19

271 4 0
                                    


Afiq geleng kepala melihat Maizurah di depannya. Boleh pula perempuan itu menelefonnya malam-malam buta sebab nak melepaskan tekanan. Eh! Kalau nak lepaskan tekanan pergi bersujud! Berdoa pada Allah bukan dengan cara begini. Afiq rasa mahu tutupkan kedua matanya bila Maizurah sudah sendawa buat lima kalinya sebab melantak burger yang dibelinya. Afiq pun tidak terkecuali membelinya sekali sebaik menghidu bau yang menyelerakan tekaknya malam-malam begini.

"Dah puas?" Soal Afiq. Kalau tak puas, tak tahulah nak cakap apa. Memang dasar bela saka! Makan banyak tapi tak gemuk-gemuk. Aku tak tahu nanti kalau kahwin macam mana lagaknya kalau makan dengan sendawa bagai! Memang minta simpanglah kalau aku kahwin dengan dia! Eh! Dah kenapa aku melalut ini? Macam kebulur sangat aku nak minah obses ini.

Maizurah mengecilkan matanya yang sudah sembab kepada Afiq yang ralit merenungnya makan. Ada yang tidak kena ke dengan muka dia?

"Kenapa you pandang I macam itu?" Soal Maizurah yang belum menjawab soalan Afiq. Perasaan yang sedang marah dan sedih ini, dia rasa mahu menambah pesanan burger lagi. Biarpun dia sudah bersendawa banyak kali. Dia sudah tidak kisah dengan semua itu lagi lalu dia pergi menuju kedai burger yang tidak jauh dari tempat mereka makan. Melopong mulut Afiq dibuatnya. Betul ke Maizurah ini manusia ke saka jadian?

Sekembalinya Maizurah di tempat duduk dengan tangan yang sudah ada sebungkus burger, dia menangkap renungan milik Afiq. Dia tahu mesti Afiq terkejut melihat cara dia melantak. Sebenarnya inilah cara dia melepaskan geram dan marah.

"You tak takut gemuk ke?" Soal Afiq selamba. Maizurah menyuap lagi burger itu. Soalan Afiq dibiarkan sebentar. Dia masih mengenangkan perbuatan Zaim yang meminta putus dengannya. Lebih tepat putus kawan.

"Apa yang you emosi sangat malam-malam ini? Siap call I ajak keluar? Bila I dah teman, you pulak tak layan I. You ingat I saja-saja nak bazirkan masa dan tenaga I semata-mata nak tengok you makan? Huh! Tak faham betul!" Geram pula Afiq melihat Maizurah yang tiada perasaan. Melihat muka sembab Maizurah pun Afiq sudah tahu. Pasti ada perkara yang membuatkan gadis itu menangis.

Maizurah menghentikan kunyahan. Bernanah telinganya mendengar Afiq membebel. Sama sewaktu Afiq memberi ceramah kepadanya sewaktu di hotel dulu.

"Ini semua pasal Zaim!" Jerit Maizurah sekuat hatinya.

Ada beberapa pejalan kaki yang memandang arah mereka.

"Oiii! Tak payah nak jerit sangat. I belum pekak lagi. Kejap-kejap! Dah kenapa dengan Zaim Pulak? Kalau you tak buat masalah mesti dia tak akan marah you sampai menangis macam ini, kan?" Balas Afiq selamba. Mulutnya memang tiada insuran bila bercakap dengan Maizurah. Dia berandaian Maizurah adalah satu masalah besar dalam hidup Zaim dan tiada perkara yang baik datangnya daripada perempuan itu.

"Hati I sakit bila tengok Zaim dengan perempuan tak guna itu bersembang, berborak. Selepas itu siap suap-menyuap bagai! Eh! Kalau I ada kuasa magik sudah lama I pisahkan dia orang. You ada cara nak pisahkan dia orang tak? Maksud I bercerai?" Kepala Maizurah tidak boleh berfikir lagi. Dia hanya mahu mereka berdua berpisah. Itu sahaja jalan yang dia nampak.

Afiq geleng kepala bila mendengar kata-kata Maizurah. Siap nak suruh Zaim dan Syifa bercerai?

"You ini tak waras ke atau sakit mental? Dia orang itu elok-elok bahagia yang you pulak pergi nak pisahkan, kenapa? You ini kalau I campak dekat tengah-tengah laut, agaknya you mati kebuluran dah sebab tak waras." Kata Afiq selamba.

Mata Maizurah mencerlung memandang Afiq di depannya. Sesuka hati nak cakap aku tak waras, sakit mental. Kalau aku tak waras, tiadalah aku mengajak dia keluar makan malam macam ini. Itu pun tidak boleh beza ke orang normal dengan tidak normal?

Suamiku yang aku sayang #SYASWhere stories live. Discover now