35

213 3 0
                                    


Datuk Shahrizat menuruni anak tangga dengan perlahan. Tanggan diletakkan di dada kiri, sakit jantungnya sudah surut. Kesihatannya bertambah pulih, mungkin sebab sudah berehat terlalu lama. Apabila langkahnya sudah separuh ke bawah, telinganya kedengaran gelak ketawa dari ruangan meja makan. Bibirnya mengukir senyuman bersama gelenggan kepala. Pasti Zaim dan Syifa datang sejak semalam. Anak bongsunya bukan boleh kalau ayahnya tidak sihat.

"Good morning!" Sapa Datuk Shahrizat. Senyuman semakin dilebarkan.

Semua berhenti makan. Datuk Shahrizat mengarahkan anaknya duduk semula. Dia boleh jalan lagi. Kerusi ditarik dan duduk. Dia memandang satu-satu yang ada di meja makan. Isterinya, Zaim dan Syifa.

"Kenapa pandang papa macam itu? Papa masih sihat walafiat lagi. Tak payah nak risau sangat." Kata Datuk Shahrizat bersama ketawa halus. Dia mengambil roti dan menyapu jem. Lantas dia menyuap ke mulut tanpa pedulikan pandangan yang ada.

Zaim geleng kepala. Papanya tetap sama. Dah tahu sakit, tapi cuba berlagak sihat. Datin Hamimah juga berkata begitu dalam hati.

"You ini, Zaim cuma risaukan you aje. Dia orang datang malam semalam lagi semata nak jenguk you." Datin Hamimah memberi leteran. Tangan kanan Datuk Shahrizat diangkat. Dia tak mahu mendengar lagi bebelan panjang isterinya.

"Tak payah. Papa okey aje. Ini, Zaim dengan Syifa berapa hari tinggal sini?" Dia tak mahu panjangkan isu itu lagi. Manakala Datin Hamimah menjeling suaminya.

Zaim memandang isterinya sebelah.

"Emmm... Petang ini kami balik." Kata Zaim.

Kening Datuk Shahrizat terangkat.

"Cuti hari ini?" Sepatutnya hari ini Zaim bekerja.

"Haah. Cuti emergency. Sebab nak jaga papakan? Takut kalau ada apa-apa jadi." Senyuman Zaim diberikan pada papanya.

Datuk Shahrizat ketawa kecil. Dia menyuap roti itu lagi. Sementara dia ingat ini, baik dia cakap pada Zaim dan Syifa.

"Papa ada benda nak cakap sikit ini..." Kata-kata Datuk Shahrizat terhenti sebaik kerongkongnya tersedak sesuatu. Cepat-cepat dia mengambil segelas air putih yang telah disediakan lalu diminum. Melihat papanya sedang batuk, terus dia berdiri tapi ditegah oleh papanya.

"Papa okey lagi...uhuk uhuk!" belakangnya ditepuk oleh isterinya. Beberapa minit baru dia rasa lega.

"Itulah you, makan tak baca bismillah. Nasib baik you tu tersedak aje." Bebel Datin Hamimah dan kembali duduk.

Datuk Shahrizat menghela nafas. Dia berhenti makan. Matanya memandang wajah Zaim dan Syifa.

"Papa nak minta Zaim dengan Syifa kerja di syarikat papa. Tak payah lagi kamu berdua kerja di tempat lama lagi. Papa dah uruskan semuanya, tinggal nak masuk saja." Jelas Datuk Shahrizat. Pandangannya dialih pula kepada isterinya untuk minta pendapat. Namun isterinya hanya angkat bahu.

"Kenapa tiba-tiba, papa?" Soal Zaim. Memang dulu papanya ada menyuruh dia bekerja bersama selepas pulang dari Amerika tapi, dia lebih berminat untuk mencari kerja sendiri. Sebagai arkitek.

"Dah tiba masanya. Siapa lagi yang akan ambil alih kalau papa tak ada nanti?" Kesihatannya mula merosot. Jadi dia sudah merancang untuk meminta Zaim dan Syifa menerajui syarikatnya pula.

Zaim mengeluh. Dia pandang isterinya yang dari tadi mendiamkan diri. Kemudian baru dia tanya isterinya.

"Sayang? Macam mana? Setuju?" raut wajah itu dipandang. Tangan Syifa mula berpeluh. Tak pernah dia bermimpi untuk berkerja di syarikat ternama, Megah Impian Holdings. Kalau ayah mentua sudah berkata begitu, pucuk di cita, ulam mendatang.

Suamiku yang aku sayang #SYASWhere stories live. Discover now