"Syifa masuk dalam bilik saya sekejap!" Syifa yang baru meletakkan beg terpingga saja apabila bos barunya mengarahkan masuk. Terus dia terpandangkan Maya selaku pemerangkap pembantu peribadi Lokman yang juga terkejut apabila namanya diseru pagi ini. Apalah nasib aku? Cepat-cepat dia membaca doa dan bismillah sebelum berjumpa dengan Lokman. Dia berharap Lokman tidak marah pasalnya hal kerja.

Tuk... tuk... Tuk...

"Masuk!" Syifa memejam mata sesaat dua sebelum masuk. Lain macam mood Lokman pagi ini? Selalu okey aje? Ke aku ada buat salah?

Terus pintu terkuak, mata mereka bertentangan. Lokman meminta agar Syifa duduk di kerusi tetamu. Tanpa berkira masa terus Syifa duduk. Langkah Lokman terus mendekati Syifa. Cantik Syifa pagi ini. Gadis itu tak pernah tidak cantik dari sudut pandangannya namun senyuman tadi dia terhenti sebaik melihat inai dan cincin di jari manis Syifa. Luluh! Dia lupa barangkali Syifa sudah menjadi hak milik multak Zaim anak kepada Datuk Shahrizat.

"Kenapa Lokman pandang saya macam itu?" terus Lokman melarikan anak matanya. Blazer hitamnya dibetulkan.

"Bila Syifa kahwin? Kenapa tidak bagitahu saya pun? Jemput pun tak." Rasa diri disisihkan. Kalau dulu bukan main dialah tempat Syifa mengadu luahan rasa tentang Zaim. Bila dah dapat, dia juga disisihkan ke tepi. Nasi sudah menjadi bubur, dia lambat melamar Syifa.

Syifa tergamam. Dia mati akal mahu menjawab. Seingatnya Lokman tidak kisah kalau tak menjemputnya ke majlis kahwinnya. Namun lain pula jadinya. Syifa hanya anggap Lokman hanya kawan tapi tidaklah terlalu rapat seperti Zara dan juga Azian sangkakan. Mereka memang habis-habisan mencuri masa Lokman jika kelapangan. Biasalah mereka berdua itu sudah menaruh perasan kepada pengarah baru itu.

"Maaflah... Saya kahwin segera hari itu. Saya tak..."

Belum sempat Syifa nak berkata lanjut terus katanya dicelah "Dia paksa Syifa kahwin dengan dia walaupun Syifa tidak cintakan dia? Tidak Sayangkan dia? Tell me Syifa!"

Terkedu Syifa dibuatnya tatkala Lokman terlalu beremosi. Tak pernah pula dia melihat Lokman dengan wajah serius macam ini. Selalunya wajah serius itu dia melihat semasa Lokman bekerja sahaja.

"Saya rasa Lokman sudah salah anggap ini. Saya kahwin atas kerelaan saya sendiri. Kami dah kenal lama..."

Lokman memintas cakap Syifa lagi sekali. Dia tidak mahu Syifa berkata yang boleh buat jiwanya bercelaru.

"Walaupun dia pergi jauh tinggalkan Syifa keseorangan di Malaysia? Emmm?" Telah Lokman memandang sinis wajah Syifa. Takkan Syifa sudah lupa apa yang Zaim dah buat padanya dulu? Sudah lupa atau buat-buat lupa?

Syifa semakin tidak selesa. Seingatnya, dia dipanggil kerana hal kerja rupanya tidak! Kenapa persoalan perkahwinannya menjadi isu utama perbualan mereka pada pagi ini?

Syifa tidak menghiraukan renungan yang ada pada Lokman buatnya.

"Lokman jangan lupa, saya masih ada emak dan abah saya yang selalu ada dengan saya." Balas Syifa dengan tegas sekali.

Lokman merenung Syifa lama. Lagi dalam renungan itu.

"Dan saya juga ada sentiasa bersama dengan awak Syifa. Takkan awak tidak nampak semua itu? Awak buta? Awak tidak boleh menilai sendiri?" Geram sungguh Lokman. Baru dia nak menyunting Syifa, lelaki lain pula yang sambar. Sudahlah hati Syifa si Zaim itu tidak ambil peduli semasa berada di Amerika.

"Saya nampak semua itu. Tapi, saya anggap Lokman macam abang saya sendiri. Beza umur kita banyak Lokman. Saya tidak biasa bila Lokman cakap benda ini dekat saya dalam bilik pejabat Lokman sendiri. Nanti apa pula kata staf lain?" Separuh Syifa ingatkan Lokman. Lokman hanya ketawa kecil. Syifa pula tidak mengerti apa disebalik ketawa itu?

Suamiku yang aku sayang #SYASWhere stories live. Discover now