis cakap pasal Farhan dengan Lokman..."

"Abang nak cakap apa lagi?" Soal Syifa. Kalau dah namanya Zaim, mesti nak tahu sampai dapat.

"Betul ke dia orang tak ada apa-apakan Syifa?" Risau juga walaupun isterinya dah ceritakan semuanya.

"Betul... Tapi Syifa pelik dengan Alisa itu..." peristiwa dia dimarahi Alisa petang tadi tidak boleh dia lupakan. Dia masih ingat macam mana mata dan ekspresi wajah Alisa ketika sedang marah. Macam itu ke menantu pilihan Puan Hanim?

"Alisa itu abang tak pelik sangat. Diakan memang sombong, berlagak. Acah-acah cantik, perempuan melayu terakhir. Tapi semua orang tak tahu yang Alisa itu kaki kikis, kaki ampu sebenarnya. Ramai yang tak sedar. Lebih-lebih lagi Puan Hanim." Beritahu Zaim. Jadi tak kisahlah apa yang isterinya cerita itu. Dah memang Alisa macam itu. Lagi-lagi kalau ada perempuan lain yang cuba mencantas rancangannya.

"Kesian Puan Hanim..." Syifa boleh bayangkan macam mana Alisa dan Lokman sudah berkahwin nanti.

"Sebenarnya, dulu Alisa pernah mengurat abang sebelum papa. Tapi abang bertegas yang abang tak suka dia. Walaupun dia itu sejenis liat nak faham. Lama-lama baru dia terima. Ingatkan benda itu habis setakat itu aje. Rupanya, dia boleh pulak mengurat papa." Zaim geleng kepala. Sampai macam itu sekali semata-mata demi wang ringgit.

Suamiku yang aku sayang #SYASWhere stories live. Discover now